— category

[x]

Angelina Jolie Aktres Terkaya Di Dunia

on Thursday, 1 August 2013


Selain prestasi dalam bidang lakonan dan aktiviti kebajikan yang memberangsangkan, (Gambar) Angelina Jolie mendapat gelaran baharu apabila diiktiraf oleh majalah Forbes sebagai aktres terkaya di dunia.

Majalah tersebut menaksir nilai kekayaan Angelina Jolie seksi hot mencapai USD$33 juta (RM107 juta). Kiraan itu dibuat berdasarkan hitungan hasil pendapatannya dari Jun 2012 hingga Jun 2013.

Walaupun Angelina sudah lama tidak membintangi filem sejak The Tourist pada tahun 2010, wanita itu masih lagi mempunyai saluran pendapatan lain.

Selepas Angelina Jolie, Jennifer Lawrence pula menduduki tempat kedua selepas dia sukses membintangi filem The Hunger Games.

Tangga tempat ketiga aktres terkaya pula diduduki Kristen Stewat yang meraih keuntungan besar menerusi filem Snow White And The Huntsman.
Jennifer Anniston dan Emma Stone pula masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima. 
sumber:  Mstar.

Zizan Razak Akui Kekok `Beristerikan` Lisa Surihani Dalam Cicakman 3



Pelawak dan pelakon, Zizan Razak akui kekok apabila diberikan watak suami, lebih-lebih lagi menjadi suami kepada aktres, Lisa Surihani di dalam filem Cicakman 3.

Zizan berkata, lebih kekok apabila Lisa Surihani adalah isteri kepada pengarah filem yang dibintanginyaitu iaitu Yusry Abdul Halim.

"Sebenarnya saya memang kekok kalau hendak berlakon dengan wanita, lebih-lebih lagi watak suami isteri ni. Bukan dengan isteri orang saja, dengan pelakon yang bujang pun saya dah rasa kekok.

"Tapi bila sudah bercakap dan kami mula brainstorming, saya dapati Lisa seorang yang senang untuk dibawa berbincang dan dia pandai buat saya masuk dalam watak itu sehingga saya benar-benar jatuh cinta kepada watak Lisa iaitu Linda.

"Lagipun, kami dah kenal lama dan Lisa orangnya sangat terbuka sehingga kami senang untuk memberi atau membawa watak itu bila berbincang," katanya selepas sidang media Cicakman 3, baru-baru ini.

Selain Lisa dan Zizan, Cicakman 3 yang menggabungkan usahasama tiga studio penerbitan filem gergasi tanahair iaitu KRU Studios, Grand Brialiance dan Astro Shaw Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz sebagai pelakon utama.

Apabila ditanya, bagaimanakah watak suami yang cuba ditonjolkan di dalam Cicakman 3 itu, Zizan berkata dia cuba elak daripada bersentuhan dengan Lisa sebaliknya menggunakan cara lain untuk menunjukan kasih sayang suami isteri.

"Pada saya jika membawakan watak suami isteri ini, saya boleh gunakan cara atau kaedah lain daripada yang biasa barat lakukan seperti berpelukan dan bersentuhan.

"Demi menghormati adat melayu kita saya akan lebih banyak gunakan ayat dan cara percakapan serta gesture badan untuk menujukan kasih saying sebagai seorng suami," ceritanya lagi.

Cicakman 3 yang bakal menjalani penggambaran bermula 15 ogos ini dijangka ditayangkan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014.

Secara ringkas, Cicakman mengisahkan mengenai Man yang merupakan peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya Linda dan anaknya Boboy. Dia kemudian cuba membuktikan yang dia mampu berubah.

Keadaan semakin tertekan apabila Adam, bekas rakan sekolahnya cuba memenangi hati Linda. Kehidupan Man berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Malah belajar menjadi Cicakman yang baru. Bagaimanakah kehidupan baru Man selepas itu? Nantikan kemuncualn Cicakman 3 pada 29 Mei tahun hadapan.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

67 Kebakaran Dalam Masa 48 Jam Di Makkah

Riyadh - Sebanyak 67 kebakaran di beberapa kawasan di Makkah dalam tempoh 48 jam menyebabkan puluhan orang cedera.

Pengarah Pertahanan Sivil, Brigadier Jen Khalaf Al-Matrafi, berkata pasukan pertahanan sivil berjaya memadamkan semua kebakaran berkenaan.

Beliau berkata, hampir 190 kes rawatan perubatan dilaporkan termasuk membabitkan jemaah umrah.

“Ada yang cedera agak serius dan perhatian utama diberi kepada jemaah Umrah dalam Masjidilharam selain kawasan sekitar. Majoriti kes membabitkan rawatan di Pusat Pertahanan Sivil.

Mangsa dipindahkan ke hospital

“Kes yang memerlukan perhatian anggota perubatan, dipindahkan ke hospital di pusat bandar,” katanya.

Al-Matrafi berkata, jabatannya melakukan lebih 287 pemeriksaan di seluruh bandar bagi memantau dan mengesan sebarang masalah keselamatan di bangunan dan kediaman.

Pasukan pertahanan sivil juga memantau tahap pencemaran udara, pelepasan gas karbon di terowong dan tempat jemaah berhimpun.

“Ada pemilik bangunan dan kediaman yang melakukan pencabulan syarat keselamatan tetapi semua sudah diselesaikan,” katanya. 
sumber : http://bloghancus.blogspot.com/


Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa KRU Music

Majlis berbuka puasa anjuran KRU Music diadakan sekaligus untuk melancarkan dua buah album terbaru. Satu, album Oh My Raya! dan duanya, album ketuhanan berjudul Hijab Di Ufuk Barat. Berlangsung dalam suasana penuh santai dan meriah, majlis berbuka puasa ini dihadiri oleh beberapa orang selebriti yang terlibat menyumbangkan suara untuk menghasilkan kedua album ini.

Jom tengok siapa yang hadir :

Natassia MaltheAC Mizal & MawiAzmir ArifAC Mizal & MawiIla SabriSekitar Majlis Berbuka Puasa KRU MusicSekitar Majlis Berbuka Puasa KRU MusicSekitar Majlis Berbuka Puasa KRU MusicSekitar Majlis Berbuka Puasa KRU Music
sumber ; http://www.budiey.com/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved