Bekas Model Playboy Mahu Peluk Islam Ramadan Ini

[x]

Bekas Model Playboy Mahu Peluk Islam Ramadan Ini

on Friday, 25 April 2014


Cahaya hidayah semakin menghampiri model jelita Felixia Yeap, 27, apabila mengesahkan bakal mengucap dua kalimah syahadah pada Ramadan ini, malah sudah tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa.

“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” kata bekas model Playboy itu ketika ditemui Harian Metro, di sini.

Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni memeluk Islam, sebaliknya memerlukan lebih masa.

“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.

“Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya yang ditemui selepas sesi fotografi baju kurung myjubah.com, di sini, baru-baru ini.
sumber: myMetro Online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved