Fara mula berselendang sejak dua bulan lalu, mengejutkan ramai pihak apabila gambarnya dengan imej terbaru itu dimuat naik oleh seseorang yang dipercayai peminat di laman Instagram disusuli foto dimuat naik oleh pelakon Nora Danish melalui laman sosial yang sama.
Fara ketika ditemui bagi memenuhi sesi fotografi bersama Harian Metro, berkata, dia tidak menolak sekiranya keputusan untuk berhijab berlaku dalam masa terdekat ini.
Fara berkata, keinginan untuk mengenakan hijab sudah lama terbuku, namun dia menantikan satu saat apabila hatinya benar-benar jitu dan kekal imej sedemikian hingga ke akhir hayat.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment