— category

[x]

Kehendak Nya : Kolam Hilang Ditelan Bumi

on Saturday, 30 November 2013


LUBANG besar yang dulu sebuah kolam di Sanica, Bosnia.
Sarajevo: Penduduk perkampungan Sanica di utara Bosnia gempar apabila kolam yang menjadi tempat kanak-kanak setempat memancing tiba-tiba hilang ‘ditelan’ sebuah lubang.

Penduduk, Rezak Motanic mengibaratkan kejadian itu seperti filem fiksyen sains berikutan lubang itu seolah-olah menelan air kolam, ikan malah juga pokok berhampiran.

“Saya sedang duduk di tepi kolam itu sebelum tiba-tiba keadaan kelam-kabut,” katanya.

Penduduk lain, Cemal Hasan berkata, dia melihat ikan melompat keluar dari kolam itu.

“Malah sebuah pokok plum besar tumbang seolah-olah ditarik seseorang,” katanya.

Penduduk kampung nyata terkejut sejak kolam seluas 20 meter dan sedalam lapan meter itu lenyap, dua minggu lalu.

Apa yang tinggal kini sebuah lubang seluas 50 meter dan sedalam 30 meter.

Dari semasa ke semasa keluasan kolam itu dilaporkan semakin membesar.

Menurut saintis, kejadian seperti itu lazim berlaku mungkin disebabkan arus air bawah tanah yang semakin kering atau perubahan dalam saliran tanah.

Bagaimanapun, penduduk Sanica mempunyai teori tersendiri, termasuk gua besar atau gunung berapi di bawah tanah, malah ada mendakwa pemilik kolam itu ‘membawanya’ bersama selepas meninggal dunia, bulan lalu.

Tidak ketinggalan juga penduduk yang menganggapnya tanda kiamat. - AP-
sumber: Harian Metro

Warga Mexico Berlatih Guna Tangan Milik Orang Lain


GRANADOS memeluk sebiji bola semasa dia berlatih menggunakan tangan baharunya di Institut Sains Perubatan dan Nutrisi Kebangsaan, bandar raya Mexico pada Selasa lalu.
Seorang warga Mexico, Gabriel Granados kini menggunakan dua tangan yang didermakan oleh orang lain untuk melakukan aktiviti harian.

Granados, 53, merupakan penduduk Latin Amerika yang pertama menerima dua tangan yang didermakan oleh seorang individu berumur 34 tahun yang mati akibat terkena tembakan.

Dia menerima dua tangan baharu itu selepas menjalani pembedahan selama 17 jam di Institut Sains Perubatan dan Nutrisi Kebangsaan di sini pada Mei 2012.

Sekumpulan doktor termasuk lima doktor bedah, tiga pakar anestesiologi, lima jururawat telah menyambung tangan baharu Granados bermula dari bawah paras sikunya.

Agensi berita Associated Press pernah melaporkan bahawa doktor-doktor yang terlibat dalam pembedahan itu melakukan ujian ke atas mayat terlebih dulu sebelum mereka menyambung tangan Granados.

Kedua-dua tangannya itu melecur teruk pada Januari 2011 selepas dia terkena kejutan elektrik ketika memberikan arahan kepada sekumpulan pekerja pembinaan.

"Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan kerana saya dapat melihat tangan baharu selepas tiada buat seketika," kata Granados.

Dia merupakan seorang kakitangan di Unit Kewangan, Pejabat Pendakwa Raya Mexico.

Bapa kepada dua orang anak itu menjalani sesi fisioterapi dengan beberapa orang doktor di institut tersebut pada Selasa lalu.

Dia berlatih menggunakan tangan baharunya ketika menjalani sesi fisioterapi itu.

Dalam sesi itu, dia memegang beberapa objek dengan menggunakan kedua-dua tangannya itu. 
sumber: Kosmos

Lelaki India Maut Di Telan Ular Sawa Ketika Mabuk

Berita yang menggemparkan dari Attapady, Kerala, India, dilaporkan seekor ular sawa telah menelan seorang lelaki yang sedang mabuk.

Seperti yang dilaporkan oleh Horrosociety (28/11), kejadian itu berlaku ketika lelaki itu sedang mabuk sehingga tidak sedarkan diri dan terlentang di luar kedai minuman keras tempat ia menenuk minuman.

Ketika tidak sedarkan diri, seekor ular sawa besar datang dan memakan lelaki itu hidup-hidup. Jika dilihat dari foto di atas, terlihat bahagian perut ular itu kelihatan besar dan membentuk tubuh manusia. Peristiwa ular memakan manusia itu menggemparkan termasuk di laman jejaring sosial seperti Youtube dan Twitter.
sumber: http://dairishare.blogspot.com/

Udang Spesis Baru Ditemui Seperti Rangka Tengkorak

Sejenis udang baru yang kelihatan seakan rangka tengkorak dan kerangkanya kelihatan lutsinar.

Sekumpulan saintis AS menemui udang jenis baru dengan kerangka telus di dalam sebuah gua di pantai Catalina Island, wilayah California, laporan Independent.

Udang yang mempunyai nama latin Liropus Minusculus tersebut ukurannya memang kecil, namun cukup aneh.

Para saintis mendapati spesies baru udang rangka - sekumpulan krustasia kecil yang sebenarnya caprellid amphipods, bukan udang - dalam lopak-lopak air yang dikutip dari sebuah gua kecil luar pesisir Catalina Island Southern California, telah ditempatkan di Canadian Museum of Nature di Ottawa.
sumber: http://dairishare.blogspot.com/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved