— category

[x]

Jom Amalkan 10 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

on Tuesday, 1 July 2014


SETIAP kali menjelangnya bulan Ramadhan, ramai yang mula berkongsi menu makanan yang menarik untuk bersahur dan berbuka.

Tapi, dalam keghairahan itu, jangan sesekali makan secara melampau dan cukuplah sekadar mengisi perut yang lapar agar kesihatan anda sentiasa berada di tahap yang baik.

Ada lebih baik jika anda amalkan makanan yang digemari Rasulullah S.A.W sepanjang bulan Ramadhan ini.

Selain mendapat keberkatan, ia juga punyai 1001 khasiat yang mungkin anda sendiri tidak tahu:

1. Barli – Bagus dibuat sup untuk rawat demam.

2. Kurma – Rasulullah S.A.W berkata, rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

7. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

8. Minyak zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

9. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

10. Air kosong – Jika dahaga hendaklah minum perlahan-lahan. Jangan diteguk, nanti mudah mendapat sakit pada hati.

sumber:http://mynewshub.my/main

10 Gangguan Sewaktu Memandu Yang Sering Kali Dilakukan


Seakan tidak dapat dielakkan apabila saban tahun statistik kemalangan jalan raya di Malaysiasemakin meningkat dari tahun ke tahun.

Perkara ini berlanjutan lebih-lebih ketika musim perayaan.

Bukan tidak ada kempen kesedaran yang dijalankan oleh kerajaan namun sehingga kini masih tiada lagi formula yang berkesan untuk menurunkan atau mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya.

Bagi kami, soal keselamatan di atas jalan raya adalah tanggungjawab setiap pemandu itu sendiri.

Mereka seharusnya sentiasa berhati-hati dan mata haruslah sentiasa melihat di hadapan supaya tidak berlaku apa-apa kecelakaan di kemudian hari.

Di bawah ini, Mynewshub.my senaraikan top 10 jenis gangguan sewaktu memandu yang sering dilakukan pemandu di Malaysia.


Lepas ini, letak tepi dulu telefon pintar anda itu ya dan teruskan fokus pada pemanduan agar anda selamat sampai ke destinasi yang dituju. – MYNEWSHUB.MY

1. Menjawab panggilan telefon.

2. Membaca alat navigator (gps).

3. Mendengar muzik secara aktif.

4. Membuat panggilan atau baca mesej di telefon.

5. Asyik berbual dengan penumpang dalam kenderaan

6. Sedang memasukkan CD atau guna alat muzik lain.

7. Mengelamun.

8. Melihat orang atau kejadian di luar.

9. Sedang set alat navigator.

10. Melihat landskap atau bangunan.
sumber:http://mynewshub.my/main

Kes pukau popular ketika Ramadan


Jakarta: Polis Metropolitan Jakarta Raya mengingatkan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap peningkatan kadar jenayah seperti rompakan menggunakan pukau pada bulan Ramadan.

Seperti tahun sebelum ini, jenayah berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi.

Justeru polis meminta orang ramai tidak menjadikan diri mereka sasaran dengan mengelak daripada memakai barang kemas atau membawa barangan berharga ketika berada tempat awam.

Jurucakap polis berkata peningkatan kadar itu didorong keperluan harian yang mendesak pada bulan puasa.

Melalui data yang diperoleh polis, katanya, pukau antara jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan. “Kes pukau biasanya terjadi kepada pengguna pengangkutan awam,” katanya.
Sumber: myMetro

Wanita dicampak keluar kereta api


Howrah, India: Seorang lagi penumpang kereta api di India cedera parah selepas terjatuh dari kenderaan itu yang sedang bergerak laju di stesen Bagnan semalam.

Penduduk tempatan menuduh insiden itu berlaku apabila pemeriksa tiket menolak wanita terbabit selepas memukul mangsa serta dua lagi rakannya. Berang dengan kejadian itu, penduduk setempat merusuh dan menyerbu stesen kereta api, menyebabkan perkhidmatan di situ tergendala lebih sejam.

Kejadian berkenaan berlaku sehari selepas seorang wanita lagi dicampak keluar dari tempat simpanan barang di stesen Eklakhi berhampiran Malda kerana tidak memiliki tiket. Penduduk tempatan mendakwa pemeriksa tiket sengaja menolak Arpita Samanta, 22, keluar dari kereta api. Arpita berasal dari Kampung Parbaharpota Panskura dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kolkata.

Pegawai kereta api setempat pula mendakwa, Arpita nekad melompat keluar untuk mengelak pemeriksaan tiket khas.

Malangnya, dia tidak menyedari platform berada di bahagian lain dan terjatuh di atas trek.

Difahamkan, ada saksi melihat Arpita bertengkar dengan pemeriksa tiket apabila dia gagal menunjukkan tiketnya. “Arpita diminta membayar denda namun mangsa tidak mempunyai wang. “Pemeriksa tiket kemudian bercadang membawa Arpita ke stesen Bagnan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata saksi, pemeriksa tiket itu kemudian menolak Arpita ketika kereta api memasuki stesen Bagnan. - Agensi
Sumber: myMetro
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved