Ibu Mengaku Bunuh Enam Bayi Sebaik Lahir

[x]

Ibu Mengaku Bunuh Enam Bayi Sebaik Lahir

on Wednesday 16 April 2014

Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa kejamnya wanita bernama Megan Huntsman, 39.

Wanita dari Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat ini mengaku bahawa dia telah membunuh enam bayi yang dilahirkannya sama ada dengan cara mencekik atau melemaskan mereka.

Selepas itu mayat bayinya akan dibalut dengan tuala atau baju sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik lalu dibuang ke dalam sebuah tong di garaj rumahnya.

Sehari selepas Huntsman mengaku melakukan pembunuhan, pihak polis dan jiran tetangganya mula heboh memperkatakan tentang hal ini termasuk bagaimana dia mampu menyembunyikan kehamilannya daripada disedari.

Huntsman ditahan Ahad lalu atas dakwaan melakukan enam pembunuhan dan dikenakan ikat jamin USD6 juta (RM19 juta) – USD1 juta untuk setiap kes jika mahu dibebaskan.

Menurut jurucakap polis, Huntsman tidak menunjukkan sebarang reaksi emosional ketika proses soal siasat.

Kesemua bayi tersebut dipercayai dilahirkannya antara 1996 hingga 2006 di kediamannya.

Kekejaman Huntsman terbongkar selepas suaminya dan anggota keluarga lain menemui rangka bayi dalam tong ketika membersihkan garaj rumah, Sabtu lalu.


Huntsman mengaku kesemua itu bayi yang dilahirkannya apabila ditanya lalu suaminya menelefon polis.

Motif pembunuhan dilakukan ibu kepada tiga anak perempuan ini bagaimanapun masih disiasat. –AP
sumber: http://ohseksa.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved