Agama — category

[x]

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Nasihat Ustaz Kazim Pada Artis Bertudung

on Thursday, 3 July 2014

Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat.

"Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

"Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.

Ustaz Kazim ditemui pada sidang media
program

Kembara U.K.E yang diadakan di Berjaya Times Square di sini pada Rabu.

Tambah Ustaz Kazim, jika golongan berkenaan tidak mempunyai ilmu yang cukup, ia dibimbangi akan meninggalkan kesan sekiranya sesuatu kenyataan yang dibuat akan memakan diri sendiri.

Jelasnya lagi, artis yang berhijrah sepatutnya mempelajari ilmu agama Islam daripada guru bertauliah agar perubahan yang dilakukan menjadi lebih sempurna selain ia dilakukan kerana Allah.

"Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.

"Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu," katanya.

Bagaimanapun Ustaz Kazim meminta agar masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukuman dan mencari keburukan golongan tersebut. 
sumber: kezoom

Hukum ‘Selfie’ Harus, Bergantung Kepada Niat

on Wednesday, 2 July 2014


“Sebelum apa-apa kita ‘selfie’ dulu”, itu antara dialog yang sering didengar dan menjadi kebiasaan peminat ‘selfie’, fenomena baharu yang menjadi trend masa kini masyarakat, khususnya kalangan Gen Y dan Gen Z.

Hanya dengan menggunakan telefon pintar atau kamera web yang dilengkapi aplikasi Internet, pengguna boleh ‘selfie’ dan terus memuat naik gambar ke laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

‘Selfie’ merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar untuk dimuat naik ke laman sosial.

Perkataan ‘selfie yang menjadi popular pada tahun lalu apabila dikaitkan dengan tokoh-tokoh dunia akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan, kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), demikian menurut Ketua Pengarahnya Datuk Dr Awang Sariyan.

APAKAH HUKUM ‘SELFIE’

Dalam menempuhi Ramadan yang penuh barakah ini, melakukan ‘selfie’ dilihat semakin rancak dalam kalangan umat Islam sedangkan dalam Islam mengajar umatnya bersederhana dalam segala hal dan tidak menunjuk-nunjuk.


Timbul persoalan apakah hukum ‘selfie’ ketika umat Islam mengejar sebanyak-banyak pahala mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa dan meningkatkan amal ibadat di bulan mulia ini.

Menjawab persoalan itu, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal ‘selfie’ adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan.

Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus.

Beliau tegas mengingatkan bahawa individu yang ‘selfie’ mestilah menjaga adab sopan dan hukum hakam agama seperti menutup aurat, memakai pakaian yang longgar, tidak melampau serta tidak bertujuan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

“Apabila ‘selfie’ sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak ‘selfie’ maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah SWT berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia,” katanya kepada Bernama.

Turut mengulas sikap mereka yang gemar berkongsi gambar-gambar menunjukkan kemewahan dan berbangga-bangga, Dr Muhammad Lukman berkata perlakuan sedemikian harus dijauhi.

“Gambar-gambar makanan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan seumpamanya tidak sepatutnya dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.

Pada masa sama, beliau berpendapat perkara yang kelihatan mewah dan mempamerkan rasa bangga tidak perlu dikongsi kerana ia boleh mencetuskan sifat riak kepada individu berkenaan dan menimbulkan perasaan hasad dengki kepada orang yang melihatnya.

NIAT IKHLAS

Berkongsi pandangan yang serupa, pensyarah kanan, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata budaya ‘selfie’ perlu dilihat daripada sudut positif.

“Jika ada yang sengaja bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk ketika ‘selfie’ maka ituantara dia dengan Allah SWT, bagi saya ia tidak dilarang dalam syarak. Begitu juga sekiranya ia bertujuan mengagung-agungkan Ramadan.

“Mungkin dengan cara ‘selfie’ di masjid menguatkan lagi semangat orang lain untuk datang ke masjid, pada masa sama kita seronok melihat mereka begitu gembira dengan kehadiran Ramadan,” katanya.

Mengenai sikap segelintir mereka yang suka berkongsi gambar makanan di laman sosial, beliau berkata: “Ia tidak salah, sekiranya gambar yang dikongsi bersama ‘friends’ atau ‘followers’ itu adalah golongan sama taraf dengan mereka. Tetapi jika di kalangan teman-teman, ada golongan yang susah atau fakir miskin maka lebih baik jangan dimuat naik.”

Mohd Izhar menasihatkan masyarakat memperbetulkan setiap niat mereka agar dapat mengajak masyarakat mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Belia Masjid Batu Gajah, Mohd Shaiful Rizal Mohd Saed, 29, berkata budaya ‘selfie’ dalam beribadat tidak perlu kerana ia melibatkan urusan antara manusia bersama Allah SWT.

“Tidak dinafikan ada ‘selfie’ yang membawa ke arah kebaikan tetapi kadang kala bimbang jika gambar yang dikongsi akan menimbulkan fitnah,” katanya mengingatkan. – BERNAMA
sumber:http://mynewshub.my/main

VIDEO: Bila Anggota Majlis Fatwa Mesir ‘Kecek’ Kelantan…


Tazkirah ringkas oleh Ustaz Mat Mesir atau nama sebenarnya Syeikh Mohamed Abdul AzizMahmoud Ghonim.

Admin kagum dengan kemampuan beliau menguasai Bahasa Melayu dan dapat bertutur dalam loghat Kelantan dengan fasih.

Beliau sudah mampu menguasai Bahasa Melayu setelah belajar selama 9 bulan.

Beliau telah mempelajari Bahasa Melayu sejak tahun 1993.

Peliknya di negara kita, ada kaum pendatang yang mengaku rakyat Malaysia dan sudah tinggal di Malaysia berpuluh-puluh tahun tapi cakap Bahasa Melayu pun tak reti!

Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim merupakan Anggota Majlis Fatwa Negara Mesir yang termuda.
Beliau sering dijemput oleh rakyat Malaysia terutama Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menjayakan program-program sempena Ramadhan seperti solat tarawih dan tazkirah khas Ramadhan. 
sumber– Kelab Che Det


Si Kecil 5 Tahun Hafaz 30 Juzuk, Juri Mencium Tangannya


Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu.

Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan oleh juri serta para penonton.

Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI dan juga ada dimuatnaikkan di laman YouTube, dan episod melibatkan Musa dimuatnaik pada 29 Jun lepas.

Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih mudah dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.

“Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah.

“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak kecil sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun ia dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang kertas.

Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda.
Seorang lagi juri program itu, Syeikh Ali Jaber pula menjelaskan bahawa ayat Al-Quran yang diturunkan Allah membenarkan segala-galanya apabila Allah sendiri berfirman bahawa Al-Quran itu merupakan sebuah kitab suci yang mudah dipelajari.
sumber:– MYNEWSHUB.MY

4 Anggota Badan Yang Tidak Akan Terkena Api Neraka

on Wednesday, 18 June 2014


Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari. Allah Swt mengharamkan kepada api neraka untuk makan anggota bekas yang digunakan untuk sujud.

Sabda Rasulullah saw :

“Allah haramkan api neraka menyentuh anggota sujud pada keturunan Adam” (HR Bukhari)

Anggota-anggota ketika sujud:
1) Dahi.
2) Kedua-dua telapak tangan.
3) Kedua-dua lutut.
4) Kedua-dua perut jari-jari kaki(sekurang-kurangnya dua jari).
sumber: http://detikislam.blogspot.com/

SUBHANALLAH!! Kesan Bacaan Al Quran Pada Saraf Otak Dan Organ Tubuh Badan Manusia

on Monday, 16 June 2014


Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.

Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan.

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).
sumber: http://fivethreebook.blogspot.com/

Ustaz Azhar Ulas pasal Tudung Fareeda yang Singkat

on Sunday, 15 June 2014


Ustaz Azhar memberi pandangan mengenai soalan yang diajukan berkenaan isu tudung yang singkat. Jika kita lihat ramai harini yang memakai tudung bukan untuk menutup aurat tapi memakainya hanya sebagai trend. Jom kita ikuti video Ustaz Azhar yang memberi ceramah mengenai tudung yang singkat ini di bawah :

sumber: http://iniibelogsaya.blogspot.com/

Ibadah puasa 15 jam pada suhu 50 darjah Celsius di Mekah tahun ini

on Wednesday, 11 June 2014


PENDUDUK Arab Saudi yang menetap di beberapa kawasan bakal menjalani ibadah puasa tahun ini pada suhu paling panas melebih 50 darjah Celsius. - AGENSI

MADINAH - Penduduk Arab Saudi yang menetap di beberapa kawasan bakal menjalani ibadah puasa tahun ini selama 15 jam pada suhu paling panas melebihi 50 darjah Celsius.

Laman web Arab News melaporkan, kawasan yang dijangka dilanda cuaca panas terik ialah Mekah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam.

Umat Islam yang menetap di kawasan berkenaan bakal berpuasa selama 15 jam, sebelum menurun kepada 14 jam 40 minit pada penghujung Ramadan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani berkata, suhu panas berkenaan terjadi disebabkan tekanan udara rendah di Semenanjung Arab dan cuaca panas yang melanda negara-negara Asia Barat.

Katanya, suhu antara 45 dan 50 darjah Celcius dijangka melanda Mekah, Madinah (42 hingga 47 darjah Celsius) dan Riyadh serta Wilayah Tengah (44 hingga 47 darjah Celsius).

"Suhu lebih 50 darjah Celsius akan berlaku di bahagian timur Arab Saudi, 39 hingga 45 Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan Arab Saudi," jelas Hussain.

Ujar Hussain, sebelum ini suhu paling panas yang pernah direkodkan di Mekah adalah 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah Celsius pada 20 Julai 2005, Riyadh 28 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Damman 50 darjah Celsius pada 28 Julai 2007.
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Adegan wanita berniqab dan lelaki dalam lif rosak

on Wednesday, 4 June 2014



Sebuah filem pendek yang didakwa kononnya untuk mempromosikan keamanan di antara kaum, agama dan budaya telah dihasilkan dan dimuatnaik ke Youtube.

Filem ini mengisahkan seorang wanita berniqab dan seorang lelaki terperangkap di dalam sebuah lif yang rosak.

Lelaki berkenaan kemudiaannya menawarkan minuman kepada wanita berkenaan ketika suasana di dalam lif itu semakin panas. Walaupun wanita itu pada mulanya tidak memberi respon kepada lelaki berkenaan, beliau kemudian mengambil juga air yang diberi oleh lelaki berkenaan.

Suasana menjadi lebih tegang apabila lelaki tersebut tercedera hingga berdarah di kakinya. Sebagai membalas jasa lelaki berkenaan, wanita tersebut menanggalkan tudungnya untuk membalut kaki lelaki tersebut.

Filem ini kemudiaanya mendapat kritikan daripada penonton kerana mereka berpendapat ajaran Islam sebenar melarang wanita memperlihatkan aurat mereka dalam apa jua keadaan sekalipun. Malah ada yang beranggapan ianya satu kesilapan untuk mempromosikan toleransi agama dengan menggunakan Islam sebagai bahan contoh.
Bagaimana pula dengan anda yang lain?
sumber: http://pentakpatah.blogspot.com/

5 Perkara Yang Wajib Kita Renung-Renungkan

on Wednesday, 28 May 2014


Berikut ialah 5 Perkara Yang Wajib Kita Renung-Renungkan :
1. Merenung ciptaan Allah SWT

2. Merenung kepada setiap nikmat kurniaan Allah

3. Merenung janji syurga daripada Allah

4. Merenung betapa beratnya seksaan api neraka

5. Merenung kecuaian - kecuaian kita mengenai agama

sumber: http://infosahih.blogspot.com/

Budak Christian Mati 3 Saat Dakwa Bertemu Allah & Nabi Muhammad

on Monday, 12 May 2014

Seorang budak lelaki yang sedang menjalani pembedahan mendakwa bertemu Allah S.W.T selama beberapa saat semasa dalam keadaan tidak sedar di laman web Daily Current.

Bobby Anderson, anak pasangan penganut Christian di Atlanta menderita akibat satu kemalangan dan secara teknikalnya dia telah mati selama 3 saat. Semasa dalam keadaa tidak sedar itulah, beliau mendakwa telah berjumpa dengan Allah S.W.T.

"Saya tidak nampak Jesus dimana-mana pun"

"Hanya "seseorang" bernama Allah, dan seorang lagi bernama Muhammad. Juga disamping saya 72 orang wanita yang sangat cantik.",

"Dan saya tidak berjumpa pun dari kalangan keluarga saya malah nenek dan atuk saya sekalipun, semua orang di sana mempunyai kulit yang lebih gelap," Dakwa Bobby Anderson lagi.

"Saya bertanya kepada ayah saya, mengapa tidak ada Jesus di syurga ayah? "

Beliau tidak dapat memberikan jawapan. Saya tidak pernah mendengar Allah sebelum ini, tetapi kini saya akan membaca lebih lanjut mengenainya . Beliau kelihatan agak sebenar kepada saya."

Kisah Bobby Anderson mempunyai persamaan dengan kisah Colton Burpo , anak kepada seorang paderi yang secara ringkas meninggal dunia (sekejap) semasa pembedahan dan selepas itu mendakwa telah bertemu dengan Jesus di Syurga.

Bagaimanapun terdapat beberapa laman web mendakwa status yang dimuat naik oleh "The Daily Current" adalah palsu. 
sumber: kezoom

Dahan Kurma Bentuk Kalimah ALLAH di Jual RM4.15 juta

on Wednesday, 7 May 2014

Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.15 juta) untuk membeli dahan yang berbentuk kalimah Allah.

Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu.

“Dahan itu dijual SR5 juta (RM440 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu.

Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab,” lapor akhbar Sabq.

Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah.

Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah. - Emirates



sumber: http://apahell.blogspot.com/

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi

on Saturday, 3 May 2014



1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai kesero...nokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.

Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.

Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.

Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.

Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
sumber: http://ijoks2009.blogspot.com/

Tempat Sujud Malaikat Jibril Disebelah Kanan Pintu Kaabah Didedahkan

on Tuesday, 29 April 2014


Lebih kurang satu depa ke sebelah kanan pintu Kaabah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w selepas turunnya perintah solat dalam peristiwa Isra’ Mikraj.

Jibril a.s. turun sebanyak 10 kali yakni lima kali diawal waktu dan lima lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa solat. Ia sebagai perincian kepada keterangan firman Allah didalam kitab Al-Quran yang mengkehendakki kita solat diwaktu malam, siang dan fajar. Penegasan ini sesuai dengan solat sebagai tiang agama yakni Rukun Islam yg kedua selepas Shahadah.

Lazim Imam Masjidil Haraam mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah solat waktu. Ada Duyufur Rahman yg menceritakan semerbaknya tempat sujudnya Jibril a.s. ketika solat disitu.
Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu Allah itu.
sumber: http://aiskosong.com/

Bekas Penganut Kristian, Nicol Queen Memeluk Agama Islam

on Monday, 10 February 2014

Saya adalah seorang gadis Amerika yang berasal daripada sebuah pekan kecil di Texas, telah menerima hidayahNya untuk memeluk agama Islam.


Saya tahu ianya memeranjatkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi diri saya yang menjalani kehidupan terumbang-ambing sebagai seorang jurugambar yang merakam tentang kehidupan di malam hari, telah menjadi pendorong kepada diri saya dalam mencari erti dan matlamat kehidupan ini.

Tuhan adalah matlamat utama dan saya tidak sesekali berputus asa di dalam pencarian ini. Kini saya adalah figura umum yang memberi ceramah tentang Islam di Amerika, dan juga merangkap sebagai seorang jurugambar profesional dengan pengalaman lebih dari 10 tahun.

Saya amat bersyukur dengan kehidupan baru saya kini, yang telah berkahwin dan dikurniai seorang putera.

Andai ianya berlaku sebegitu mudah. Seumpama memuat naik iklan di laman web, apabila merujuk kepada diri ini yang pertama kali melalui proses transisi dalam meninggalkan kehidupan lampau yang sia-sia demi untuk memenuhi impian dan keinginan mendampingi Tuhan di dalam Islam.

Atau mungkin, seperti laman mencari jodoh di alam maya, cuma anda perlu mencari perkara lain yang lebih besar daripada sekadar cinta semata-mata, umpamanya pencarian identiti baru, milik kendiri, persahabatan, atau mungkin karier baru? Wah, adakah pernah ada sesiapa yang menoleh ke belakang di dalam pelayaran dan mengatakan “Aku tidak percaya yang diriku telah berjaya merentasi ribut ini dengan selamat, tetapi adakah ianya berbaloi?” Saya tahu yang saya seringkali mengungkapkan kata-kata tersebut dan saya yakin saya bukanlah berseorangan. Untuk menjadi seorang Muslim, ianya lebih daripada sekadar menukar kepercayaan akidah sahaja.

Di serata dunia hari ini, orang ramai sibuk membaca, ber’blog’, mencari dan bertanya tentang Islam. Ianya telah menjadi topik terhangat dimana-mana, hatta di dalam gereja sekalipun. Disamping menyampaikan ajaran Kristian, gereja juga tidak boleh lari daripada membicarakan subjek berhubung Islam, agama anutan saya kini

Permintaan terhadap informasi berkaitan Muslim dan Islam meningkat dengan mendadak dan kian membesar, sehingga saya boleh memberi perumpamaan seperti bebola salji yang kian membesar semasa bergolek turun daripada bukit kerana mengumpulkan salji di sepanjang perjalanannya.

Apa yang menariknya ialah melihat bagaimana masyarakat umum berebut-rebut untuk mengambil cebisan daripada “bebola salji” tersebut.

Keseronokan yang diperolehi apabila anda memeluk Islam, saya gelarkannya sebagai “New Muslim High” (Kenikmatan Saudara Baru Muslim)..(Ketawa). Saya membayangkan jika rasa keseronokan ini dapat dibotolkan dan dijual kepada orang ramai, tentu ramai orang akan turut dapat berkongsi perasaan yang menakjubkan ini. Ianya berlaku secara spontan, bagaikan seseorang mengejutkan anda daripada tidur yang lena dan berkata “Hei, apa khabar? Mari saya kenalkan kamu dengan diri kamu yang baru.

Diri kamu yang dulu hanyalah pelanduk dua serupa yang tiada berjiwa. Inilah diri kamu yang sebenar, bersih dan bercahaya, yang kamu ingin bertemu sejak sekian lama”. Bersama-sama perubahan mendadak yang berlaku di dalam hidup ini, kita juga perlu bersedia untuk mendepani arus cabaran yang bakal mendatang. 

Ustaz Don Hafaz Al-Quran Selepas SPM

on Wednesday, 25 December 2013


BERBULAN-BULAN usaha mengaturkan sesi fotografi dengan pemuda bernama Don Daniyal Don Biyajid, 28, atau mesra dengan panggilan Ustaz Don ini. Kesibukannya mengehadkan masa bersama media, namun pelawaan wakil TV AlHijrah ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, pada 15 April lalu membuahkan hasil.

Kebetulan ketika itu Ustaz Don terbabit dalam program Cinta Masjid yang bertujuan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat.

PUJAAN RAMAI…Ustaz Don takut lupa diri.

Sekitar Asar, wakil Rap tiba di pekarangan masjid berkenaan dan apa yang mengagumkan, sepanjang jalan di luar pekarangan masjid di penuhi kenderaan seperti orang menghadiri konsert.

Situasi itu sudah cukup menjelaskan berita mengenai fenomena seorang penceramah agama iaitu Don adalah benar. Bukankah ini satu perkembangan baik? Anak muda mula berminat menonton program agama, mendengar ceramah dan tazkirah selain memilih untuk berada di masjid daripada membuang masa pada hujung minggu.

“Dalam berdakwah, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk golongan remaja saja kerana ilmu itu tidak mengenal batasan usia. Jika remaja suka mendengar dan menonton program agama dikendalikan saya, Alhamdulillah,” kata pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.

Kesukaran mendapatkan beliau selama ini ekoran komitmen Ustaz Don. Selain terbabit dengan 30 Minit Ustaz Don pada waktu malam, aktivitinya pada sebelah siang dipenuhi dengan tuntutan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Bangi serta tugasnya sebagai penceramah bebas.

Pada masa sama, beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pengajian al-Quran dan Sunnah.

Berbicara mengenai fenomenanya, nyata Ustaz Don sedikit gelisah dengan pertanyaan itu kerana enggan dipuja kerana ikhlas berdakwah untuk Yang Maha Esa.

“Ikut Islam, patuh suruhan Allah s.w.t dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara sesama Islam, apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat mengingati.

“Saya berdakwah untuk berkongsi ilmu selain sebagai persiapan menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik,” katanya.

‘Respons’ mahupun reaksi yang masyarakat berikan kepada penceramah bebas kelahiran Bukit Mertajam itu membuatkan dia pernah berasa janggal pada awalnya.

Namun, Ustaz Don sering menjadikan kisah seorang ulama juga Tokoh Tafsir Mesir, Allahyarham Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi sebagai contoh dan inspirasi agar sentiasa menunduk ke bumi.

“Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi adalah ulama hebat dan murah hati. Betapa orang mengaguminya sehinggakan pernah sebaik keluar dari masjid, orang mengerumuninya untuk bersalaman dan memeluknya.

“Sampaikan keretanya turut diangkat. Apabila keadaan sudah reda, beliau minta pemandunya menghidupkan enjin lalu singgah di sebuah masjid. Kemudian beliau membuka baju dan mula mencuci tandas sebagai cara untuk beliau berasa rendah diri.


“Saya sering mengingatkan diri kepada peristiwa ini untuk saya sentiasa tunduk ke bumi,” katanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, itu menambah, semakin kuat iman seseorang itu, semakin galak syaitan cuba memesongkannya.

“Jangan kata orang kuat agama tidak boleh lemas dengan pujian. Puji-pujian boleh menimbulkan rasa bangga diri. Iblis pandai. Dalam hadis ada menyebut Talbis Iblis iaitu pengkaburan yang dilakukan iblis dan mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan orang.

“Satu contoh, jika ada perempuan seksi depan mata, memang langsunglah ustaz tak pandang. Jadi iblis kaburkan dengan mendatangkan wanita bertutup aurat tapi pandai mengurat.

“Saya paling takut menjadi orang yang munafik dan daripada pemerhatian saya, sifat munafik paling ditakuti golongan ulama,” katanya.

Menyingkap pembabitan awal sebagai penceramah bebas, Ustaz Don yang pernah menjadi guru di sebuah tadika di Pulau Pinang, menyampaikan kuliah agama pertamanya di Selangor iaitu di Surau An Nur, Bangi, tiga tahun lalu.

Detik itu tidak mungkin dilupakan lantaran ia permulaan sebagai pendakwah bebas, tambahan pula beliau bertindak sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan dua ulama tersohor – Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus yang tidak dapat memberi kuliah pada hari berkenaan.

Penghujung 2010, sahabatnya, Kamarul Zaman, bekas kakitangan TV AlHijrah memperkenalkannya kepada seorang produser stesen itu yang kebetulan sedang mencari seorang ustaz untuk mengendalikan program baru.

Selepas uji bakat, beliau terpilih mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 20 episod, yang menyaksikan pelbagai reaksi positif penonton.

Rentetan itu, katanya, lahirlah idea untuk menerbitkan 30 Minit Ustaz Don yang pada awalnya menggunakan judul Tazkirah Ustaz Don. Program berbentuk kuliah interaktif itu sebagai kesinambungan kejayaan Ihya Ramadan.

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Ustaz Don mengakui selesa bersama TV AlHijrah, malah turut berkongsi idea untuk program akan datang.

Beralih kepada topik penampilan beliau yang sering kelihatan berjubah, berserban dan selendang di bahu kanan, tidak bererti beliau menolak pakaian kasual.

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan. Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak berjubah? Ada masa saya selesa memakai sut dan pakaian formal,” katanya.

Zaman kanak-kanak
DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.

“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.

“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.

“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.

“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.

“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya,” katanya.

Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan menyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.

Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.

“Saya bukanlah pelajar cemerlang cuma setakat sedang-sedang saja. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, saya cuma memperoleh 4A saja. Sewaktu mengikuti pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang, kemudian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Mesir, saya antara pelajar yang selalu dapat tempat kedua atau ketiga terakhir (ketawa).

“Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan ‘duduk’ dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya.

“Wallahualam… apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran.

“Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran.

“Saya masih ingat ketika bersekolah rendah, saya ada seorang guru, Ustaz Sheikh Redha Salim Ali yang kini sudah meninggal dunia. Setiap pagi saya berjalan ke rumahnya selama 30 minit dan apabila balik dari sekolah, kalau kawan-kawan mahu temankan ustaz pulang, dia akan kata: “Aku nak balik dengan Don.” Ustaz saya itu buta, jadi saya pimpin tangannya setiap kali pergi dan balik sekolah,” katanya.

TRIVIA

Surah yang sering atau dibaca… Surah Al-Kahfi.

Pendakwah dikagumi… ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.

Jika menjadi bapa satu hari nanti… mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.

Jenama kacamata pilihan… Rayban.

Kumpulan muzik yang diminati… Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Khas Untuk Wanita:- Doa Khusus Elak Rogol Dan Cabul


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM


Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk

on Thursday, 19 December 2013

Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk.
Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.


Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan.

Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang- kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi.

Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan. Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini.

Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang.
Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton.Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua
kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan.

Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain.

Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.

Aqidah tentang kuasa magnet.
Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.
Kongsi ilmu...
sumber: http://tranformasisemasa.blogspot.com/

Malaikat Maut Mengintai Manusia 70 Kali Sehari

on Tuesday, 17 December 2013


Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.
Sumber: http://amekaw.com/

Imam Masjidil Haram - Salji Yang Turun Tanda Kiamat Semakin Hampir!

Beberapa hari kebelakangan ini berlaku fenomena salji turun dengan lebatnya di beberapa buah negara Arab setelah ribut Alexa melanda.

Menurut Imam Masjidil Haram Syeikh Su’ud Syuraim, "Hal tersebut membuktikan bahwa Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam benar-benar seorang Nabi dan Rasul yang menerima wahyu dari Allah Subhanahu wa Ta’ala."

Syeikh Syuraim menambah, "Salji merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam."

Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”

Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahwa baru-baru ini salji telah turun di daerah Tabuk. Hal itu mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Muadz saat perang Tabuk, “Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.”

#Salji turut melanda beberapa negara yang lain seperti Vietnam, Laos dan Selatan China.
sumber; kezoom
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved