Hiburan — category

[x]

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Fan Club Dibubarkan, Johan As’ari Hilang Peminat Serta Merta?

on Friday, 4 July 2014


Terkejut Murai Batu apabila ada salah seorang rakan Murai Batu yang juga follower akaun kelab peminat pelakon, Johan As’ari iaitu Johan Asari Fan Club memberitahu kelab itu telah dibubarkan.

Betul ke dibubarkan? Tetapi mengapa dibubarkan? Tu yang membuatkan Murai Batu pelik. Tapi menurutnya, satu nota telah dimuat naik oleh pengurus kelab peminat itu yang mengumumkan ianya dibubarkan berkuatkuasa serta merta semalam.

Berikut merupakan nota yang dimuat naik dalam akuan Instagram kelab tersebut.

“2 Julai 2014

Saya selaku pengurus kelab JAFC (Johan Asari Fan Club) dengan ini mengumumkan bahawa kelab JAFC dibubarkan berkuatkuasa serta merta. Segala bayaran ahli rasa tidak berbaloi boleh dituntut sehingga 31 Julai, Terima kasih”

Murai Batu pun tak pasti mengapa kelab peminat yang telah ditubuhkan sejak 3 tahun lalu itu boleh dibubarkan begitu sahaja kerana Murai Batu lihat pemiant mereka aktif juga melakukan aktiviti bersama artis kegemaran mereka itu.

Adakah hubungan Johan dan peminanya kini sudah tidak baik atau ianya hanya masalah dalam kelab itu sendiri? Murai Batu pun tidak dapat pastikan.

Murai Batu harap dengan terbubarnya kelab ini, Johan tidak lah hilang peminat dan segeralah menyelesaikan masalah di ntara mereka kerana peminat dan penyokong juga membantu dalam kerjaya setiap artis.
sumber:http://zamrispoon.blogspot.com/

Nora Danish Beramal Dengan Jual Karipap Frozen Neno Puff


Makin galak nampaknya pelakon genit Nora Danish melibatkan diri dalam bidang perniagaan di bulan Ramadan ini.

Selepas berkolaborasi dengan Fashion Valet dengan mengetengahkan koleksi pakaian rayailhamnya, terbaharu Nora juga menjual karipap frozen pelbagai inti, resipinya dan kekasih hati, Nedim Nazri yang mana sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukan.

Neno Puff terdapat dalam tiga pilihan inti iaitu ayam, daging dan daging bercili dan setiap bungkusan yang mengandungi 10 biji karipap dijual pada harga RM10.




Proses pengedaran kepada pelanggan yang menempah terlebih dahulu akan dilakukan pada setiap hari selepas solat tarawikh sehingga waktu sahur mengikut lokasi yang telah ditetapkan oleh Nora.

Kalau anda nak merasa air tangan pelakon kegemaran anda ni, janganlah lupa membeli sambil beramal dengan menghubungi nombor 0169962970 untuk membuat sebarang tempahan! –MYNEWSHUB.MY

Saya Tak Pernah Berhutang – Aliff Aziz

on Thursday, 3 July 2014

Penyanyi yang sering dilanda kontroversi Aliff Aziz dengan tegas menafikan beliau tidak pernah berhutang dan melarikan ke Singapura untuk bersembunyi daripada masalah itu.

“ Saya memang tidak berhutang, tuduhan yang mengatakan yang saya lari daripada hutang adalah tidak benar dan hanya salah faham semata-mata,” katanya ditemui Murai di Hotel Cititel Kuala Lumpur mempromosikan single duet bersama Siti Nordiana, Tak Ada Cinta Seperti Mu.

Menurutnya lagi, sebelum ini pihak pengurusan pernah memaklumkan kepada beliau dan meminta untuk menjelaskan beberapa tunggakan bayaran bil yang perlu diselesaikan segera.

“ Hanya perlu selesaikan bayaran bil, bukannya hutang seperti mana yang didakwa, saya bukan seperti itu,” tegas Aliff.

Aliff Aziz hanya mampu bersabar dengan setiap kontroversi yang melanda dirinya namun tidak mematahkan semangat untuk terus berkarya dan menyanyi di Malaysia.

“ Saya kalau boleh tak mahu isu-isu kontroversi melanda diri saya tetapi apakan daya, dah menjadi asam garam kehidupan sebagai anak seni, saya harus terima dengan tenang dan sabar.”

Mengenai rambut Aliff yang diwarnakan itu, ia dibuat untuk proses rakaman video klip bersama Siti Nordiana dan hanya untuk tuntutan kerja sahaja.

“ Rambut saya akan kembali seperti dahulu, apa yang saya lakukan kerana mahu menjiwai karakter dalam video klip baru bersama Nana, yang mengunakan latar belakang gelap dan konsep hitam putih, warna rambut saya sebenarnya membantu mencantikkan lagi video klip tersebut.”

Antara perkembangan lain, Aliff Aziz akan melancarkan album terbaru yang ke-4 selepas Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan komposer terkenal tanah air seperti Faizal Tahir dan Kunci Demak.murai.com.
sumber: http://gabancomel.blogspot.com/

Johan As'Ari: Saya Tidak Benci Zizan, Cuma Sekadar Bengang....


Pelakon Johan As'ari akui bahawa Zizan Razak ada menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp selepas dia memberikan kenyataan kepada Harian Metro berhubung isu pembekuan akaun syarikat Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE) yang juga milik Zizan bersama rakan kongsinya, Marina Juki.

Bagaimanapun ketika ditanya apakah kandungan ‘Whatsapp’ daripada Zizan yang juga bertindak sebagai Pengarah Urusan WFE, Johan hanya tersenyum dan berkata perkara tersebut biarlah hanya dia Zizan sahaja yang tahu.

Menurut Johan dia memberi kenyataan tersebut kepada Harian Metro baru-baru ini kerana kecewa dengan tindakan Zizan yang mengarahkan bank menyekat akaun syarikat.

“Saya bengang kerana perbuatan dia benar-benar menyusahkan kami di WFE. Kebetulan saya memerlukan wang untuk keperluan harian selain melangsaikan bil hospital ibu yang sedang sakit.

“Saya tidak bencikan Zizan, tetapi saya bencikan tindakan dia. Saya sayangkan dia cuma terkilan, kerana dia kawan kami dan sebagai seorang pengarah syarikat, dia perlu profesional dan berfikir lebih bijak sebelum membuat tindakan," katanya kepada Astro Gempak.

Perkara tersebut telah membuatkan Johan dan Kaka Azraf membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya pada 25 Jun lalu.

Johan ditemui pada sebuah sidang media khas yang dianjurkan oleh Pengarah Urusan Wire Fame, Marina Juki di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu Johan turut memberitahu kontraknya dengan WFE sudah pun tamat pada Mei lalu dan dalam proses untuk memperbaharuinya.

“Sebenarnya kontrak tersebut masih belum siap dan masih dalam proses untuk disiapkan, tetapi disebabkan kemelut yang berlaku, ia tergendala.

“Saya nak tunggu dulu konklusi masalah ini dan tunggu selesai Zizan dan Marina menyelesaikan masalah Wire Fame barulah saya akan memikirkan semula sama ada mahu menyambung kontrak dengan syarikat itu atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem Juvana 2 dan Juvana 3, Tujuh, Kanang Anak Langkau, Gangster Superstar serta Ophilia.murai.com.
sumber: http://gabancomel.blogspot.com/

Felixia Yeap Tidak Benar Liputan Media Majlis Peluk Islam



Model berbangsa Cina, Felixia Yeap tidak membenarkan sebarang liputan media atau publisiti mengenai majlis pengislamannya yang dijangka diadakan pada Khamis.

Enggan mendedahkan lokasi dan masa dia akan memeluk Islam, Felixia, 28, mahu semua pihak khususnya golongan media menghormati niatnya untuk berhijrah.

"Benar saya akan mengucap kalimah syahadah hari ini. Tapi biarlah lokasi dan masanya menjadi hak peribadi saya.

"Apa yang pasti bukan di Hidayah Centre, saya tidak pernah ke sana," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Penegasan bekas model seksi beberapa majalah antarabangsa termasuk majalah lucah, Playboy itu dibuat berikutan salah faham yang timbul kononnya dia gagal muncul di pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati, Kuala Lumpur iaitu lokasi dia dikatakan akan memeluk Islam.

Sejak awal pagi Khamis, sekumpulan wakil media hadir ke lokasi berkenaan bagi merakamkan detik penghijrahan Felixia namun kecewa apabila dia tidak hadir.

"Siapa yang sebarkan berita ini? Sebarang penjelasan sila hubungi Hidayah Centre. Apa yang pasti bukan dari saya," katanya.

Pada 27 Jun lalu, Felixia mengumumkan secara rasmi untuk memeluk Islam menerusi akaun Facebooknya selepas beberapa bulan mendalami hal ehwal Islam.

Dia memilih untuk memeluk Islam pada Khamis bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahirannya hari ini yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Nak Beli Tudung Fareeda Kena Tunjuk Slip Gaji Adalah Fitnah – Fizo Omar

Semenjak Fizo Omar berkahwin dengan Mawar, macam-macam kontroversi yang melandang jenamatudung Fareeda. Nampak gayanya memang ada pihak yang dengki. Mungkin kecewa tak dapat jadi isteri Fizo kot? Atau mungkin ada yang menaruh hati kepada Mawar tetapi kecewa apabila Mawar memilih Fizo dan bukan dirinya. Kesian  Fizo yang terpaksa tampil buat penjelasan setiap kali timbul kontroversi.

Terbaru kecoh di laman sosial kononnya untuk memasuki butik ekslusif tudung Fareeda, slip gaji selama 3 bulan diperlukan. Amboi. Ini kalah nak masuk butik Chanel, LV dan sebagainya. Sekali dengar pun tahu mengarut dan tipu belaka. Namun macam biasa orang kita memang mudah percaya sampai Fizo terpaksa buat penjelasan. Kata Fizo menerusi Mstar Online.

“Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?

Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat.

Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan


Apa pun, orang Melayu memang dari dulu terkenal dengan hasad dengki dan tak boleh tengok orang lain lebih maju berbanding dirinya.
sumber: http://beautifulnara.com/

Emma Maembong Juga Akan Bertudung Tidak Lama Lagi

Emma Maembong ini kalau bertudung memang lagi cute, comel dan memikat hati. Untunglah Zizan kerana bakal isterinya ini mengesahkan akan mengikut jejak langkah Neelofa untuk bertudung dalam masa terdekat. Sebelum ini Emma sering berkongsi gambarnya dengan imej bertudung dan telah berjaya mencairkan jutaan hati para jejaka dengan ‘pose’ cutenya. Memang boleh tangkap cintan bro!!!

Walaupun tidak diketahui tarikh sebenar penghijrahan ini akan dilakukan, Emma Maembong memaklumkan yang dia sudah pun memasang niat untuk bertudung. Kata Emma menerusi UtusanMalaysia:-

Dalam waktu terdekat (akan bertudung). Saya tidak menolak sudah mempunyai niat tersebut, ia akan terlaksana tidak lama lagi. Jujur saya katakan selesa bertudung, tetapi buat masa ini saya tidak mahu umum apa-apa lagi.

Alhamdulillah nampaknya gelombang menutup aurat di kalangan selebriti wanita tempatan semakin kuat. Semoga perubahan ini akan memberi impak kepada dunia hiburan kita. Selepas ini pengarah dan penerbit drama kenalah betul-betul buat skrip yang sesuai dengan imej baru pelakon-pelakon ini. Janganlah bertudung tetapi bila berlakon sentuh sana sentuh sini tanpa segan silu. Tak gitu? 
sumber:http://beautifulnara.com/

Jantung Saya Seperti Terhenti Sekejap, Luah Amy Search Mengenai Kontroversi Nabila Huda

Bak kata pepatah, jaga lembu sekadang lebih mudah daripada jaga anak perempuan seorang. Hati ayah mana yang tidak sedih apabila anak perempuannya tidak habis-habis dilanda kontroversi. Sebagai seorang ayah, pastinya perasaan Amy Search bercampur baur apabila anaknya, Nabila Huda tak habis-habis dihimpit pelbagai cerita yang kurang enak. Diajak masuk Kristian oleh pengikut Instagramnya, muatnaik gambar mesra bersama kekasih hati dan macam-macam lagilah sehingga memaksa Amy mengeluarkan kata-kata kesat di Instagram anaknya itu.

Mengakui memang komen di Instagram itu ditulis olehnya, Amy Search meluahkan isi hati mengenai kontroversi yang tak sudah-sudah menimpa anaknya itu. Kata Amy Search:-

Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain. Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.

Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu.

Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia.

Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti


Sementara itu isteri Amy Search, Nourish juga turut melahirkan rasa sedih terhadap suaminya yang terpaksa berdepan isu sebegini di usia yang sudah tua. Kata Nourish:-

Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah. Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama.

Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status ‘lepas geramnya’ itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.

Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.

Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial



Kesian kan Amy Search? Itulah tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya. Mungkin di bibir kata tak kisah, tetapi dalam hati tetap sayang dan mengambil berat. Sedih jugak kalau anak sendiri buat tak tahu dan terus menerus mencipta kontroversi. Tak apalah. Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga hati Nabila Huda terbuka untuk berjumpa dengan Amy Search dan memohon maaf sebelum terlewat. Sama-samalah kita doakan.
sumber: http://beautifulnara.com/

Jehan Miskin Akur Isteri Belum Bersedia Untuk Timang Anak

on Wednesday, 2 July 2014


Semenjak mendirikan rumahtangga tahun lalu, jarang rasanya kita mendengar cerita tentangJehan Miskin dan isterinya yang berasal dari Korea Selatan, Julie Camelia Rhee.

Juga pastinya ada antara anda yang bertanya bilakah pasangan ini akan menimang cahaya mata & bercakap kepada mStar Online semalam, Jehan Miskin memaklumkan yang isterinya masih belum bersedia untuk memiliki anak dan mahu berbulan madu sepuasnya dahulu.

“Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu & saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu. Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama,“ ujarnya.

Jehan Miskin menambah yang beliau semakin bahagia sejak berkahwin sekitar May 2013 yang lalu dan kini lebih memahami budaya Korea melalui isterinya.

Suka kami tengok pasangan yang low profile dan tanpa kontroversi begini. Heh.
sumber:http://www.rotikaya.com/

Foto Nora Masak Untuk Berbuka Pun Kontroversi?


Hanya kerana berkongsi sekeping gambar sedang memasak makanan di dapur untuk menu puasa bersama kekasih hati Nedim Nazri, pelakon comel Nora Danish menerima pelbagai komen negatif dari segelintir peminat di laman Instagram peribadinya.

Ada yang beranggapan memasak secara berdua dengan kekasih hati tidak elok dan perkahwinan perlu dipercepatkan, malah ada juga yang turut mempertikaikan cara pemakaian Nora yang dikatakan menampakkan sebahagian auratnya. Perlu ke berfikiran sedemikian?

Pada penulis, adalah lebih baik kalau kita bersangka baik dan mengurangkan cara berfikir yang sempit di bulan ramadhan ini.

Mana mungkin Nora berani mengongsikan gambar tersebut jika hanya mereka berdua sahaja berada di dalam rumah.


sumber: http://mynewshub.my/main

Zizan Minta Ruang Untuk Selesaikan Masalah Syarikat


Pelawak Zizan Razak meminta pihak media dan masyarakat memberi sedikit masa kepadanya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi syarikat pengurusannya Wire Fame.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata perkara tersebut merupakan masalahantara dia dengan rakan niaganya iaitu Marina Juki dan ia merupakan hal sulit dan peribadi berkaitan syarikat tersebut.

“Saya berharap semua pihak memberi saya sedikit masa untuk menyelesaikan isu ini kerana ia melibatkan masalah rakan niaga dan juga merupakan isu peribadi syarikat itu.

“Saya akan menghubungi pihak media untuk memberi penjelasan selanjutnya apabila keadaan membolehkan saya berbuat demikian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya membekukan dua akaun milik syarikat pengurusnya Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.

Pada 26 Jun lalu, bekas pengurus dan juga rakan kongsinya Marina Juki dalam satu sidang media memberitahu tindakan itu membuatkan syarikat tersebut tidak dapat beroperasi sehingga bayaran kepada artis di bawah naungan syarikat itu tersekat.
Marina turut meminta Zizan mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat berkenaan.

Artis-artis Wire Fame ialah Johan As’ari, Kaka Azraff dan Cacha Maembong.

Sementara itu, ditanya tentang pengugurannya dalam program hiburan Melodi Ahad lalu, Zizan berkata ia adalah disebabkan tempoh kontrak yang sudah tamat.

Katanya, ia merupakan perkara biasa yang terjadi kepada semua selebriti yang pernah menjadi pengacara program itu.

“Saya bukan digugurkan tetapi memang kontrak saya sudah tamat dan itu merupakan perkara biasa yang terjadi kepada semua selebriti yang pernah menjadi pengacara Melodi.

“Selama empat tahun saya memang ada hubungan baik dengan produksi tersebut dan tiada sebarang masalah antara kami.

”Saya sudah tahu perkara ini sejak sebulan lalu tetapi memikirkan bagaimana untuk beritahu kepada peminat,” katanya. 
sumber– mStar Online

Rania Pilihan Nama Felixia Yeap, Ilham Dari Mimpi

Namun akhirnya nama ‘Rania’ menjadi pilihan bekas model ini. Bakal memeluk Islam pada 5 Ramadhan ini, nama ‘Rania’ yang ini diperolehi menerusi mimpi dan merupakan salah satu daripada 2 gabungan nama yang akan digunakan kelak. ‘Farah Rania’ mungkin?

Nama ‘Rania’ itu telah diumumkan oleh Felixia Yeap menerusi rancangan ‘Apa Kata Malaysia’ pada Ahad lepas yang telah dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi. Kata Felixia Yeap menerusi rancangan itu:-

Selepas mendapat mimpi tersebut…saya tertannya-tanya apakah maksud di sebaliknya. Saya tidak membuang masa dan terus mencari makna disebalik nama tersebut. Rania…bunyinya Indah bukan? Ia membawa maksud ‘pemimpin yang mempersonakan’.

Satu lagi nama baru Felixia Yeap akan diumumkan pada esok 3 Julai bersamaan 5 Ramadhan. Apa pendapat anda? Apakah nama satu lagi yang sesuai untuk Felixia? Mesti pilih ‘Farah’. Nampak lembut dan sesuai dengan wajah suci Felixia. Kalau anda pula?
sumber: http://beautifulnara.com/

Mengambil Keberkatan Ramadan, Neelofa Dah Berhijab Penuh


Mungkin mengambil keberkatan di bulan Ramadan, akhirnya pelakon dan pengacara Neelofa Mohd Noor telah mengambil keputusan untuk mengenakan hijab secara tetap selepas ini.

Menerusi perkongsian gambar screen capture perbualan di antara Neelofa dan rakan baiknya, jurugambar, Annas Easkey, Neelofa mengakui sudah mengenakan hijab dan akan terus istiqamah dengan penghijrahannya itu.


Sebelum ini, pun Neelofa memang banyak kali menjayakan sesi fotografi untuk mempromosikan jenama tudung keluarannya dan mungkin dari situ terdetik di hati Neelofa untuk bertudung dalam usahanya untuk menjadi seorang muslimah sejati.

Selain itu, perkara sama turut dikongsikan oleh adik Neelofa, Ameera menerusi laman Instagramnya, yang mana dia turut bersyukur dengan perubahan imej kakak kesayangannya itu. 
sumber–MYNEWSHUB.MY


Azwan Ali Maki Hamun Juadah Berbuka Di Bazaar Ramadan Rasa Sampah


Ramadhan baru masuk hari keempat, adik kepada Azmin, Azwan Ali semalam mengamuk di Twitternya.

Entah apa yang dibelinya semalam, kemudian beliau terus meroyan mengutuk-ngutuk jualan juadah di bazaar Ramadan yang dianggapnya sebagai sampah.

Antara twit yang di tulisnya adalah seperti di bawah:

Selepas dikecam beberapa pengikutnya, beliau tetap mempertahankan kenyataan awal di atas. Beliau turut mempersoalkan keihklasan peniaga-peniaga yang dianggapnya menipu dengan juadah yang tidak setimpal dengan rupanya dan rasanya.

Memang ada benar apa yang dikatakan beliau, namun cara teguran beliau mungkin menyebabkan semua peniaga di bazaar Ramadan rasa terkilan, tapi apa nak heran, memang itu cara beliau bercakap kaaan?

sumber: http://aiskosong.com/

Peminat Maki Gambar Aidil Zafuan & Zarema Zainal Berpeluk di Masjid An-Nabawi


Sekeping gambar Aidil Zafuan dan isteri barunya, Zarema Zainal beribadah di Masjid an-Nabawi menerima kecaman peminat di laman sosial kerana dikatakan mampu untuk pergi ke sana namun gagal memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak.

Gambar tersebut telah dikongsikan di fanpage rotikaya baru-baru ini. Rata-rata peminat melahirkan perasaan sedih dengan tindakan Aidil yang seakan mengabaikan nafkah anak-anak sedangkan mempunyai wang pula untuk terbang bagi menunaikan umrah.


sumber: http://aiskosong.com/

Gambar Faezah Elai bertelekung amat menakutkan selepas berbuka puasa

Penulis agak terkejut dan berasa seram apabila melihat sekeping gambar Faezah Elai bertelekung yang amat menakutkan selepas berbuka puasa. Foto itu dikongsikan beliau menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Terbayang pula filem-filem seram melayu yang sering menggunakan hantu yang memakai jubah putih. Sebahagian peminat Faezah juga melahirkan perasaan terkejut mereka.




sumber: http://newsmediahunterzzz.blogspot.com/

Ramadan Pun Yana Kongsi Gambar Hampir Nampak ?????


Kalau nak diikutkan aurat wajib ditutup bukan pada bulan puasa sahaja tapi sekurang-kurangnya hormatilah Ramadan dengan berpakaian lebih sopan kan?
Atas sebab itu teruk Yana Samsudin dikritik peminat gara-gara gambar seksinya di laman Facebook.

Rata-rata peminat menasihatkan supaya Yana memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini, tak kurang juga yang beristighfar melihat gambar tersebut.


Bagaimanapun, kami yakin Yana sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini.


Pertama kerana page Facebook ini tidak diuruskan olehnya tetapi peminat dan kedua, ada beberapa komen membetulkan bahawa gambar ini sebenarnya sudah lama dimuatnaik dan bukannya di bulan puasa.

Cuma dah konsep Facebook bila ada komen pada status atau gambar lama maka ia akan di’up’ semula maka mungkin itulah sebabnya gambar seksi ini kembali dikomen ramai agaknya.

Apa pun, diharapkan artis Malaysia akan terus mengurangkan seksi dan kontroversi di bulan Ramadan ini.

Daripada kongsi gambar seksi baik muat naik gambar lakukan solat terawih ke.. kan lagi sesuai agar jadi ikutan peminat.
sumber:  #mynewshub

Hanez Suraya Jadi Pengusaha Shampoo Vlasy

on Tuesday, 1 July 2014


Selepas teruk dikecam dan dikritik kerana didakwa ‘merampas’ suami orang, tidak dinafikan perjalanan karier seni Hanez Suraya dilihat agak sedikit suram disebabkan tindakan segelintir peminat yang mula memboikotnya disebabkan isu tersebut.

Walau bagaimana teruk dicemuh nampaknya Hanez masih tidak berputus asa dalam bidang seni malah semakin membulat tekad untuk menceburi cabang lain iaitu bidang perniagaan.

Perniagaan yang diceburi aktres ini pun tidak lari jauh daripada bidang kecantikan yang pastinya satu subjek yang cukup digemari kebanyakan wanita.

Hanez kini bergelar usahawan menjual shampoo dan pelembap rambut berjenama Vlasy.

Menerusi pembungkusan produk itu, Hanez turut bergelar duta bagi produk miliknya yang menggunakan tema berwarna hijau untuk menarik hati pengguna.

Jika anda mahukan rambut sehalus dan secantik Hanez, mungkin anda bolehlah mencuba produk rambut milik Hanez yang mungkin merupakan rahasia kepada rambut cantiknya selama ini! 
sumber: –MYNEWSHUB.MY

Lisa Surihani Mohon Maaf Isu Baju Seksi Berkemban


Sebelum ini jarang sekali pelakon Lisa Surihani dikaitkan dengan kontroversi berpakaian seksi dan menjolok mata.

Namun, baru-baru ini, namanya terpalit cerita kurang enak apabila pakaian yang digayakan Lisa sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dikritik sesetengah peminatnya yang mendakwanya kelihatan sedikit seksi dengan baju kemban rekaan Alia Bastamam.

Menyedari isu itu hangat diperkatakan di laman-laman gosip tempatan, Lisa tampil memohon maaf mengenai busana kemban berwarna hitam ungu yang digayakannya itu.

“Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tetapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf.

“Apa yang saya boleh kata adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya. Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang,” katanya memetik Harian Metro.

Mungkin selepas ini Lisa perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan busananya agar tidak lagi dikritik para peminatnya.

Namun begitu, peminat tidak perlulah terlalu over mengkritik kerana hak berpakaian adalah hak individu itu sendiri tapi seperti yang kita tahu tiada yang menjadi privasi sekiranya seseorang itu bergelar selebriti.

Luar dalam kehidupan mereka selagi boleh orang nak selidiki dan kritik namun itulah harga yang perlu dibayar oleh setiap selebriti, sama ada dari dalam mahupun luar negara. Tak gitu? 
sumber: –MYNEWSHUB.MY

Anzalna Jelajah Hospital Untuk Kerja Amal



Pelakon Anzalna Nasir memberitahu sepanjang bulan Ramadan ini dia akan berehat daripada aktiviti seni bagi menumpukan perhatian melakukan aktiviti amal.

Anzalna, 26, berkata, dia bersama rakan-rakan dan peminat akan melawat kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser di beberapa hospital bagi menghulurkan sedikit sumbangan.

"Tahun ini merupakan tahun ketiga saya akan menziarahi kanak-kanak yang menderita penyakit kanser. Saya memilih kanak-kanak penyakit kanser kerana ketika melawat mereka tahun lalu hati saya tersentuh dan sedih melihat penderitaan mereka.

"Saya akan pergi ke hospital terpilih di sekitar Kuala Lumpur bersama beberapa rakan dan ahli kelab peminat saya yang ingin menyertai. Kami juga merancang untuk mengutip derma untuk beri sumbangan daripada segi makanan, permainan dan kewangan," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Anzalna, pada awalnya dia ingin membuat lawatan dan sumbangan tersebut secara peribadi, namun beberapa rakan dan peminatnya meminta perkara itu dilakukan bersama-sama.

Katanya, aktiviti itu juga mendapat sokongan daripada beberapa hospital yang akan dilawatinya.

"Tahun lalu saya hanya ikut amal kebajikan yang dianjurkan oleh pihak lain, tetapi tahun ini saya fikir ingin buat secara sendirian, namun tidak sangka ramai pula yang sertai.

"Kami akan sama-sama mengutip derma daripada orang ramai dan serahkan kepada kanak-kanak itu setakat yang mampu. Saya juga sudah hubungi beberapa hospital dan mereka tiada masalah untuk kami datang melawat," katanya.

Dalam pada itu, dia mengalu-alukan orang ramai yang ingin memberi sumbangan ikhlas boleh mengikuti perkembangan mereka di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter miliknya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved