Penyanyi Keroncong, Kartina Dahari Meninggal Dunia

[x]

Penyanyi Keroncong, Kartina Dahari Meninggal Dunia

on Wednesday, 30 April 2014

Penyanyi veteran yang terkenal dengan muzik keroncong, Kartina Dahari menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Braddel, Singapura, kira-kira jam 6 petang semalam.

Allahyarham yang berusia 73 tahun meninggal dunia selepas empat tahun bertarung dengan penyakit barah payu dara.

Berita sedih itu disahkan oleh teman baiknya yang juga penghibur malar segar, Datin Paduka Julie Sudiro.

"Saya masih dalam keadaan terkejut dan sangat sedih dengan berita ini sebab saya baru saja menziarahi dia pagi tadi sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

"Apa pun saya sempat berjumpa dan dia masih sedar ketika saya datang tadi. Saya sempat mendoakan untuknya pagi tadi.

"Masa berjumpa tadi memang kita dapat lihat keadaannya makin lemah tapi terkejut dia 'pergi' akhirnya petang ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Allahyarham yang popular dengan lagu Sayang Di Sayang meninggalkan tiga anak.

Jenazah penyanyi itu dijangka dikebumikan esok.
 
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved