— category

[x]

Gambar Emma Maembong Bersama Ibu dan Bapanya

on Sunday, 1 September 2013


Emma Maembong merupakan antara barisan pelakon baru yang sedang meningkat naik. Emma juga merupakan seorang gadis kacukan melayu - scotish yang berasal dari Terengganu.

Mungkin ramai yang tidak pernah melihat wajah ibu Emma sebelum ini. Di bawah ini adalah gambar Emma bersama ibu dan ayahnya. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi wajah ibu Emma sama cantik dengan Emma.

sumber : Kezoom  

KREATIF - Lelaki Ini Ukir Gambar Motorsikal Pada Sehelai Rambut!


Seorang seniman mencabar dirinya untuk membuat karya yang mungkin paling kecil di dunia. Willard Wigan akhirnya berjaya membuat karya bersaiz mikroskopik pada sehelai rambut.
Ia membuat ukiran motosikal yang ukurannya sekecil sel darah. Ukiran motosikal tersebut berukuran 3 mikron dan hanya boleh dilihat memakai mikroskop.

Lelaki berusia 55 tahun itu memilih motosikal kerana melihat helaian rambut seperti jalan raya. Willard membuat lubang pada helaian rambut dengan alat khusus dan mengukirnya dengan pisau bersaiz sel darah.


Williard menghabiskan masa selama 16 jam sehari selama 5 minggu untuk mengukir motosikal itu. Masa pembuatan yang lama disebabkan ukurannya yang mikroskopik yang membuatkannya sangat rapuh.

Malah, denyut nadi di jarinya mampu menghancurkan ukiran tersebut sehinggakan Willard melakukannya diantara denyutan jantungnya.

Willard mengakui proses pembuatannya sangat mencabar dan memerlukan tahap ketelitian yang tinggi.

Sejak dulu dia memang dikenali sebagai seniman yang sering menggunakan media yang sangat kecil, namun baru kali ini menjadikan rambut sebagai kanvasnya.

"Proses pembuatannya sangat mencabar. Pembuluh darah di mata saya pecah kerana perlu menatap melalui mikroskop. Ini adalah projek saya yang paling mencabar," kata Willard.

"Ibu saya selalu berkata, semakin kecil yang kamu lakukan maka semakin besar namamu. Dia terus mencabar saya sebagai dorongan untuk mencabar diri saya sendiri."
sumber: http://bikinstress.blogspot.com/

Gambar Terkini Anak Tomok - Arrian




























sumber : Kezoom

Gara-gara KL Gangster, Syamsul tak dapat tidur, mengurung diri dalam bilik

Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam memberitahu keadaan anaknya, Syamsul cukup tertekan dengan kejadian karya ke lapan arahannya, KL Gangster 2 yang telah dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Syamsul Yusof

Menurut Yusof, sejak hari pertama mendapat berita tersebut pada Rabu lalu, Syamsul tidak boleh tidur sebaliknya dia hanya duduk di depan komputer kerana mahu memadamkan setiap link yang tersebar di laman-laman sesawang.

"Sebagai pembikin filem, Syamsul cukup kecewa. Semasa tahu dia tahu tentang berita ni, dia hubungi ibunya dulu. Kemudian dia hubungi saya. Saya jumpa dia dan saya peluk dia. Saya beri dia semangat. Saya katakan padanya, walau apapun yang terjadi, saya akan tetap sentiasa menyokong dia.

"Sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh tidur. Dia jaga internet. Dia pun aya tengok dah bertambah kurus", katanya ketika di sidang media khas bagi menghuraikan isu filem KL Gangster 2 telah dibocorkan di internet.

Dalam pada itu ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail yang turut hadir pada sidang media berkenaan juga sempat memberitahu, Syamsul asyik mengurungkan dirinya di dalam bilik.

"Dia asyik berkurung dalam bilik. Katanya dia nak berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet", katanya.

KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem inijuga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura. 
sumber : http://infoartiskini.blogspot.com/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved