Fakta — category

[x]

Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

15 Sebab Kenapa Lelaki Sentiasa Happy

on Monday, 18 November 2013

sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

AWAS! Bahaya Penyegar Udara Di Dalam Kereta

on Saturday, 28 September 2013

Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari.

Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.

Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.

Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.

"Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi," katanya.

Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.

Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.

Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.

Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.

"Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan," katanya.

Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.

Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.

Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang.
sumber : Kezoom

Bentuk Pasir Setelah Diperbesar 110 Kali

on Friday, 27 September 2013

Pasir adalah sebuah batuan kecil bagian dari sejarah bumi milyaran tahun yang lalu, bahkan ketika penciptaan bumi pertama kali, benda ini telah memenuhi bumi dan menjadi bagian awal mula munculnya kehidupan.

Pasir sendiri tercipta dari sisa-sisa ledakan gunung berapi, mengikis pegunungan, organisme mati, dan bahkan struktur buatan, pasir dapat mengungkap sejarah-baik biologi dan geologi-lingkungan lokal. Seorang ilmuwan Gary Greenberg meneliti pasir lebih dalam, ternyata pasir dapat mengungkapkan warna yang spektakuler dari segi bentuk maupun teksturnya.

Berikut ini bentuk-bentuk pasir dalam bentuk 3D oleh Greenberg dengan menggunakan Mikroskop Edge 3D (pembesaran 110 kali), kumpulan butiran pasir dari belahan dunia:
sumber : http://updatecampuran.blogspot.com/

Adakah anda tau 26 fakta ini?

on Monday, 23 September 2013


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.


8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
sumber : http://lekir85.blogspot.com/

Ketahui Rahsia Pokok Raja Kayu

on Thursday, 12 September 2013


BAGI sesetengah pengumpul barangan mistik, raja kayu putih adalah antara yang menjadi dambaan lantaran kesukaran untuk menemuinya apatah lagi memilikinya.

Pokoknya yang berdiri tegak, ranting yang menjulur keatas..sememangnya jolokkan Raja Kayu kena dengannya..Pokok disekelilingnya juga agak condong menunduk padanya.
Diberi gelaran ‘Raja Segala Kayu’ oleh orang tua-tua, nilai mistik kayu yang memiliki diameter sekitar 12 sentimeter (sm) ini dikatakan mujarab sebagai pendinding, penunduk, pelaris, pengasih dan berbagai lagi.

Walaupun sukar didapati dan mungkin dijual pada harga mahal, bagi orang yang obses, wang bukanlah penghalang.

“Banyak orang membeli raja kayu putih ini. Ia dijadikan loket, mata cincin atau disimpan di dalam dompet. Mereka mendakwa ia berkesan sebagai penawar, pendinding dan penunduk.



Ciri - ciri raja kayu ialah sejenis kayu yang sangat keras dan tumpat.
“Sehebat nama yang diberikan kepadanya, pemilik kayu ini akan dilihat sebagai seorang yang disegani dan berwibawa. Sebab itulah ia dikatakan mempunyai kuasa penunduk.

“Selain penggemar barangan mistik dan ahli perniagaan, artis dan ahli politik juga ada yang datang berkehendakkan kayu ini, terutama menjelang pilihan raya,”.

                      Gunung Ledang

Pokok raja kayu putih dikatakan hanya tumbuh di kawasan pergununganseperti Gunung Ledang di Johor.

Keadaan sekelilingnya juga tiada pokok-pokok yang besar, tetapi selang beberapa rantai, barulah terdapat pokok-pokok yang besar...
Ada pendapat mengatakan apabila pokok raja kayu putih hendak tumbuh, pokok di sekelilingnya akan mati. Bila pokok tersebut sebesar pokok getah, pokok di sekelilingnya akan tunduk kepadanya.

Raja segala penawar
Raja Kayu ini merupakan sejenis kayu yang mampu menembusi cahaya.
Dek kerana khasiat dan kehebatannya, untuk mencari raja kayu putih tidak mudah. Bukan calang-calang orang boleh mengambilnya.

Jika yang mengambil kayu itu orang biasa, ada yang tidak berjumpa jalan pulang, bertemu dengan haiwan yang digeruni dan tidak kurang pula diganggu makhluk alam ghaib.

“Sungguhpun raja kayu putih dikatakan kayu paling hebat khasiatnya, tetapi ia tetap ada kelemahan iaitu api.

“Menurut cerita orang yang ahli dalam bidang ini, kayu ini mampu memberi aura panas kepada pemakainya.

“Sebab itu, ramai pendekar zaman dulu menjadikan kayu ini hulu senjata kerana percaya ia dapat menaikkan semangat bertempur dan menggerunkan pihak lawan apatah lagi jika dicampurkan dengan teras kayu kemuning hitam,” jelasnya.



Daun ini tidak mempunyai tulang tengah seperti daun-daun biasa.
Memiliki daun yang tidak bertulang dan berurat, kayu yang mampu ditembusi cahaya lampu suluh pada ketebalan 2 sm itu lebih nyata khasiatnya dari sudut perubatan.
sumber : http://alamcyber.blogspot.com/

Top 6 Perkahwinan Paling Mahal Di Dunia

on Wednesday, 11 September 2013

Diantara perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia setakat ini. Status hebat itu dimiliki bukan setakat kerabat di raja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga.

Perkahwinan Seemanto dan Sushanta Roy
RM386 Juta



Ringkasnya, mahkota gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy, anak ahli perniagaan terkenal India. Perkahwinan yang bertarikh 14 February 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal di dunia dengan kos perkahwinan sebanyak RM386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang.

Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara. Antara tetamu yang menhadiri majlis tersebut ialah seperti bintang terkenal Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai. Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.

Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Puteri Salama
RM300 Juta



Ditangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheikh Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai RM300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guiness Book of World Records dan paling mahal pada 1981.

Hebatnya perkahwinan itu bukannya di hotel atau villa mewah sebalinya stadium yang dibina khas oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam. Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempana perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.

Vanisha Mittal dan Amit Bhatia
RM211 Juta


Hartawan India yang bermastautin di London, Lakhmi Mittal yang juga hartawan besi dan merupakan antara manusia terkaya di dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006.

Putera Charles dan Puteri Diana
RM148 Juta


Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 juta dengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Malah harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.

Andrei melnichenko dan Aleksandra Kokotovic
RM90 Juta


Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005. Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.

Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria
RM69 Juta


Satu lagi perkahwinan yang disenaraikan yang termahal, berlangsung membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun, Kanwar Singh Tanwar. Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit syiling perak sempena majlis itu. 
sumber : http://wooots.blogspot.com/

BONGKAR!!! Makan Udang + Vitamin C = Racun (Arsenic Trioxide)


Seorang wanita meninggal mendadak dengan lima panca indera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan karena bunuh diri atau dibunuh, melainkan karena ketidaktahuan tentang racun akibat makanan.

Wanita ini ada kebiasaan minum Vitamin C tiap hari. Ini tidak masalah. Masalahnya, malam itu wanita ini kebanyakan makan udang. Sebenarnya cuma makan udang saja juga tidak masalah, karena orang rumahnya juga banyak makan udang malam itu dan tak ada yang meninggal..

Tetapi, karena udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), dan berhubung habis makan udang wanita itu minum Vit C, terjadilah reaksi kimia di dalam perut yang membuat As2O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun.

Ini mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal mengenaskan dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, habis banyak makan udang jangan minum Vitamin C pada saat yang bersamaan.
sumber : http://ini-kalilah.blogspot.com

Orang Terkaya Malaysia: 31 Bilionair, Syed Mokhtar Kekal Tangga Ke-5

on Tuesday, 10 September 2013



KUALA LUMPUR - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari, 2013.

Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.

Ia berkata kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat sedikit tahun ini meskipun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu.

Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu bernilai RM194.86 bilion pada 18 Januari. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.86 peratus berbanding RM193.2 bilion setahun lalu.

Semasa Malaysian Business mula-mula menilai kekayaan 40 individu terkaya Malaysia pada 2002, aset tergabung mereka berjumlah RM41.7 bilion dan Robert Kuok Hock Nien muncul pada kedudukan teratas. Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam.

Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.

Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion.

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.

Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas. Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura,

Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas.

Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai. Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing.

Ia juga mencerminkan prestasi syarikat mereka dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dalam 12 tahun lalu. Bagi tahun ini, ada 31 bilionair – bertambah seorang lagi sejak tahun lepas - dan 23 daripada 40 orang dalam senarai itu menyaksikan aset mereka meningkat daripada tahun lepas. Daripada seramai ini, 14 mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Senarai itu juga mencatat tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion. Dua lagi, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40.

Senarai penuh 40 tikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu. Ia juga memaparkan senarai 10 tikun terkaya dalam Pasaran ACE. Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari. Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Gigi Taring Berlapis Jadi Kegilaan Wanita Jepun

on Saturday, 7 September 2013



TOKYO : Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik. Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai ‘yaeba’. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan. Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut ‘tsuke-yaeba’ dan ditampal pada gigi asal mereka. Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.

Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka. Menurut Masuoka, ‘yaeba’ memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Gadis Cantik Ini Adalah Wanita Terkuat Didunia

on Friday, 6 September 2013

Lahir pada tahun 1992, di bandar perlombongan Krivoy Rog, Ukraine, Varya Akulova menunjukkan kemampuan fizikal yang luar biasa dari usia yang sangat muda. Ketika dia baru berusia satu tahun, Varya boleh melakukan handstand. Pada usia tiga tahun ia mula melakukan rutin akrobatik dengan orang tuanya, dan pada usia empat tahun ia sudah melakukan latihan powerlifting. Varya mampu mengangkat beban besar apabila gadis-gadis lain seusianya sibuk bermain dengan kawan-kawannya.

Anak kepada pekerja sarkas Yuriy akulov dan Larisa Akulova, Ketika Larisa ibunya hamil, ayahnya membuat rancangan untuk mempunyai anak dengan kekuatan besar yang akan membantu dia dalam aksi sarkas di mana mereka bekerja. Ketika ibunya melahirkan seorang puteri, ayahnya menyedari bahawa keinginannya untuk memiliki seorang putra yang kuat tidak akan menjadi nyata.

Pada akhirnya Varya pun dilatih ketahanan fizikal oleh ayahnya dan Keluarga mula membuat penampilan di beberapa bandar di Ukraine. Mereka membuat aksi akrobatik untuk awam dan akhirnya Varya menjadi terkenal di Rusia. Banyak orang yang hadir bertepuk tangan tanpa atas aksinya .

Beberapa orang menentang cara mereka mendidiknya. Seorang lelaki dikerumunan banyak orang merasa bosan dengan orangtuanya dan dia mengatakan kepada mereka seharus dia 9Varya) dibawa ke dapur sehingga dia boleh tahu bagaimana memasak untuk calon suaminya. Seorang lelaki lain berpendapat bahawa jika dia terus angkat benda berat ia akan kelihatan seperti seorang lelaki.

Beberapa surat khabar di Ukraine menulis artikel negatif mendakwa itu buruk bagi seorang gadis untuk berlatih menjadi olahraga. Seorang lelaki lain dari orang ramai berteriak selama persembahan jalanan, "Tidak ada orang yang akan berkahwin dengan seorang wanita yang kuat." Banyak orang mengatakan kepada keluarganya bahawa itu adalah tempat untuk anak lelaki untuk menjadi yang kuat tetapi seorang gadis harus belajar menenun dan memasak makanan.

sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Gambar Zlata Wanita Paling Lembut di Dunia

on Tuesday, 3 September 2013

Julia Gunthel alias Zlata memperlihatkan kemampuannya melenturkan tubuh di atas meja.

Setiap orang mempunyai keupayaan untuk menggerakan sendi tubuhnya. Namun kemampuan gerak sendi Julia Gunthel alias Zlata boleh dibilang cukup ekstrem. Sejak berusia empat tahun, Julia sudah mampu melenturkan tubuhnya hingga 90 darjah. Foto: zlatamedia.com






sumber : http://sapaceroh.blogspot.com/

Bunga Orkid Monyet Hanya Tumbuh Di Pergunungan

on Friday, 30 August 2013

Orkid Monyet bentuknya tidak jauh berbeza dengan tanaman sejenisnya. Tapi jika diperhatikan, dibahagian tengah orkid ini mirip seperti wajah monyet, kerana itulah ia dipanggil Monkey Orchid”Orkid Monyet”.

Orkid monyet adalah salah satu jenis tumbuhan yang jarang ditemui.Tanaman ini hanya boleh tumbuh di persekitaran tertentu.

Ia boleh tumbuh dengan subur dan sihat jika berada di pergunungan. Ketinggian daratan yang boleh ditumbuhinya juga tertentu, yakni antara 1,000 dan 2,000m dari aras laut.

Kalau berminat, ia hanya boleh menemuinya ketika melancong ke pergunungan di Ecuador, Colombia atau Peru. Tapi, jika berkesempatan lebih besar untuk bertemu, anda boleh datang ke Ecuador.

Perhatikan langkah anda ketika mendaki. Jangan melangkah terlalu cepat dan perhatikan pandangan ke sekitar, siapa tahu ada tanaman orkid liar tumbuh.

Jika ada, amati bahagian tengahnya. Bunga orkid yang mempunyai bahagian tengah mirip seperti monyet adalah orkid monyet.Wajah seperti monyet ini berasal dari organ pembiakan tanaman.

Lebih unik lagi, tanaman ini diberi nama latin Dracula Simia. Diberi nama Dracula kerana tumbuhan ini mempunyai kelopak bunga yang panjang, mirip seperti taring drakula.

Sedangkan Simia mempunyai erti monyet. Ini tentu diambil dari mahkota bunga yang mirip seperti wajah monyet. Jika dicium, tanaman ini mempunyai aroma seperti oren.Orkid monyet tumbuh setiap ketika, jadi bila-bila saja anda datang boleh melihatnya secara langsung.



sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Gambar Terbaik National Geographic Photo Contest 2011

on Wednesday, 28 August 2013








































Sumber: http://www.borakkosong.net/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved