Gambar lelaki bertatu Harimau kes tembak Polis berjaya di tangkap !

[x]

Gambar lelaki bertatu Harimau kes tembak Polis berjaya di tangkap !

on Saturday 26 April 2014


Seorang suspek bertatu harimau yang dipercayai terbabit menembak anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lepas ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek yang berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong Gunung Rapat, Taman Cemerlang Rapat, Ipoh semalam.

Dalam kejadian menembak anggota polis itu berlaku kira-kira 11 pagi pada 11 April ketika dua anggota polis peronda terserempak dengan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.

Ketika melepaskan diri dari pihak polis, seorang suspek menembak kedua-dua anggota polis tersebut yang seorang daripadanya yang berpangkat lans koperal parah.

Rakan suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu, pemeriksaan di rumah suspek turut menjumpai sebuah beg berisi dua butir peluru ‘pump gun’ dan satu unit telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
sumber: http://beritatanahmelayu.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved