Tiga Maut Termasuk Bayi Dalam Kemalangan Kereta Di Klang

[x]

Tiga Maut Termasuk Bayi Dalam Kemalangan Kereta Di Klang

on Monday 21 April 2014


Gambar hiasan.

KLANG: Tiga termasuk seorang bayi perempuan maut dan tiga lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Haji Abdul Manan di sini.

Menurut laporan awal, kejadian yang berlaku pada pukul 9.20 malam Ahad itu berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria dan sebuah Honda Accordin dipandu laju dari Klang Sentral ke Kapar.

Kereta Honda Accord terbalik dan terbabas di tepi jalan, manakala Proton Satria merempuh pembahagi jalan dan bergesel dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta Toyota Camry.

Mereka yang terbunuh adalah dari Proton Satria, dikenal pasti sebagai Mohd Ezwan Shah Yazid, 27, Farah Natasya Fadzly, 18, dan Nur Ezzara Lemani Abdullah, lapan bulan.

Seorang lagi di dalam kereta tersebut terselamat namun mengalami kecederaan.

Penumpang di dalam kereta Honda dan Toyota bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Menurut sumber polis, kesemua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved