— category

[x]

Kerana Mulut Sendiri, Raja Azmi Akhirnya Berhijab

on Tuesday, 3 June 2014

 Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya mendedahkan keceluparan mulutnya sendiri yang mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka antara punca dia terbuka hati untuk berhijab.

Menurut Raja Azmi, 55, selepas membuat kenyataan itu yang disiarkan di TV9 bulan lalu, dia mula terfikir adakah kenyataan yang dibuatnya itu betul atau sebaliknya.

“Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab,” katanya.

Sebelum ini Raja Azmi menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan pendapat orang yang tidak bertudung akan masuk neraka.

Beliau membuat kenyataan berkenaan apabila ditanya wartawan Galaksi, TV9, adakah dia mahu bertudung selepas kembali mengerjakan umrah pada Februari lalu.

Malah dia juga berkata, orang yang bertudung pula tidak semuanya menjaga adab mereka sebagai muslim sejati.

Dalam pada itu Raja Azmi berkata, dia tidak terkesan dengan segala kritikan orang ramai terhadap kenyataannya sebelum ini tetapi dia bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan dia mengambil keputusan bertudung.

Langkah menukar imej kata beliau, adalah sebahagian daripada keinginannya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam itu dengan lebih mendalam.

“Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan,” katanya.

Tambah Raja Azmi, dia akan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah terutamanya menjaga waktu solat lima waktu yang sebelum ini tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Ditanya oleh Aznil bagaimana reaksi keluarganya selepas membuat keputusan itu Raja Azmi berkata, anak-anaknya gembira dengan perubahan berkenaan manakala suaminya Mohd Eddie Ghazali, 45, pula menepuk bahunya sambil berkata; “I love you.”

Beliau turut menambah, keputusan memakai tudung juga memperluaskan rezekinya apabila dia mendapat peluang menghasilkan rekaan tudung yang akan diusahakan bersama rakannya.

Dalam rancangan itu juga Raja Azmi turut memberi nasihat kepada penonton agar mencontohinya untuk berubah kerana perubahan itu akan membuatkan seseorang umat Islam akan mendapat lebih pahala.

“Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala,” katanya
sumber: kezoom

Gambar Majlis Resepsi Fizz & Almy Nadia di Pulau Pinang

 Di bawah merupakan beberapa keping gambar menarik majlis resepsi dua mempelai yang baru saja bergelar suami isteri, Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang telah diadakam di Pulau Pinang.


 
 

 
 












sumber: kezoom

Eina Azman Enggan Campur Isu Tampar


Pelakon Eina Azman tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi yang mengaitkan dua beranak iaitu bekas kekasihnya Afiq Muiz dan ibu pemuda itu, Hasliza Mohd.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 19, berkata, dia juga tidak berhasrat untuk memberi sebarang ulasan berhubung isu kononnya dua beranak itu berhasrat menampar mukanya.

"Sejujurnya saya tidak membaca laporan berkenaan tetapi mengetahui tentang perkara itu daripada orang lain dan saya tidak mahu mengulas mengenainya kerana saya enggan terlibat dalam sebarang kontroversi lagi," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Terdahulu, Hasliza menerusi laman Twitter miliknya menyifatkan laporan sebuah akhbar yang mendakwa dia dan Afiq mahu menampar muka Eina Azman jika berjumpa wanita itu sebagai satu fitnah.

Eina adalah pelakon yang sebelum ini dikatakan menjadi punca Afiq Muiz menderhaka kepada ibunya sehingga tidak pulang ke rumah.

Dalam pada itu, Eina berkata, biarpun terkejut dengan berita berkenaan namun dia tidak mampu untuk menolak kesahihan laporan yang dibuat akhbar itu.

Bagaimanapun katanya lagi, dia tidak mahu membebani fikirannya dengan persoalan tersebut kerana ia tidak memberi sebarang kebaikkan kepadanya.

Eina dan Afiq pernah digosipkan bercinta.

"Saya cuma terfikir sekiranya perkara itu tidak wujud, masakan orang boleh bercerita mengenainya tetapi saya malas hendak layan perkara remeh seperti itu kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," jelasnya.

Sementara itu, Eina menafikan dia memusuhi Afiq sebaliknya menjelaskan kesibukan dengan kerjaya masing-masing menyebabkan hubungan mereka tidak rapat seperti dahulu.

Jelas Eina lagi, faktor dia kini mempunyai teman lelaki turut menjadi alasan mengapa dia tidak lagi bertemu dengan Afiq seperti bagi menghormati kekasihnya.

"Memang kami tiada apa-apa masalah tetapi saya kini sudah mempunyai teman lelaki dan sudah tentu jika saya masih akrab dengannya kekasih akan salah faham.

"Saya perlu menjaga perasaan teman lelaki dan sebab itu saya sudah lama tidak bertemu dengannya dan bukannya kerana kami bergaduh," jelasnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Gadis "Bertuala" Lepas Mandi Mangsa Ratahan Penyamun

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja disamun, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 9, Cheras, di sini, 1 November lalu.

Dalam kejadian antara jam 1 dan 2 pagi itu, mangsa dilapor bersendirian sebelum rumahnya dipecah masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an dipercayai warga asing.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang mandi di dalam biliknya di tingkat dua rumah berkenaan dan selepasmerogol mangsa, lelaki itu melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai RM3,000.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang.

“Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit. Selepas menyelongkar ruang tamu rumah, lelaki itu terus naik ke bilik mangsa.

“Lelaki itu dipercayai mengetuk pintu bilik sebelum mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuka pintu kerana menyangka ahli keluarganya pulang,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki itu yang melihat mangsa hanya memakai tuala kemudian merogolnya.

“Selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan diri bersama wang dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.

Katanya, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.

Difahamkan, sehingga kini lelaki itu belum ditahan sebaliknya pengawal keselamatan warga Pakistan berusia lewat 20-an yang bertugas di kawasan perumahan itu ketika kejadian ditahan bagi membantu siasatan. Harian Metro difahamkan, rumah mangsa dan pondok kawalan kawasan perumahan itu bersebelahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved