Saiful Apek Hanya Di Denda

[x]

Saiful Apek Hanya Di Denda

on Saturday 26 April 2014

Mahkamah Tinggi di Shah Alam, menjatuhkan hukuman denda RM2,500 ke atas pelawak dan pelakon popular Saiful Apek sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap tiga lagi tertuduh, yang juga pekerja di syarikatnya, Gitu-gitu Production, iaitu Shah Zainatul Ehsan Al Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30.

Hakim Nurchaya memerintahkan kesemua tertuduh menjalani enam bulan penjara sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan serta menjalani perintah pengawasan selama tiga tahun.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved