Suami Didera dan Diseksa Isterinya.

[x]

Suami Didera dan Diseksa Isterinya.

on Thursday 17 April 2014


Seorang lelaki masih menjalani proses pemulihan di hospital, semalam, selepas dikurung isterinya dalam bilik membasuh pakaian setahun lalu.

Polis separa tentera Perancis membebaskan lelaki terbabit dari sebuah rumah di Arrou, tenggara Paris, pada Khamis.

Ketika ditemui, lelaki tidak didedahkan identitinya itu ditutup matanya, tidak cukup makanan dan didera secara fizikal.

Sumber berkata, lelaki itu kini sedar dan waras tetapi masih enggan bercakap kepada sesiapa.

Selain isterinya sendiri, lelaki terbabit juga menjadi mangsa penderaan kekasih wanita itu dan anak lelakinya.

Menurut sumber, mangsa hanya diberi makan - biasanya cuma roti yang tamat tempoh guna - dua kali sehari.

Isteri mangsa berusia 45 tahun kini dipenjara sementara menunggu perbicaraan atas dakwaan mendera, mengurung dan mengambil kesempatan atas lelaki uzur.

Kekasih wanita itu serta anaknya pula dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa menculik dan gagal melaporkan penderaan kepada pihak berkuasa.

Penyiasat mengesyaki wang adalah motif utama keluarga lelaki terbabit mengurungnya.

Siasatan awal menunjukkan, kira-kira RM2 juta wang simpanannya di bank dikeluarkan sejak beberapa bulan lalu.

Timbalan pendakwa, Fanny Floquet, berkata ketika polis tiba di rumah mangsa, wanita terbabit mendakwa lelaki itu berada di luar negara.

“Akhirnya polis dibawa ke sebuah bilik terpencil dan membuka kuncinya untuk membolehkan mangsa dibawa keluar,” katanya.

Penderaan itu didedahkan seorang daripada anak wanita terbabit secara tidak sengaja.

Budak itu mendakwa, ada ‘seorang lelaki tua pengotor’ di rumahnya yang sering mencuri makanan’ dan dibenci ibunya.
sumber:http://hantuderas.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved