Kamdar Siasat Dakwaan Pengeluaran RM8.7 Juta

[x]

Kamdar Siasat Dakwaan Pengeluaran RM8.7 Juta

on Thursday 17 April 2014


Kamdar Group (M) Bhd melantik seorang juruaudit khas untuk membantu dalam penyiasatan berhubung dakwaan pengeluaran RM8.7 juta dari akaun Kamdar Sdn Bhd.

Syarikat itu pada Rabu berkata, ia melantik Tetuan Morison Anuarul Azizan Chew sebagai juruaudit khas untuk membantu jawatankuasa audit dalam siasatan itu.

"Audit khas ini akan bermula pada 22 April 2014 dan dijangka siap dalam tempoh dua minggu dari tarikh kuat kuasa dimulakan," katanya.

Kamdar berkata, syarikat itu akan mengumumkan hasil audit khas setelah ianya selesai dijalankan.
sumber; http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved