Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi atau Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi, merupakan ibu tunggal kepada 2 anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif.
Allahyarhamah berasal dari Ipoh, Perak meninggal di Hospital KL pada 20 April 2014 jam 8.52 pagi (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer yang merebak ke tulang sum-sum serta hatinya.
Selama di wad allahyarhamah kerap menerima kunjungan rakan taulan yang telah lama tidak berjumpa di Institut Radioterapi & Onkologi, HKL.
Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan bersama hambaNya yang beriman dan beramal soleh, Amin.
Sedekahkan lah al-Fatihah buat allahyarhamah.
Wallahu’alam.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment