Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pengakuan itu diperoleh hasil soal siasat yang dijalankan pihaknya terhadap pemandu terbabit.
"Pemandu tersebut tidak ditahan dan dia akan dipanggil sekiranya ada keperluan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, sebuah bas ekspres yang membawa 27 penumpang dari Kuantan ke Kuala Lumpur terbabas dan terbalik di Kilometer 116, berhampiran Plaza Tol Temerloh, menyebabkan tiga penumpang parah.
Mangsa ialah Mohd. Izzudin Yusof, 28; Ishamudin Musa, 39, dan Muhd. Haziq Aizat Nazmi, 11 bulan.
Kejadian pada pukul 1.15 pagi tersebut berlaku iaitu genap seminggu kemalangan melibatkan bas ekspres yang meragut tiga nyawa termasuk sepasang suami isteri di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub.
Menurut Abdul Aziz, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pada masa ini polis telah mengambil air kencing dan juga darah pemandu terbabit.
"Sampel itu telah dihantar ke Jabatan Kimia dan pada masa ini kita masih menunggu keputusannya," katanya.
Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, Datuk Dr. Bahari Awang Ngah berkata, pada masa ini, empat mangsa masih dirawat di hospital berkenaan dan dilaporkan stabil.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment