MH192: Kecekapan Juruterbang Dikagumi Orang Ramai

[x]

MH192: Kecekapan Juruterbang Dikagumi Orang Ramai

on Wednesday 23 April 2014


Adik pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192, Prasanna Kumar, melahirkan rasa bangga apabila abangnya menjadi 'hero' selepas berjaya melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menerusi tweet yang dimuat dalam akaun twitter "Syabas abangku F.O Prakash Kumar kerana berjaya melakukan pendaratan bersama-sama kapten #MH192.

"Beliau juga berterima kasih dengan setiap pujian yang disampaikan orang ramai terhadap abangnya.

"Amat berbesar hati melihat semua komen berkaitan abang saya F.O Prakash Kumar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua. #MH192," katanya.

Turut berkongsi perasaan bangga dengan kejayaan Prakash ialah adik perempuannya, Priya Kumar.

"Amat bangga dengan abangku pegawai pertama #MH192. Syabas juga kepada semua kru selain kapten!," katanya dalam akaun Twitter 'Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak juruterbang pesawat MH192 dan pembantu juruterbang Prakash Kumar harus diberi pujian atas kecekapan mereka'.

Pesawat MH192 yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.09 malam Isnin ke Bangalore, India.

Ia kemudian mengesan gear mendarat sebelah kanannya tidak berfungsi, menyebabkan ia berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada 1.56 pagi Selasa
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved