Motif sebenar Raja Azmi muatnaik foto tafsiran Al-Quran

[x]

Motif sebenar Raja Azmi muatnaik foto tafsiran Al-Quran

on Monday 28 April 2014

Penerbit terkenal, Raja Azmi sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuatnaik sekeping foto yang mengandungi tafsiran Al-Quran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Perkongsian itu disertakan dengan caption berbunyi "Tafsiran Surah An-Noor ayat 31…tiada menyebut wanita yg tak pakai tudung masuk neraka. Sekadar berkongsi ilmu..amiin” dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikutnya sehingga isu sebelum ini berkaitan "tidak bertudung tidak akan masuk neraka" kembali hangat diperkatakan mereka.

Bagi mengetahui motif sebenar Raja Azmi memuatnaik gambar tersebut, pihak Astro Gempak telah menghubunginya untuk mendapat penjelasan lanjut.

Kata wanita berusia 55 tahun itu, tindakannya memuatnaik foto berkenaan hanyalah bertujuan untuk berkongsi ilmu keagamaan namun niatnya dikatakan telah disalahtafsir oleh orang ramai.

sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved