— category

[x]

Barang-Barang Yang Pernah Di Rampas Di Lapangan Terbang

on Wednesday, 30 April 2014

















sumber: http://dairishare.blogspot.com/

AWAS! Taktik Jahat Penjenayah Perdaya Gadis

Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.

Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Sebarkan.
sumber: kezoom

Manusia Lutsinar Di China

on Tuesday, 29 April 2014

Liu Bolin merupakan seorang artist “invisible art” art yang berasal dari China. Dia telah menontonkan karyanya di Eli Klein Art Gallery di New York. Tengok kepada kerja dia ni, memang gempak. Bukan senang tau nak berdiri sambil orang tuliskan atas badan kita.

Cuba cari beliau didalam gambar dibawah ini.



















sumber:http://ankcrew.blogspot.com/

Enjin Pesawat Terbakar...



Written By DUKE LARA on 29 April 2014 | 5:30 PTG


Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.
Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas.
"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya.
sumber: http://malaysia-instinct.net/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved