— category

[x]

VIDEO: Kekasih Neymar Tutup Hidung, Tak Tahan Bau Kentut!

on Thursday, 3 July 2014


BELO HORIZONTE – Pesta bola sepak Piala Dunia Brazil 2014 yang sedang berlangsung memang mencetuskan pelbagai kisah dan cerita menarik di sebalik ketegangan dan kerancakan bintang-bintang dunia beraksi di tengah padang.

Antara kisah yang menarik perhatian ramai buat masa ini ialah mengenai insiden kekasih bintangpujaan Brazil, Neymar, yang jadi mangsa bau busuk kentut seorang penonton.

Bruna Marquezine, jadi korban sikap kurang sopan penonton itu semasa menyaksikan perlawanan antara Brazil dengan Chile pada peringkat pusingan kedua pada Sabtu lalu di Stadium Mineirao.

Artis cantik berusia 18 tahun itu terpaksa mencium bau busuk seorang peminat lelaki yang berada di depannya.

Walaupun kisah berkenaan belum disahkan oleh Bruna, namun video mengenai insiden berkenaan sudah tersebar luas di media sosial malah telah ditonton lebih 430,000 orang sejak dimuat naik di YouTube tiga hari lalu.

Bruna dilihat bukan sahaja menutup hidungnya kerana tidak tahan dengan bau kentut malah turut mencuit lelaki berkenaan yang disyaki ‘melepaskan gas beracun’ di khalayak ramai.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang mengambil video selfie tetap selamba dan terus merakam keadaan Bruna yang tidak senang dengan bau kentutnya.

Beberapa orang di keliling lelaki itu juga rasa tidak senang dengan perangai lelaki tersebut.
sumber: http://mynewshub.my/main

Selfie Hebat Dari Brader Motor Ini, Siap Seret Kepala

547
Pada masa kini, perbuatan ‘selfie’ ataupun mengambil gambar diri sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain begitu meluas dilakukan orang di seluruh dunia.

Disebabkan ia sudah pun dilakukan ramai orang, maka lebih ramai orang mahu melakukan selfie mengikut cara mereka tersendiri untuk menjadikan selfie mereka lebih berbeza daripada orang lain.

Di Facebook, telah tersebar satu video rakaman yang dibuat secara selfie melibatkan seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi berani sambil selfie.

Pelbagai aksi yang ekstrim dilakukan antaranya melakukan pusingan dengan motosikalnya 360 darjah dan merebahkan badannya, sebelah tangan memegang handle manakala sebelah lagi memegang monopod.

Satu aksi di dalam video berkenaan menunjukkan dia menunggang motosikal sambil mengheretkan kepalanya di atas jalan raya tanpa terjatuh.Banyak komen orang ramai yang telah menonton video selfie antara terhebat ini menyuarakan kekaguman mereka pada aksi berani dan berbahaya ini.
Tidak kurang juga yang memuji kepekaan brader mat motor ini yang mengenakan pakaian keselamatan termasuk topi keledar ketika melakukan aksi berkenaan. 
sumber:– MYNEWSHUB.MY

Runtuhan Terowong Bawah Tanah Cetus Gambar Fiksyen Di Internet

on Wednesday, 2 July 2014


Dua lubang besar dan dalam yang terbentuk akibat kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah di sini telah mencetuskan gambar-gambar kreatif yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia serta disebarkan di internet.

Gambar-gambar dengan unsur sindiran gara-gara kejadian itu sedang disebarkan di laman rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan juga aplikasi WhatsApp.

Salah satu gambar berkaitan runtuhan yang semakin tersebar secara meluas ialah gambar raksasa fiksyen Jepun Godzilla.

Lain-lain watak-watak fiksyen yang 'diletakkan' di tempat kejadian adalah King Kong, Transformers, Ultraman dan Loki.

Sesetengah daripadanya juga 'mengusik' pihak berkuasa, yang digambarkan menggunakan pita pelekat untuk 'membaiki' keretakan di jalan raya.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata terowong bawah tanah itu, yang merupakan sebahagian daripada projek laluan bawah tanah Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) runtuh dua kali kira-kira pukul 10.38 pagi dan 12.20 tengahari Rabu.

Seramai 30 kakitangan jabatan dan dua pasukan yang terdiri daripada 20 anggota penyelamat DBKL, polis, dan pegawai-pegawai Prasarana berada di tapak kejadian untuk membantu.
sumber: http://www.mstar.com.my/

RUNTUH: MRT Nafi Ada Kaitan Dengan Mereka


Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini menafikan bahawa runtuhan di Jalan Pudu-Jalan Imbi ada kaitan dengan projek MRT.

“Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang tidak melalui kawasan kejadian,” demikian menurut MRT Corp dalam satu kenyataan.

Sementara itu, bagi melancarkan trafik di kawasan berkenaan, MRT Corp menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi semua papan tanda lalu lintas yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (Operasi), Azizan Ismail berkata terowong berkenaan adalah sebahagian daripada projek laluan bawah tanah oleh DBKL, runtuh dua kali pada jam 10.38 pagi dan 12.20 tengah hari.
sumber: http://mynewshub.my/main
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved