Misteri — category

[x]

Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Gempar! Makhluk Mirip Watak Gollum di "The Lord of the Rings" Ditemui Sedang Terkencing.

on Thursday, 3 July 2014

Berhati-hatilah jika anda berada di luar rumah ketika memakai pakaian aneh. Sebabnya ada seorang pelancong di Beijing, China, terkejut bukan main ketika melihat makhluk mirip monster ketika berkhemah.

Pelancong tersebut berkhemah di lembah kawasan Huairou, dekat Beijing, ketika melihat makhluk mirip watak Gollum di "The Lord of the Rings" itu. Makhluk aneh itu kelihatan sedang kencing ketika gambarnya diambil. Foto makhluk tersebut juga menghebohkan dengan pelbagai spekulasinya begitu dimuat naik ke internet.

Namun tidak perlu bimbang, makhluk itu ternyata adalah manusia biasa. Seorang penduduk tempatan mengaku itu fotonya saat memakai pakaian untuk keperluan penggambaran di gunungtersebut. Lagipula memang setakat ini tak ada laporan penampakan makhluk aneh di sana.

"Hujung minggu lepas aku dan temanku pergi ke gunung untuk membuat filem sci-fi pendek," tulis orang yang mengaku sang pelakon tersebut. "Ketika aku sedang kencing tiba-tiba muncul seseorang dan mengambil gambar kemudian pergi begitu saja."
sumber:http://zamrispoon.blogspot.com/

Seorang lelaki tak sedar ada wanita aneh menumpang di rumahnya

on Tuesday, 1 July 2014


Apa yang anda fikirkan ketika mendapati makanan di rumah cepat habis dibanding biasanya? Beberapa makanan ringan hilang dan terasa seperti ada yang mengawasi di dalam rumah. Hal mengerikan ini terjadi pada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 's channel.

Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yang aneh. Ingin tahu apa yang terjadi, Joe meletakkan sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.

Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut bila mendapati seorang wanita aneh turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartment. Seolah sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.

Wanita aneh itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita aneh itu naik kembali ke pengudaraan.

Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan langsung meninggalkan apartment untuk melapor pada polis. Apabila polis menangkap wanita aneh tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.

Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe.

Seram juga kan kalau ada orang asing yang diam-diam tinggal bersama anda di satu bumbung. Maka perhatikan benar keadaan rumah anda.
Tonton rakaman tersebut di.....http://youtu.be/06X9qXTvKNQ
sumber:http://realitiabadi.blogspot.com/

VIDEO : Pelajar Lelaki Berjalan Dalam Tidur dan Terjun Bangunan

on Monday, 23 June 2014


Video ini boleh diklasifikasikan sebagai 18SG, di mana kelihatan seorang pelajar lelaki di universiti di China bergerak dan berjalan ketika tidur.

Korang tengok sendiri, ntah apa yang di rasuknya.. Pehh.. parah... menurut video, pelajar ni mati..


P/s : Lepas ni jangan lupa tutup dan kunci pintu kemas-kemas

Kisah Benar Nenek Kebayan Di Asrama Maktab Tentera Darat

on Wednesday, 18 June 2014


Sebut sahaja nenek kebayan, minda kita akan menggambarkan seorang nenek tua yang dilihat berjalan secara terbongkok-bongkok menyusuri jalan yang tidak diketahui. Sebuah kisah seram nenek kebayan yang dikaitkan dengan satu kejadian di sebuah asrama di Maktab Tentera Darat.
Sejauh manakah dakwaan ini?

KEJADIAN ini berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi bersolat Jumaat di masjid berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang agak nakal ini cuba untuk ponteng. Dia menyorok di dalam almari pakaian dengan harapan tidak dapat dikesan warden.

Tetapi entah bagaimana, pelajar tersebut telah tertidur. Apabila sedar, hari sudah lewat petang. Pelajar itu menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu telah terkunci dari luar. Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang bersembunyi di dalamnya.
DAM! DAM! DAM!
Pelajar tersebut terus mengetuk pintu almari dan memanggil kawan-kawannya. Sunyi sepi. Namun tidak seperti biasa, hari itu tiada suara yang menyahut panggilannya. Rupa-rupanya, semua penghuni asrama telah pulang ke kampung kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan!

Kini tinggallah dia keseorangan. Tiada siapa dapat membantunya. Akibat suhu yang panas dan kekurangan udara, pelajar berkenaan akhirnya mati kelemasan.
Tragedi itu memulakan kisah misteri yang berlaku di asrama elit tersebut, sampailah hari ini. Kalau ada pelajar tidur di katilnya, arwah akan baring di sebelah mereka. Pintu almari juga akan diketuk-ketuk dari dalam, biasanya pada hari Jumaat dan lewat malam.

Kisah ini belum berakhir. Di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak pula berlaku satu kejadian menakutkan. Dini hari itu, seorang pelajar mengejutkan kawan di sebelah katil untuk menemaninya ke bilik air.
“Aku takutlah… aku dengar cerita tandas kita berhantu,” kata pelajar yang hendak ke tandas itu.
Sahabatnya tidak menjawab, hanya tersenyum dan menemaninya ke tandas. Selepas membuang hajat, pelajar pertama itu pergi ke singki untuk membasuh muka. Sebaik-baik paip dibuka dia terkejut. Yang keluar bukannya air, tetapi darah!

Dia menjerit memanggil sahabatnya yang masih di dalam bilik air. Tetapi suara yang menyahut panggilannya amat menakutkan. Garau dan pelik. Pelajar yang sedang ketakutan itu terus mengetuk pintu bilik air untuk mengajak kawannya pulang. Dan, kreeet…
Pintu terbuka, tetapi yang muncul bukanlah sahabatnya, sebaliknya lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Pelajar itu pengsan di situ juga!
Sebuah asrama puteri di Kelantan pula terkenal dengan kisah seorang nenek yang duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kakinya.
Mengikut cerita, suatu malam seorang pelajar menyanyi-nyanyi seorang diri. Tiba-tiba pelajar itu terdengar ada suara pelik mengiringi nyanyiannya. Suara itu seperti suara seorang nenek dan alunannya amat meremangkan bulu roma.
Pelajar itu cepat-cepat menarik selimut dan memejamkan matanya. Dia cuba melelapkan mata tetapi gagal.
“Katil nombor satu dah tidur. Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga… pura-pura tidur!” tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan tua.
Pelajar itu menjengukkan kepala dan terkejut apabila melihat ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Menggerunkan
Anda pernah dengar cerita ini? Pasti pernah, bukan. Semua kisah misteri yang diceritakan itu ialah kisah-kisah seram yang sangat popular dalam kalangan pelajar asrama. Tanyalah kepada para pelajar asrama di mana-mana juga di negara ini, rata-rata tahu akan cerita tersebut.
Cuma persoalannya, adakah kejadian-kejadian itu benar-benar berlaku? Kalau berlaku, di mana?
Saya sengaja letakkan lokasi asrama-asrama tertentu, tetapi anda pergilah ke asrama berkenaan, pasti mereka menafikannya. Sebab, memang tidak ada kejadian seumpama itu berlaku di sana. Sedangkan, cerita yang sampai ke telinga kita mengatakan, memang kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan.
Mengapa ini terjadi? Dalam bidang kajian paranormal, kisah-kisah itu dikategorikan sebagai urban legends, atau lebih mudah difahami, cerita dongeng seram popular. Di Barat, ia dipanggil urban legends (dongeng bandaran), tetapi dalam konteks negara kita, istilah tersebut agak kurang sesuai.
Kembali kepada topik perbincangan kita: Perhatikan, cerita dongeng seram popular ini mempunyai beberapa ciri.
Pertama, ia berlaku kepada kawan kepada kawan, bukan kepada pencerita itu sendiri. Sebagai contoh,cerita tersebut disampaikan oleh pelajar bernama Maria.
Kata Maria, ia berlaku kepada kawannya, Shima. Apabila ditanya kepada Shima, pelajar itu mengatakan, sebenarnya ia terjadi kepada kawannya yang lain, Aishah. Begitulah seterusnya… tiada penghujung.

Untuk pengetahuan anda, apa yang sebenarnya berlaku adalah dalam rantaian sahabat itu, mereka saling mempercayai. Jadi bagi meringkaskan cerita, si A akan memendekkannya dengan berkata, ia berlaku kepada sahabatnya, B. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Cerita dongeng seram popular ini ringkasnya tidak diketahui berlaku kepada siapa, dan di mana. Ia tersebar dari mulut ke mulut, ke serata pelosok daerah.

Kedua, terdapat pelbagai versi. Sebagai contoh, ada versi mengatakan sebenarnya cerita seram di tandas itu berlaku ketika menjelang subuh. Pelajar lelaki itu pula melihat darah keluar daripada paip singki semasa mahu memberus gigi.

Versi lain pula mengatakan dia tidak pengsan di tandas, tetapi di dorm apabila mendapati kawannya itu sebenarnya sedang nyenyak tidur. Begitulah juga dengan kisah-kisah seram lain.

Ketiga, urban legends mengandungi pengajaran moral dan amaran. Misalnya, cerita pertama untuk menakutkan pelajar supaya jangan ponteng sembahyang Jumaat. Cerita nenek di atas almari pula bertujuan menakut-nakutkan pelajar supaya tidur pada waktu yang ditetapkan oleh pihak asrama.
Ciri keempat, cerita itu sangat aneh, janggal dan kadang kala lucu. Perhatikan cerita pertama itu. Tidak logik langsung ada pelajar yang sanggup menyorok di dalam almari untuk ponteng sembahyang Jumaat.
Tidak masuk akal pintu almari boleh terkunci dari luar, begitu juga tidak mungkin pelajar tersebut tidak dengar kawan-kawannya yang lain bergelak ketawa, berbual serta sibuk mengemas barang sebelum pulang ke kampung masing-masing.
Kisah-kisah urband legends ini lebih kurang sama cirinya dengan kisah hantu kum kum, hantu stoking dan lelaki tua penyabit kepala. Kisah-kisah itu sangat menarik dan kononnya ia berlaku di sesebuah tempat. Namun apabila dijejaki, semuanya palsu.
Hakikatnya, apa yang berlaku ialah semua kisah tersebut tersebar kerana ia menjadi bahan cerita paling digemari semasa para penghuni asrama ini berkumpul sebelum memejamkan mata. Ada juga dikatakan, antara cerita itu yang sebenarnya telah diubah suai daripada kisah-kisah urban legends di luar negara.
Anda tak percaya?
sumber: http://kisahgempak.blogspot.com/

Misteri 13 Pesawat Hilang Tiba-Tiba 25 Minit

on Sunday, 15 June 2014

13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika melalui ruang udara Austria. Ia disifatkan sebagai suatu keadaan ‘tidak pernah berlaku sebelumnya’. Insiden yang terjadi pada 5 Jun dan sekali lagi semalam menyaksikan data penerbangan hilang dari skrin pengawal udara.

Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar.

Jurucakap menara kawalan Austro, Markus Pohanka berkata, agensi Eurocontrol (EU) sudah diminta melakukan siasatan ke atas insiden yang didakwa tidak pernah berlaku sebelumnya.

“Agensi keselamatan penerbangan jiran yang pernah melalui pengalaman yang sama turut meminta siasatan dilakukan,” katanya.

Pohanka juga tidak mendedahkan penerbangan negara lain yang mengalami masalah yang sama ketika melalui ruang udara itu.

Bagaimanapun, laporan akhbar Kurier di Jerman mendedahkan menara kawalan negara yang turut mengesan masalah yang sama antaranya ialah di Munich dan Karsruhe, Prague di Jerman, Republik Czech dan Bratislava di Slovakia.

Monitor kawalan trafik ruang udara menggunakan dua sistem radar iaitu rendah dan menengah. Ia adalah sistem utama yang digunakan di seluruh dunia untuk mengawal pesawat.

Radar utama digunakan untuk mengesan dan mengukur kedudukan anggaran pesawat menggunakan isyarat radio. Manakala radar menengah pula bergantung kepada kedudukan yang dilengkapi dengan transponder dan turut memerlukan maklumat tambahan daripada pesawat terutama maklumat seperti identiti dan ketinggian.

Semua pesawat komersial dilengkapi dengan transponder, yang secara automatik menghantar kod empat digit yang unik apabila mereka menerima isyarat radio yang dihantar oleh radar.

Kod ini memberi identiti pesawat dan stesen radar pula membantu menstabilkan kelajuan dan arah. Data penerbangan ini kemudian dihantar kepada pengawal trafik udara.

“Bagaimanapun, jika pesawat berada lebih daripada 240 kilometer di kawasan laut, liputan radar agak lemah dan ketika ini frekuensi tinggi radio digunakan oleh anak kapal untuk terus berhubung dengan menara kawalan,” kata seorang pegawai.

Manakala GPS pula hanya digunakan oleh juruterbang untuk menentukan kedudukan pesawat di dalam peta dan isyarat ini tidak disampaikan kepada menara kawalan trafik udara.

Kotak hitam mengandungi perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan. Kedua-dua alat ini mengeluarkan gelombang ultrasonik tetapi ia agak terhad dan tidak menggunakan GPS.

Adalah dipercayai ada antara kapal terbang yang melalui ruang udara itu adalah penerbangan jarak jauh yang membawa penumpang bersama. - AGENSI
sumber: kezoom

Kubur wanita mati beranak ditelan bumi

on Friday, 13 June 2014


Norazizan menunjukkan dua batu nisan asal di kubur dipercayai milik wanita yang mati sebaik melahirkan anak hasil zina dengan anak kandung.

 Tidak kiralah ia cerita dongeng atau tidak, kisah yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berpuluh tahun lalu di kalangan penduduk setempat tentang sebuah kubur lama di tengah-tengah kawasan perumahan di Kampung Kelapa di sini, ternyata memberi peringatan bahawa azabnya balasan ALLAH SWT.

Pusara tidak bernama lebih 110 tahun itu dikatakan wujud berikutan satu peristiwa yang dikaitkan dengan hubungan terlarang, zina antara ibu dan anak kandungnya.

Ketua Kampung Kuala Kubu Bharu, Norazizan berkata, kubur tersebut dipercayai milik seorang wanita yang mati sebaik melahirkan bayinya.

Bagaimanapun, katanya terdapat dua cerita yang masih belum terungkai berkaitan bagaimana arwah dua beranak itu dikebumikan di kawasan itu.

“Ada cerita beritahu mungkin arwah tak sempat dikebumikan di tanah kubur Ampang Pecah jadi dikebumikan di sini, dan sebab mengapa tak sempat tu, masih tak tahu. Ada pula cerita mengatakan perempuan tu ditelan bumi sebaik bersalin dan tak sempat diselamatkan. Bayi yang dilahirkan katanya hasil hubungan terlarangnya dengan anak kandung sendiri," katanya.

Cerita Norazizan ini dikuatkan lagi menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 1904 berkaitan peristiwa kubur tersebut.

Kini, keratan akhbar tersebut berada dalam simpanan Persatuan Sejarah Kuala Kubu (Peskubu).

Laporan akhbar tersebut antara lain menyatakan, telah tersebar cerita pelik melalui sumber masyarakat Melayu mengenai seorang wanita di Kuala Kubu secara misteri telah ditelan atau dirantai oleh tanah akibat dosa dilakukan dan wanita itu sukar dikeluarkan.

Menurut laporan itu lagi, orang ramai yang menyaksikan peristiwa dia ditelan bumi itu berasa simpati dan telah mendirikan atap agar memayunginya daripada kepanasan dan hujan.

Malah, menurut akhbar itu lagi, cerita tersebut telah tersebar luas sehingga penduduk dari Kuala Lumpur sanggup datang ke Kuala Kubu semata-mata untuk menyaksikan lokasi kejadian misteri itu.

Bagaimanapun, Norazizan berkata, selang beberapa tahun kejadian, kubur yang sepatutnya dijadikan peringatan tentang kekuasaan ALLAH itu telah disalah gunakan pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan amalan-amalan khurafat.

"Kubur tu dah dijadikan tempat puja nombor ekor judi oleh sesetengah penduduk," katanya kesal.

Katanya, dua batu nisan yang hilang tidak diketahui semenjak ia dijadikan tempat pemujaan.

“Akibat ada orang buat benda-benda haram dan dosa tu, sejak daripada itu berlaku macam-macam kejadian pelik kepada penduduk kampung antaranya gangguan histeria,” katanya.

Norazizan berkata, ada pihak berminat untuk menjadikan kubur lama tersebut sebagai sebahagian peninggalan sejarah Kuala Kubu.

"Jika benar nak buat, eloklah kajian menyeluruh dijalankan," katanya yang menyokong.
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Terkejut lihat ‘mayat’ terkebil-kebil

on Tuesday, 10 June 2014


Shanghai: Seorang pekerja rumah mayat di sini berkata dia menemui wanita yang masih hidup dalam laci penyejuk beku mayat setelah menyedari pintunya terbuka. Menurut laporan, wanita itu cuba membunuh diri .

Dia dikatakan pergi ke rumah mayat itu dan tidur dalam satu daripada peti penyejuk beku berkenaan.

Pekerja rumah mayat yang menyedari pintu laci mayat itu tidak ditutup, menjenguk ke dalam dan terkejut melihat mata wanita berusia 70 tahun itu terkebil-kebil.

Laporan sebuah stesen televisyen menyatakan, wanita itu mengalami kemurungan dan pernah cuba membunuh diri sebelum ini.

Sementara itu, dalam satu kes lain di Anhui, seorang budak berusia sebulan yang disahkan meninggal dunia, bangun dan menangis di sebuah rumah mayat sejurus sebelum dia dibakar.

Bayi itu dihantar ke sebuah hospital tempatan sebelum dia diisytihar mati akibat beberapa kecederaan dalaman.

Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa bertindak membatalkan lesen doktor yang mengesahkan kematian bayi itu.
Sumber: myMetro

Isteri enak disetubuhi jin, suami keseorangan di sofa ruang tamu

on Monday, 9 June 2014


Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut.

“Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut.

Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini.

Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu.

“Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib keluarga mahupun isteri saya, tetapi amat berharap agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada suami-suami yang mungkin menerima nasib yang sama seperti saya tetapi masih tertanya-tanya apakah musibah yang sedang melanda mereka," ujar Ridzwan membuka bicara.

Menurut Ridzwan, peristiwa ini berlaku lima tahun lalu selepas usia perkahwinan mereka mencecah tiga tahun. Menurutnya, keganjilan yang mula melanda isterinya itu berlaku sekembalinya mereka dari percutian di Tawau, Sabah kerana mengikutinya bekerja di luar kawasan.

Kesempatan bekerja di kawasan itu telah dimanfaatkan oleh mereka untuk terus pergi bercuti. Apatah lagi mereka masih belum dikurniakan anak setelah tiga tahun berkahwin menyebabkan mereka sentiasa mengisi setiap kesempatan yang ada untuk bersama.

“Sejak pulang dari Tawau, isteri saya mula berubah perangai setiap hari selepas pukul 10 malam. Pada mulanya, saya tidak menyangka apa-apa kerana dia sendiri mengakui kadang-kadang mood seseorang itu sentiasa berubah-berubah. Namun, keadaan itu berpanjangan sehinggalah tiga bulan," ujar Ridzwan lagi.

Apa yang ganjilnya, isterinya di waktu siang berkelakuan normal sahaja seperti biasa. Dia amat suka jika Ridzwan sentiasa merapatkan dirinya dan saling bersentuhan, malah dia jugalah yang sentiasa merangsang Ridzwan supaya melayaninya pada malam hari.

Namun setelah jam menunjukkan oukul 10 malam, isterinya itu terus tidur dan memalingkan diri ke arah bertentangan dengannya.

“Pernah sekali saya cuba juga untuk bermesra dengannya sambil membelai-belai rambut dan memeluknya dari belakang namun dia menepis tangan saya sambil mendengus," tambah Ridzwan sambil pandangan matanya dilemparkan jauh-jauh seolah-olah cuba menyembunyikan perasaanya hiba.

Pernah juga mereka bertengkar pada malam tersebut kerana isterinya seolah-olah tidak rela disentuh oleh Ridzwan dan menganggap seolah-olah suaminya itu cuba untuk merogolnya. Setiap malam juga Ridzwan akan kecewa dan membawa dirinya tidur berseorangan di ruang tamu rumah mereka.

Seperti biasa, pada sebelah pagi, isterinya akan bangun dengan begitu segar sekali dan penuh bersemangat. Dia seringkali memberitahu Ridzwan bahawa perasannya setiap kali bangun seolah-olah mereka telah bersama pada malam tersebut.

Hal ini menyebabkan Ridzwan mulai curiga dan risau. Tidak mungkin isterinya itu curang kerana setiap malam isterinya akan pulang ke rumah dan di sebelah siangnya mereka adalah pasangan yang paling bahagia.

Isterinya juga sering mengadu yang seringkali melihat kesan lebam di pangkal paha setiap kali bangun tidur dan pada lebam itu terdapat lima lubang halus.

“Pada mulanya, saya tidak menghiraukan aduan yang dibuat oleh isteri saya itu dan menganggap mungkin itu hanyalah gigitan serangga di malam hari. Tambahan pula perasaan yang kecewa pada malam hari menyebabkan saya tidak menghiraukan aduan-aduan isteri saya itu," tambah Ridzwan.

Pernah juga dia terfikir untuk menjalankan hubungan sulit dengan perempuan lain, namun itu sekadar angan-angan kosong bagi menyedapkan hati kerana jauh di sudut hatinya, dia terlalu sayangkan isterinya itu.

Keadaan ini berlarutan sehingga mencecah hampir setahun.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Ridzwan terpaksa mendatangi isterinya pada waktu siang sebelum ke pejabat kerana menganggap isterinya hanya bernafsu pada waktu itu.

Disebabkan keadaan ini menyebabkan isterinya semakin lama semakin susut tubuhnya dan matanya mulai cengkung seolah-olah tidak mendapat rehat yang secukupnya walhal isterinya tidur nyenyak seawal pukul 9 malam dan tidak akan diganggu.

Pernah juga Ridzwan membawa isterinya berjumpa doktor, namun doktor mengesahkan yang isterinya sihat dan hanya menasihat supaya memperbanyakkan rehat.

Semakin hari isterinya mula mengalami kemurungan dan tidak seceria dulu. Dia semakin menjadi pasif, takut untuk berhadapan dengan orang ramai, rendah diri, tiada keyakinan dan prestasi kerjanya mula merosot.

Ridzwan cuba mendapatkan ikhtiar lain dengan cara menggunakan pendekatan rawatan secara Islam.

Perjumpaan dengan seorang ustaz yang terkemuka di ibu kota telah merungkaikan segala persoalan yang selama ini tidak terfikir oleh Ridzwan.

Menurut ustaz tersebut, isterinya itu sedang didampingi oleh jin dan menyetubuhinya setiap malam dan semakin lama jin itu semakin ketagih.

Ketika proses perubatan dilakukan, Ridzwan melihat sendiri bagaimana interaksi antara ustaz tersebut dengan jin yang menumpang dalam badan isterinya.

“Jin tersebut mula terpikat dengan isteri saya semasa mereka menginap di sebuah hotel di Tawau dan ketika itu isteri saya sedang mandi berbogel di dalam bilik air hotel tersebut. Sejak itu jin berkenaan mula mendampingi isteri saya dan amat benci kepada saya dan inginkan kami berpisah," tambah Ridzwan.

Namun, kecekalan hati Ridzwan serta rasa cintanya terhadap isteri menyebabkan mereka berjaya mengekalkan hubungan tersebut walaupun seringkali bercakaran.

Setelah pertemuan demi pertemuan diadakan dengan ustaz tersebut selama sebulan, akhirnya jin itu berjaya dikeluarkan dan isterinya itu kembali normal dan ceria seperti biasa. Kini perhubungan Ridzwan dan isterinya kembali normal.

Nasihat Ridzwan, jika terdapat sebarang tingkah laku atau perbuatan-perbuatan ganjil yang dilakukan oleh seorang isteri, segera mendapatkan rawatan sama ada secara moden atau Islam.

“Jangan pandang ringan akan hal ini kerana mungkin akan membawa kemudaratan jika dibiarkan berpanjangan. Ramai dalam kalangan isteri seringkali tidak menyedari yang dirinya telah ditiduri dan dirogol oleh jin akibat mengabaikan doa sebelum tidur sebagai pelindung diri. Ini akan menyebabkan jin mudah masuk ke dalam tubuh dan mendampingi mereka tanpa disedari.

“Naluri seorang isteri adalah sentiasa berkehendakkan layanan suaminya, dan jika dia mula menolak, mungkin ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Mungkin yang mengganggu itu datangnya dari alam lain, ataupun yang mengganggu itu datangnya dari alam kita sendiri," kata-kata terakhir Ridzwan yang mendalam mengakhiri pertemuan tersebut.
sumber:http://realitiabadi.blogspot.com/

Gadis 19 Tahun Disihir Jadi Nenek

on Saturday, 31 May 2014

Terlihat satu laman web dari Indonesia tentang gadis berumur 19 yang berubah menjadi tua akibat disihir. Ada gambar yang disertakan tapi tak tahulah nak percaya ke tidak. Lepas siasat kat Google rupanya kisah ni memang dah popular kat Indonesia.

Ita Susilawati dan suaminya

Ita Susilawati, seorang perempuan yang menjadi pujaan lelaki2 dikampungnya berubah wajah dan badan menjadi nenek tua setelah dia berkahwin dengan suaminya, Hendra. Ketika perkahwinan mereka berumur kira2 3 bulan, Hendra kembali ke kampung halamannya untuk mencari kerja.

Ita kemudian bermimpi dikejar dan dipatuk dua ekor ular yang besar dan berwarna hitam. Pada mulanya dia menganggap itu cuma satu mainan tidur namun selepas tiga hari tengkuknya mula berasa panas dan perit seperti bekas ditampar dengan kuat. Tidak lama kemudian, kedua2 tangan dan pehanya tumbuh bintik2 merah, dadanya mengerut seperti kecut dan berasa seperti direbus dalam air panas!

Keadaan Ita Selepas Disihir

Semua doktor dan bomoh yang merawat Ita buntu dan tidak tahu apa punca sebenar penyakit misteri yang dideritai Ita. Dia dibawa pulang, suaminya masih tidak balik. Di rumah, Ita makin menderita. Kulit matanya membengkak seperti menutupi bahagian mata dan melebeh. Perutnya pula ditumbuhi benjolan sebesar penumbuk orang dewasa. Ada cerita yang mengatakan sebenarnya Hendra telah merampas Ita yang pada masa itu sudah bertunang.

Namun Ita memutuskan tunang dan berkahwin dengan Hendra. Hendra pula, selepas pulang lalu menemui Ita dalam keadaan begitu, telah pergi semula dan tidak kembali lagi.

Dikhabarkan,Hendra juga juga berkahwin lain selepas mendapati keaadan isterinya menjadi sedemikian rupa...Kesian Ita kan?

Akhirnya Ita meninggal atas penyakit misteri yang dideritainya. Sama ada betul atau tak andaian yang dia dah kena sihir, itu Wallahualam.
sumber: http://tidakkalah.blogspot.com/

Ada Lembaga Misteri Yang Turut Bergambar Dengan Dua Awek Ini

on Thursday, 15 May 2014


Kalau diteliti tiada penjelasan macamana penampakan itu boleh berada di belakang sedangkan bayang-bayang kaki tidak kelihatan. Mungkin juga pekerja-pekerja di situ bergurau untuk menakut-nakutkan orang lain. Memang ada rupa macam anjing.
sumber;http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Misteri hantu air jeram Titi Cina


Gambar hiasan

Kejadian misteri di Arus Deras Sedim berterusan dan terbaru seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sempat diselamatkan rakan selepas nyaris terjatuh ke jeram itu.

Menurut mangsa, dia sedang merendamkan kakinya di dalam air sehingga terasa sesuatu menariknya ke dalam air di sekitar jeram Titi Cina.

Kenyataan mangsa tidak dinafikan penduduk tempatan yang menyatakan kawasan itu turut didiami makhluk halus.

Sinar Harian membuat tinjauan di kawasan jeram Titi Cina kira-kira jam 6 petang dan mengambil gambar di sekitar kawasan dilaporkan meragut tiga nyawa tahun lalu.

Bagi pengamal perubatan Melayu, Rosli Ahmad, selain makhluk halus, kawasan arus deras itu juga kemungkinan terdapat penempatan orang bunian.

"Pernah ada pengunjung dirasuk atau mengalami histeria. Kawasan hutan merupakan tempat bagi kebanyakan makhluk halus ini bersembunyi dan ada antaranya yang berkampung di situ.

"Kita jangan sesekali terlalu bergembira sebaliknya harus sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan, iblis dan jin adalah benar bagaimanapun kita tidak seharusnya mempercayai kemalangan yang berlaku berpunca daripada tindakan mereka.

"Mereka ini wujud, bagaimanapun kita tidak seharusnya takut kepada mereka kerana kejadian manusia adalah lebih tinggi darjatnya kerana kita diciptakan sebagai khalifah di dunia ini. Apa yang berlaku di Sedim itu hanya kebetulan sahaja dan ia merupakan kecuaian yang dilakukan manusia itu sendiri.

"Pihak berkuasa mengambil inisiatif maklumkan kepada pengunjung bahawa ada beberapa kawasan di arus deras itu merbahaya bagaimanapun pengunjung enggan mematuhinya sehingga mengakibatkan lemas. Kalau dah ada larangan tidak boleh mandi, jangan mandi," katanya.
Sumber: Sinar Harian

Wanita ini tak sedar ada hantu di kerusi belakang kereta

on Tuesday, 13 May 2014


SOSOK misteri yang didakwa hantu dirakam oleh kamera ketika sedang mengambil gambar seorang ibu yang sedang memangku anaknya di dalam sebuah kereta .

Dalam foto tersebut memperlihatkan seorang wanita yang tidak diketahui namanya ini sedang mendukung bayinya di dalam kereta . Namun , wanita itu seolah-olah ditemani oleh sosok yang diduga hantu di kerusi belakang dengan pose yang sama seperti wanita itu .

Foto yang mengejutkan ini mengundang pelbagai komen para pengguna internet . Banyak yang tidak percaya keaslian foto tersebut dan mengatakan bahawa gambar ini adalah hasil editan .

" Kami kebetulan memakai kereta ini pada hujung minggu dan memutuskan untuk mengambil gambar , namun hasilnya jadi sangat menakutkan , " keterangan pada foto hantu tersebut , seperti dilapor oleh Stomp , Selasa ( 6/5/2014 ) .

" Ada yang kata sosok wanita di kerusi belakang kelihatan sedang membawa bayi , meniru kami dan tersenyum pada kamera . Kami menyedari bahawa kereta ini telah melewati sebuah perkuburan sebelumnya di malam hari , " tambahnya
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Objek Misteri Melintas Depan Kereta

on Friday, 9 May 2014

 Cuba bayangkan ketika anda sedang rileks memandu, secara tiba-tiba ada ‘objek’ yang melintas dihadapan kereta anda, apa la agaknya reaksi anda?

Mungkin itulah yang dialami oleh seorang pemandu dalam video di bawah ini.

Kelam-kabut si pemandu itu memberhentikan keretanya…namun setelah diamati, tiada apa pun yang berlaku!

Kejadian ini dirakamkan oleh CCTV…mungkinkah ini yang sering disebut- orang sebagai ‘lintasan’ ?

Wallahualam. Yang pasti setiap kejadian ada ‘ceritanya’.
sumber:kezoom

Gambar Tangan Misteri Apit Bayi Di Majlis Kahwin

on Friday, 2 May 2014

Cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah ni, apa yang peliknya dari gambar lain?
Tangan siapa yang mencelah, mengapit bayi dalam gambar ini?

Takkan tangan mak ayah budak ni pulak kan, sebab warna kulit memang nampak berbeza sungguh.

Tak tahulah kalau ini merupakan hasil editan siapa-siapa yang terlebih rajin.
Tapi kalau gambar ni memang betul-betul ‘real’ mahu meremang bulu roma tengok!
sumber: http://sifubiz.blogspot.com/

Seram....Gambar Hantu Versi Mat Saleh

on Wednesday, 23 April 2014

Inilah gambar penampakan hantu mat saleh yang berjaya ditangkap kamera..lebih kurang macam gambar-gambar versi hantu melayu gak huhu..





























sumber: http://www.cahayaair.com/

Hantu Turut Bergambar Sekali Bersama Cewek-Cewek Ini?

on Monday, 16 December 2013

Nampak xmakhluk tu? Korang lihat lah sndiri 2 dari kiri . .atau bleh tgok yang di zoomkan ini . .

sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Penduduk Kampung Temui Sepasang Jenglot Di Tepi Pantai

on Friday, 13 December 2013


Pasangan jenglot yang ditemui di Pantai Muaya

Badung - Orang ramai di kawasan Badung, Bali gempar semalam selepas sepasang makhluk halus dikenali sebagai jenglot ditemui dan ditangkap seorang penduduk Pantai Muaya, Jimbaran.
Menurut media ketika ini jenglot berkenaan disimpan di rumah Jero Mangku Karang. Sejak berita itu tersebar, rumah Jero dikunjungi ramai orang - termasuk dari kawasan luar - untuk melihat sendiri makhluk berkenaan.
Saksi berkata, jenglot itu berupa seperti kelawar, bertaring dan berambut seperti manusia.
“Dimaklumkan jenglot itu ditemui dua penduduk tempatan, Ketut Tarin dan Akob, di kawasan pantai dan selepas ditangkap ia diserahkan kepada Jero,” katanya.
Penduduk setempat mengenali Jero sebagai seorang tokoh spiritual yang dihormati.

Sementara itu Ketut Tarin berkata, dia hairan apabila menemui objek ganjil ketika berjalan di kawasan pantai. Melihat keadaan itu, katanya, dia mencampak objek itu ke laut tetapi ia kembali ke pantai dalam keadaan berpelukan.

“Seolah-olah mereka enggan dipisahkan,” katanya.

Disebabkan bimbang berdepan masalah, Ketut Tarin dan Akob berbincang dan bersetuju menyerahkan jenglot berkenaan kepada tokoh spiritual yang mereka kenali, Mangku Kayun.

Sementara itu Jero berkata, jenglot itu ditemui terbaring dalam jarak kira-kira satu meter antara satu sama lain di pantai ketika Ketut Tarin dan Akob berjoging. Mereka kemudian membawa makhluk itu ke rumahnya.

“Pada awalnya ada kuasa memancar dari jenglot berkenaan tetapi saya neutralkan supaya ia tidak memudaratkan sesiapa,” katanya. Kenyataan itu disokong Mangku Kayun.

“Kuasanya sangat kuat tetapi untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini ia berjaya kami kunci,” katanya.

Menurut Mangku Kayun jenglot juga boleh digelar sebagai toyol kerana makhluk berkenaan boleh menyerupai apa saja. Katanya, rambut jenglot yang terurai itu mungkin berasal daripada rambut manusia atau bulu kemaluan lelaki atau wanita. “Makanannya ialah darah manusia.

“Walaupun ia kelihatan kaku, auranya hidup dan sangat kuat dan boleh disuruh melakukan apa saja, termasuk membunuh,” katanya, semalam. Jero berkata jenglot itu dimiliki pihak tertentu sebagai alat pelaris yang ditempatkan di kotak simpanan wang.
sumber: - Agensi

Misteri Batu Terbakar Selama Ribuan Tahun di Turki

on Thursday, 12 December 2013


Kira-kira 80 km sebelah barat daya dari ibu kota daerah Turki " Antalya " , bersebelahan dengan bandar Cirali di sebelah barat daya Turki , Ada batu yang terus menyala ini terletak di sebuah gunung yang berbatu dan di dalam batu itu terus mengeluarkan api yang menyala selama ribuan tahun lamanya.

Sekitar Puluhan titik nyalaan api itu membakar di bahagian yang berhampiran dengan gunung ,sebab-sebab api menyala kerana terdapat gas metana yang bermasalah yang keluar melalui lubang pengudaraan. Penduduk Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas , dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2500 tahun lamanya. Lubang ventilasi tersebut merupakan pelepasan terbesar dari gas metana abiogenic yang dijumpai atas tanah setakat ini.

Selama beratus-ratus tahun yang lalu , para nelayan Turki boleh melihat nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya sebagai penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal , tapi saat ini Batu Terbakar itu lebih sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan membancuh teh atau sebagai penghangat disaat cuaca sejuk .

Nyalaan api itu, menurut beberapa literatur kuno , telah melahirkan sebuah mitos tentang Chimera , Menurut Mitos Chimera di gambarkan sebagai binatang bernafas api , dengan tubuh dan kepala berbentuk singa, dan sebuah kepala kambing yang tumbuh dari punggungnya , dan ekor yang hujungnya berupa kepala ular.



Sumber: http://www.malaysiasensasi.net/

Wanita misteri hilang di celah dinding

on Sunday, 29 September 2013


Azim merakamkan lokasinya bertemu dengan wanita berpakaian kilang dan hilang di celah lubang kecil.

SUNGAI NIBONG - Pengalaman terserempak dengan wanita berpakaian kilang dan kemudiannya menghilangkan diri di celah dinding mungkin tidak dapat dilupakan seorang lelaki.

Dia yang dikenali dengan nama Azim berkongsi kisah berkenaan kepada Sinar Harian.

Azim berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu di bawah jejantas Sungai Nibong kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, ketika itulah dia terpandang wanita berpakaian kilang duduk di atas batu dengan wajahnya yang begitu muram.

“Tanpa ragu-ragu saya pun terus ingin bertanya jika dia (wanita) perlukan bantuan, dan ketika saya baru hendak berjalan menuju ke arahnya serta merta dia masuk di celah dinding jejantas berkenaan.

“Pada mulanya saya terkejut kenapa dia lari dan bergegas saya mengejarnya kerana bimbang keadaan yang amat gelap di situ, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak ruang berkenaan begitu sempit iaitu sebesar ibu jari saya saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian itu terus membelenggu dalam ingatan Azim sehingga kini.

Sama seperti Azim, rakannya, Zul turut melalui pengalaman yang sama ketika jam 3 pagi apabila terserempak dengan wanita berpakaian kilang sama seperti yang dilihat Azim.

Zul berkata, dia terserempak dengan wanita itu setiap tiga malam berturut-turut dan pada masa yang hampir sama.

“Hari ketiga saya bertekad untuk memandang mukanya, apabila saya nampak mukanya, ada raut persis wanita Indonesia tapi dalam keadaan yang amat sugul dan menyedihkan, apa lagi, terus saya memandu laju,” katanya.

Ketika berkongsi kisah berkenaan dengan rakan-rakan yang lain, lokasi berkenaan dipercayai menjadi kawasan panas kemalangan jalan raya.

Ada yang beritahu ada kanak-kanak sekolah yang dilanggar beberapa kali di situ hingga menemui ajal.
sumber : Sinar Harian

Lelaki Misteri Muncul Ketika Bergambar Di Mekah

on Saturday, 24 August 2013

 Seorang lelaki secara tiba-tiba muncul dibelakang dua orang jemaah wanita ketika mereka bergambar di Mekah. Menurut info, ketika kejadian lelaki tersebut sebenarnya tidak wujud disitu. Walau apa sekalipun, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu rahsia dan hikmah tentang lelaki misteri tersebut.

Nampak lelaki berjubah hitam dan berselendang putih di belakang tu?? Gambar ni sebenarnya gambar lama….mungkin anda dah pernah melihat gambar ni sebelum ini…Gambar ini bertarikh 6-4-2010…

Dibawah adalah petikan dari sumber gambar…


“Photo ini diberi oleh seorang rakan saya. Photo ini diambil semasa ahli keluarga mereka mengerjakan umrah. Katanya semasa photo tersebut diambil, tiada imej lelaki berjubah hitam dan berselendang putih tersebut. Tetapi bila pulang ke Malaysia barulah mereka perasan akan adanya imej lelaki tu. Kesian kedua-dua wanita dalam photo ni, ketakutan sampai demam-demam.“

Persoalannya, siapa lelaki berjubah hitam tu?? dari mana dia muncul? Sekali pandang, memang gerun…namun hakikatnya ia tetap tetamu Allah….dia tetap hamba Allah…Ada yang mengatakan mungkin itu Jin Islam…sama2 nak beribadah di sana…

Tak pasti. Anda rasa? Pelik? Gambar edit? Bagaimanapun, ia tetap kekal misteri sehingga sekarang…Selayaknya, kita hanya wajib takut pada Allah….

Wallahuaalam….
sumber: http://kezoom.blogspot.com/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved