Kejadian melibatkan sebuah bas kilang dalam perjalanan dari Pulau Pinang yang merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan gula mentah.
Kemalangan mengakibatkan empat daripada lapan belas penumpangnya cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Kejadian kira-kira jam 3.25 petang itu turut mengakibatkan empat belas penumpang lain mengalami kecederaan dan dirawat di hospital yang sama.
Menurut saksi, kejadian berlaku apabila lori treler yang dipandu perlahan di susur keluar tersebut secara tiba-tiba dirempuh bas berkenaan yang gagal dikawal pemandunya.
Akibat rempuhan itu bahagian hadapan bas terbabit remuk manakala belakang lori turut rosak.
Bagaimanapun, kedua-dua pemandu bas dan lori tidak mengalami kecederaan serius dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.
Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Muda, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Kedua-dua pemandu kini ditahan untuk direkod keterangan mereka.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment