— category

[x]

Gambar Basah Leez Rosli Peserta AF4 Yang Tersebar

on Tuesday, 24 June 2014


Mungkin nama Leez Rosli sedikit asing bagi sesetengah peminat industri hiburan tanah air. Artis cantik jelita ini lahir daripada program realiti tv no satu tanah air, Akademi Fantasia musim ke-4.

Namun namamya mula disebut-sebut ekoran pendedahan bahawa artis ini merupakan bekas kekasih pelawak nombor satu tanah air, Zizan Razak.

Kini, Leez Rosli merupakan tunang kepada Aepul yang merupakan vokalis bagi Drama Band. Mencari perkembangan tentang artis ini, penulis menjumpai 3 gambar basah artis ini yang telah tersebar di internet.



sumber: http://velocityhunt.blogspot.com/

Produksi Filem Seram Kena sumpah Di Dunia Sebenar

Kita semua pernah ditakutkan oleh folem-filem seram pada satu-satu masa dalam hidup kita. Tapi itu semua hanyalah filem-filem kan?
Namun, beberapa siri peristiwa seram dan menggerunkan telah menyusuli produksi filem-filem ini di belakang tabir. Kebetulan? Anda sendiri tentukan. Yang pasti sesuatu yang pelik dan di luar kawalan yang tidak dapat diterangkan dengan nyata telah berlaku di set-set penggambaran ini.

The Omen (1976)

Tragedi bermula di set penggambaran apabila juru urus haiwan di makan hidup-hidup oleh seekor singa. Kemudian, Gregory Peck dan Mace Neufeld dipanah petir, diatas kapal terbang yang berasingan tetapi bernasib baik dan terselamat.

Insiden paling pelik, walau bagaimanapun adalah kemalangan maut kereta hanya beberapa ketika selepas keseluruhan penggambaran filem tersebut selesai.

Designer filem The Omen, John Richardson, terperangkap dalam perlanggaran kereta yang meragut nyawa teman wanitanya, yang terpancung hampir sama seperti watak Jennings yang terbunuh di dalam filem itu.

Rosemary's Baby (1968)

Penerbit, Castle, yang sangat terkesan dengan filem ini dan surat benci serta ugutan bunuh yang tidak putus-putus dari 'peminat-peminat' yang terganggu dan apabila beliau dirawat kerana jangkitan urin dengan tidak semena-mena menjerit, "Rosemary, turunkan pisau kamu itu!"
Paling menyeramkan antara semuanya adalah isteri kepada pengarah filem ini, Sharon Tate bersama tiga orang sahabat dan anak yang dikandungnya dibunuh oleh pengikut-pengikut Charles Mansonmenggunakan motif 'Satanic' yang ditiru daripada skrip sebenar Rosemary's Baby.
Poltergeist (1982)

Pelakon-pelakon muda Poltergeist sememangnya tidak bernasib baik. Atau, adakah mereka sebenarnya disumpah?
Pada mulanya, si kecil Oliver Robbins (Robbie Freeling) hampir menemui ajal apabila dia dicekik oleh tangan patung jahat yang mengheretnya ke bawah bantal.
Kemudian, bintang muda, Heather O'Rourke yang melakonkan watak Carol Anne Freeling. mati selang beberapa tahun selepas filem ini ditayangkan buat pertama kali semasa pembedahan rutin biasa dihospital.
Lebih menyeramkan adalah berita pembunuhan Dominique Dunne, berusia 22 tahun (watak kakak kepada Carol, Dana Freeling) yang dicekik oleh bekas kekasihnya yang ganas.

Psycho (1960)

Psycho mengejutkan dunia dengan gabungan keganasan yang sangat grafik dan ketakutan psikologi, tetapi kejadian jenayah yang ditiru selepas pelancarannya juga menghantui perasaan.
Penyiasat Zodiac, Robert Graysmith melaporkan insiden tersebut di dalam bukunya, "The Girl in Alfred Hitchcock's Shower".
Seorang wanita bernama Myra Davis yang bekerja sebagai pembantu pencahayaan untuk filem Psycho, dibunuh oleh Kenneth Dean Hunt, seorang yang obses dengan Hitchcock dan dikatakan adalah Psycho sebenar.
Terlalu banyak kekeliruan yang berkisar mengenai kes tersebut di mana pelakon ganti untuk Janet Leighbagi babak mandi yang kontroversi itu juga bernama Myra Davis.

The Exorcist (1973)

The Exorcist dipenuhi dengan kematian dan kecelakaan. Jack McGowran (Burke Dennings) dan Valsiliki Maliaros (Mrs Karras) meninggal dunia sebelum The Exorcist dilancarkan, dan Ellen Burstyn serta Linda Blair mengalami kecederaan tulang belakang yang agak teruk semasa di set lakonan.
Secara mistiknya, sebahagian daripada set The Exorcist tiba-tiba terbakar di rumah Reagan, kecuali bilik tidurnya dan terpaksa dibina semula. Ini sangat menakutkan pelakon-pelakon serta krew sehingga paderi dipanggil untuk melaksanakan 'Exorcism' (upacara menghalau roh jahat) yang sebenar.

Fakta atau fiksyen? Anda mungkin terpaksa mengakui info ini amat menyeramkan..
sumber: http://www.mazeermohamad.com/

Pemain Ghana Bersedekah Bantu Penduduk Islam Brazil


Kebiasaannya peminat bola sepak mengetahui pemain manakah yang mendapat pendapatan paling tinggi dan mereka yang menghimpun pelbagai jenis kereta sukan selain skandal bersama wanita.

Tetapi berapa ramai pula yang tahu siapakah pemain bola sepak dunia paling pemurah dalam saingan Piala Dunia kali ini.

Dipetik daripada abhamz.com, dermawan yang dimaksudkan ialah bintang Ghana, Sulley Muntari yang juga pemain tengah AC Milan.

Muntari yang beragama Islam sebelum ini cukup terkenal di Ghana apabila dia membina sebuah masjid di kampung halamannya selain kerap membantu saudara seIslam yang kesusahan.

Berikutan itu, dalam kempen Piala Dunia kali ini, Muntari mendapatkan pelepasan khas daripada jurulatihnya, Kwesi Appiah untuk ke kawasan penempatan masyarakat Islam miskin di Brazil iaitu di Maceio untuk bersedekah.

Ketika berjalan dan bergambar bersama masyarakat Islam di situ Muntari turut menghabiskan wangnya dengan bersedekah sebagai usaha membantu saudara seIslam yang kesusahan.
sumber:http://mynewshub.my/main

Mas Khan Kekasih Baharu Lana Nordin


Setelah kontroversi putus cinta dengan pelakon Johan As'ari berakhir, pelakon Lana Nordin, pada Isnin memperkenalkan teman istimewanya iaitu pelakon baharu Mas Khan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia dan pemuda yang berusia 20-an itu masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya kepada mStar Online.

Lana ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kosmetik Airish Fashion Cosmetik di Hotel The Royal Chulan, di sini, Isnin.

Jelas Lana, dia tidak mahu kontroversi percintaannya dengan pelakon Johan As'ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.

"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya.IKLAN

Mudah-mudahan cinta kedua-dua pasangan ini akan berkekalan.

Sementara itu, bercerita tentang Mas Khan, Lana berkata, dia seorang yang matang dan memahami biarpun jarak usia mereka agak jauh.

Bagaimanapun, peristiwa percintaan lalu banyak mengajarnya agar lebih berhati-hari dan tidak mudah mempercayai lelaki.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.

"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya," kata Lana.

Lana mengakui antara punca dia rapat dengan lelaki itu juga adalah disebabkan mereka bergandingan dalam sebuah filem berjudul Biasan.

Katanya, filem tersebut masih lagi dalam penggambaran sehingga akhir Ramadan ini.

Sementara Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan mengakui Lana seorang wanita yang penyayang dan lemah lembut.

"Pada mulanya saya nampak dia seorang yang garang dan sombong tetapi bila sudah rapat barulah saya tahu dia seorang yang lembut.

"Dia sangat baik dan ambil berat tentang saya, dia banyak mengajar saya tentang lakonan dan berhadapan dengan masyarakat serta media," ujarnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved