Lawak — category

[x]

Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Klip Kelakar … Buku Boleh Belacan Pun Boleh

on Thursday, 3 July 2014


Klip Pendek di bawah ini mungkin layak menang anugerah klip jenaka Paling Pendek Paling Best kata mana-mana anugerah komedi.

Entah di sekolah mana klip ini dirakam, namun jawapan yang diberikan oleh pelajar berkenaan memang sempoi dan sesiapa sahaja mesti ketawa terbahak-bahak punya bila dengar.

Rasanya guru pelajar bernama Shafika itu la yang merakan klip berkenaan.

Cayalah dik… cuma jangan kerek camni sampai tua dah la… dan jagalah buku-buku yang lain ok.
sumber:mynewshub



Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam Replika

on Monday, 23 June 2014


SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.

Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.

Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.
Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. - metro.co.uk
sumber:http://mynewshub.my/main

Tu Dia.. Bila Polis Saman Polis Lain Pula…

on Monday, 16 June 2014


Gambar ini betul-betul menunjukkan seorang anggota Polis Trafik yang begitu komited mempunyai tahap integriti yang tinggi apabila mengeluarkan saman kepada sebuah kereta.

Kenderaan yang disaman itu ialah kereta juga digunakan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia dalam menjalankan tugas lain berbeza daripada tugas meronda.

Bagaimanapun lokasi tugas membanggakan anggota trafik ini tidak diketahui berlaku di mana tetapi sekali jelas sekali ia berlaku di Malaysia.

Jarang sekali lensa kamera disajikan dengan foto begini yang menggambarkan kekuatan tugas seorang polis apabila menjalankan tugas.

Tugas orang ramai pula mengecam dan mengkritik polis termasuk mencemar imej mereka sebagai penerima rasuah.

Sejak kebelakangan ini pun, sudah banyak video dan bukti tugas sebagai anggota polis yang dilakukan dengan tegas dan berhemah tersebar.


Antara contohnya ialah foto seorang polis trafik yang bertindak mengoyak wang kertas RM20 yangcuba diberikan sebagai sogokan oleh seorang pemandu bagi mengelak dikenakan tindakan saman. 
–sumber: MYNEWSHUB.MY

Syafiq Kyle Nafi Jadi Orang Ke Tiga

 "Saya bukan orang ketiga seperti yang mereka maksudkan," Begitulah penafian Syafiq Kyle bila dirinya cuba dikaitkan dengan kisah perpisahan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose baru-baru ini.

Syafiq turut bertegas hubungan antaranya dengan Uqasha hanyalah sekadar teman biasa dan tak pernah lebih daripada itu.

Menurut Syafiq, dia langsung tidak mengetahui tentang kisah cinta antara bekas pasangan tersebut kerana itu adalah urusan peribadi mereka yang tak perlu dicampuri.

Syafiq juga merasa terkilan apabila namanya mula dikatikan sebagai orang ketiga yang sedikit sebanyak mencemarkan reputasinya sebagai orang baru.

"“Sejujurnya saya tidak mengetahui tentang hubungan cinta mereka. Itu urusan peribadi mereka dan saya sendiri tak ada hak untuk mengambil tahu itu dan ini."

"“Dalam kalangan pelakon memang hubungan saya dan Uqasha sebagai kawan. Kalau saya berkawan tak bermakna saya bercinta dan saya sendiri tak mengetahui macam mana cerita saya menjadi orang ketiga boleh keluar."

“"Mungkin penjelasan saya ini boleh menjernihkan sedikit keadaan. Tak usah lagi dipanjang-panjangkan cerita yang saya jadi orang ketiga atau apa," mohon Syafiq lagi.

Meskipun banyak cerita-cerita negatif tersebar tentang dirinya sebagai orang ketiga, Syafiq tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu perkara yang membebankan.

Mengakui keluarganya ada bertanya tentang perkara berkenaan, Syafiq bersyukur peminatnya masih memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk tidak melayan isu tersebut.

“"Saya tak pernah rasa tergugat dengan isu ini cuma saya kurang senang apabila nama saya dikaitkan dengan perpisahan orang lain. Bukan saya seorang sahaja kawan dia tapi ada lagi yang lain.

"“Tapi kenapa nama saya sahaja yang terheret? Itu yang membuatkan saya pening memikirkannya. Apa-apa pun saya bertegas untuk tidak mencampuri urusan mereka," katanya.
sumber:kezoom

Pemandu Yang Bijak

on Sunday, 16 February 2014

Di Paris seoarang lelaki melakukan kesilapan bodoh. Beliau memandu masuk ke sebuah terowong pejalan kaki keretapi bawah tanah Metro. Kenapa beliau boleh memandu masuk kedalam terowong ini? Kerana beliau menyangkakan terowong tersebut ialah jalan masuk ke sebuah tempat letak kereta bawah tanah. The funny part ini ialah kali kedua kejadian sebegini berlaku pada terowong yang sama. 


Gambar Ultraman Bergaya Dengan Pakaian Suit Formal

on Sunday, 9 February 2014

Watak supehero gergasi Ultraman yang berjuang untuk memastikan Bumi selamat daripada serangan raksasa jahat. Menarik selalunya kita hanya dapat lihat Ultraman dalam suit berwarna merah dan putih sahaja tetapi post kali ini kami nak kongsikan koleksi gambar Ultraman memakai suit formal seperti kemeja dan kot dengan sangat kacak dan bergaya.



Father of Ultra
Mother of Ultra
Ultra Seven 
Yullian
Ultrawomen Beth
dari kiri: Ace, Ultraman, Taro, dan Leo
Ini gambar abang long. Abang besar pada raksasa.

Koleksi Gambar CINTA ITU BUTA

on Wednesday, 5 February 2014








KOLEKSI GAMBAR KESENGSARAAN LELAKI MENEMANI PASANGAN SHOPPING

on Sunday, 2 February 2014

Mari lihat koleksi lelaki yang kebosanan dan sengsara ketika menanti yang tersayang mereka membeli belah. Kalau nak tengok lagi sila ikuti akaun Instagram Miserable Men




Apa Yang Tak Kena Dengan Gambar Ini??

on Thursday, 26 December 2013

Try cari apa yang tak kene ngan gambar kat bawah nih..klau dpt mata hampa memang tajam..hee
^
^
^
^
^
^
kereta ni salah masuk rupanya..hahaha

sumber:http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Rahsia Tiga Biji Telur Dan RM3,000.00!

on Saturday, 26 October 2013

Sue tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka.

Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu.

Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000.

Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya.

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita?"

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab, "Sayang, setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan" .

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya.

Kemudian Sue bertanya lagi:

"Tapi abang kenapa ada duit RM3000?"

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ".
Sumber:http://ohstim.blogspot.com/

Aksi Menonton Televisyen Yang Kelakar

on Friday, 25 October 2013

Menonton TV ialah aktiviti yang sukar dipisahkan dari warga zaman moden. Balik dari kerja penat-penat, mungkin akan buat perkara lain, tetapi TV tetap dipasang walaupun tak ada orang yang tengok. Entri ini memaparkan gelagat orang-orang yang menonton TV.

Cara menonton televisyen yang santai, dan paling rileks. Lagi 11 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Menonton TV bersama binatang peliharaan kesayangan.


Kreatif tak TV stand saya?


Hari kahwin, masih sempat menonton program TV kegemaran.


Banjir, banjir juga. TV tetap ditonton.


Tak perlu belanja besar untuk mendapatkan TV flat screen di ruang tamu. Kau hado?


Terlalu banyak menonton TV boleh menyebabkan kesepian.


Menonton TV di kedai seperti di rumah sendiri. Like a boss.


Langkah mengelakkan remote TV hilang.


Bila remote hilang, terpaksa adakan peralatan tambahan.


Menonton TV sambil berjakuzi?


Siapa kata menonton TV tidak menyihatkan? Heheh.
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Lagi Kisah Malam Pengantin Baru

on Monday, 14 October 2013




Fuyooooooo... ..nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri, isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumer nyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi.

Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah... tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan... yelah nak approach isteriku?... .Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan... takkan nak duduk je sampai pagi beb.

"Abg ngantok??" isteriku bersuara..berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah... .cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin... kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap)
Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg... abg blom ngantok lagikkk"

Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen... berdiri... lalu meluru mendapatkan suis lampu... ..tup!... ..lampu dimatikan... ... gulap gulita.

BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEEEEPPPPPP!!!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik!
Maner punyer hamlao suah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! buat bodo suah... .aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring... ... .

BEEEEEEEPPPPPPP!!!!!BEEEEEEPPPPPP!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP! Dia bunyik lagiiiiiiiiii!
"Alaaahhhhhhhhh abggggg... saper yg page tuuuuuuu... .pergilah response duluuuu" keluh isteriku.

Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek... .dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek... org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap... aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku... .ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh.

Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan

"Astaghfirullaaaahhhhhhhhhh!!!!" dia beristighfar
"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan
"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku..

SEKIAN...

Pengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat... dan pastikan yg anda telah pastikan. Terima Kasih kerana membaca... :P

Peragut Maut Disembelih Oleh Penduduk Kampung

on Monday, 7 October 2013

Pontian : Begitulah nasib malang kepada dua peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong.

Menurut saksi, Haji Manan Jalil 48 tahun, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu.

Tapi sempat dihalang oleh jirannya.

Gambar sekadar hiasan.

Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.

Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung di situ pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut itu, kaki-kaki peragut itu telah diikat.

…dengar takbir yang bergema…

dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan…

darah menyembur keluar, orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu, kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban…
sumber: http://www.mazeermohamad.com/

Kisah Lucu ! Amoi Pakai Skirt KETAT.

on Saturday, 21 September 2013


Seorang amoi berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat
separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri
disebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi
pondok tersebut.

Apabila bas datang, amoi tersebut mengalami kesukaran untuk
memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk
membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan
sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka
keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan
sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga
gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur
dibelakangnya.

Amoi tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba
dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia
menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan
tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal lu pegang
punggung gua? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip
seluar aku tiga kali apasal?"
sumber : http://zamrispoon.blogspot.com/

[Lawak] Hadiah Perpisahan Buat Guru Besar

on Thursday, 19 September 2013


Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, “Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?”

“Itu benar” anak murid itu berkata, “tapi bagaimana Cikgu tahu?”

“Oh, hanya meneka,” katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, “Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula.”

“Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?” tanya murid itu.

“Oh, hanya meneka,” kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

“Apakah anggur?” ia bertanya. “Tidak,” jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

“Apakah champagne?” ia bertanya.

“Tidak,” jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

“Aku menyerah, apa ini?”

Anak murid itu menjawab, “Itu anak kucing!”
sumber: gelihati.blogspot.com
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved