Bekas Pemandu Anak Zahid Hamidi di Tahan Polis

[x]

Bekas Pemandu Anak Zahid Hamidi di Tahan Polis

on Tuesday 29 April 2014

 Polis menahan bekas pemandu Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi membantu siasatan berhubung kecurian di rumahnya di Country Heights, Kajang pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Seri Kembangan pada pukul 1 pagi semalam.

Katanya lelaki terbabit dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumah bekas majikannya menggunakan kunci rumah yang diberikan kepadanya ketika dia masih berkhidmat dengan Nurul Hidayah.

"Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keselamatan Jalan raya dan Pemanduan Berhemah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman sehingga esok. Pada kejadian Sabtu lepas, lelaki itu dipercayai melarikan dua utas jam tangan serta wang tunai RM1,000.- Bernama 
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved