2 Beradik Maut Kemalangan, Tak Sempat Ziarah Ibu Sakit

[x]

2 Beradik Maut Kemalangan, Tak Sempat Ziarah Ibu Sakit

on Wednesday 30 April 2014


Johor Bahru: Hasrat dua beradik untuk menemui ibu yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, tidak kesampaian apabila motosikal yang mereka tunggang digilis treler di Kilometer 14.8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi, mangsa, Mohd Nor Hafis Bokhari, 28, yang menunggang motosikal Honda Wave 125 dipercayai cuba memotong treler itu namun gagal.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, akibat kejadian itu, Mohd Nor Hafis dan adiknya, Nur Saifuddin, 19, yang membonceng motosikal berkenaan, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal yang dijalankan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan kering, cuaca baik dan pandangan tidak terhalang.

“Kemalangan disyaki berlaku apabila motosikal Honda Wave125 ditunggang mangsa cuba memotong treler di sebelah kiri jalan namun gagal apabila bergesel di bahagian tengah treler menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan digilis tayar belakang kenderaan berat itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
sumber: http://malaysianinfonews.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved