— category

[x]

PENGACARA TV3, AHMAD FETRI YAHYA TEGUR PERBUATAN ANGKAT SUMPAH DEPAN AL-QURAN PASUKAN T-TEAM

on Wednesday, 12 February 2014


RAMAI pihak yang mempertikai tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengarahkan pasukan bola sepak Terengganu, T-Team bersumpah dengan Al-Quran depan beliau kelmarin.

Tindakan bersumpah kononnya untuk membuktikan kebenaran berhubung insiden pergaduhan antara pasukan T-Team dan JDT tempoh hari itu dilihat mengelirukan serta mempermainkan agama dan begitu bersifat kebudak-budakan.

Dalam kehangatan orang ramai mencemuh tindakan itu, tidak ketinggalan pengacara terkenal TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang dilihat turut menegur perbuatan tersebut.

Sebaik sahaja upacara bersumpah tersebut dijalankan, melalui akaun twitter miliknya, Fedtri menulis:

"Muhasabah diri: Quran pun jarang² buka, tebal dengan debu. Mengembalikan fungsi sebenar Al-Quran, Bukan sekadar hiasan hantaran dan alat bersumpah"





Berapa ramai orang jadi keliru dengan perbuatan bersumpah depan Al-Quran ini dan menyangka ia adalah ajaran Islam?

Sedangkan orang yang suka bersumpah itu menunjukkan ciri-ciri 'munafik' yang menjadikan sumpah sebagai perisai lalu? membawa orang lain kepada kesesatan.

"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya sebagai perisai, lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].

Al-Quran tidak dibaca, sebaliknya hanya jadi alat untuk bersumpah. 

Cium Pipi Jer Mak Tak Marah Pun


Gadis bertudung upload gambar bercium dalam Facebook. “Cium pipi je, mak tak marah pun,” itulah kata-kata dan jawapan seorang gadis bertudung yang tidak segan silu memuat-naik gambarnya sedang bercium di Facebook apabila ditanya oleh rakannya. Bahaya sebenarnya kalau upload gambar macam ini dalam Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga mungkin berdepan risiko gambar berkenaan disalahgunakan oleh orang lain


Kisah Anzalna yang hampir dijual lelaki mat salleh


Isu artis wanita ditipu oleh seorang lelaki yang membabitkan pelakon seksi Anzlana Nasir yang hampir jadi mangsa penipuan lelaki yang dikenali sebagai Adam Davin.

Kes penipuan yang melibatkan Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan, perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu

Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

“Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.”

“Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia propaa sangat bila bercakap.”

“Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya.” katanya.

Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore.

Mariah Carey Sengaja Tonjolkan'Aset'nya


Mariah Carey menarik perhatian hadirin yang hadir ketika membawakan lagu terbarunya, You're Mine, di BET Honors 2014, yang diadakan di Warner Theater, Washington, Sabtu (8/2/14). 

Ibu kepada dua orang anak ini tampil berani dengan mengenakan gaun hitam yang memiliki belahan dada sangat rendah hingga memperlihatkan belahan dadanya secara jelas. 

Panggung BET Honors 2014 juga dimeriahkan oleh penampilan artis-artis lain seperti Jennifer Hudson, Janelle Monae, Tamar Braxton dan Smokey Robinson. Ludacris, Mack Wilds, Joe Morton dan Al Sharpton bertugas sebagai pengacara. 


BET Honors adalah platform penghargaan untuk tokoh-tokoh keturunan Afrika-Amerika dari berbagai bidang termasuk musik, hiburan, sastra dan pendidikan. Hasil penjualan tiketnya akan disumbangkan ke Women Veterans Interactive, organisasi yang mendukung para veteran dan keluarganya.
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved