Sukan — category

[x]

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Luis Suarez jadi pembuka penutup botol

on Thursday, 3 July 2014


Insiden gigitan Luis Suarez kepada pemain Itali, Giorgio Chiellini, menjadi inspirasi bagi menghasilkan produk pembuka penutup botol unik. Unik kerana pembuka tutup botol ini memaparkan Suarez sebagai modelnya, ditambah "gigitannya" yang terkenal itu.

Tidak diketahui syarikat yang membuat produk tersebut. Tetapi, pembuka penutup botol ini telah dijual di pasaran dengan harga 6.5 Pounds bahkan juga boleh didapati di laman lelongan popular, eBay.

Seperti yang diketahui, Chiellini menjadi "mangsa" ketiga aksi buruk Suarez di padang. Sebelumnya, penyerang Uruguay itu pernah menggigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal, ketika mewakili Ajax Amsterdam yang berkesudahan pada sekatan tujuh kali larangan bermain.

Pindah ke Liga Inggeris dan bergabung bersama Liverpool, Suarez sekali lagimencari "mangsa". Pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pula menjadi mangsa gigitan di lengannya. Suarez dihukum 10 kali larangan bermain kerana insiden tersebut.
sumber:http://realitiabadi.blogspot.com/

Pasukan Bola Sepak Algeria Dermakan Wang Bonus Untuk Gaza



Walaupun tewas kepada pasukan Jerman pada pusingan kalah mati, namun kesedihan itu tidak menghalang pasukan bola sepak Algeria daripada mendermakan imbuhan atau bonus mereka sepanjang kemunculan di Piala Dunia 2014 kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Menurut laporan portal Diehardsport.com, pasukan ini yang rata-ratanya beragama Islam telah mengambil keputusan untuk mendermakan wang bonus mereka atas dasar keprihatinan terhadap penduduk Palestin.

Jumlah wang yang didermakan pasukan itu dipercayai sebanyak USD9 juta (RM29 juta) menurut salah seorang pemainnya, Islam Slimani.

Sementara itu, prestasi cemerlang Algeria pada edisi Piala Dunia pada kali ini sangat menggembirakan peminat mereka yang tidak menyangkakan pasukan negara mereka mampu melangkah sehingga ke pusingan kalah mati dan turut memaksa pasukan Jerman untuk bermain di minit-minit tambahan demi menempah slot ke pusingan suku akhir. 
sumber:- MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Kekasih Neymar Tutup Hidung, Tak Tahan Bau Kentut!


BELO HORIZONTE – Pesta bola sepak Piala Dunia Brazil 2014 yang sedang berlangsung memang mencetuskan pelbagai kisah dan cerita menarik di sebalik ketegangan dan kerancakan bintang-bintang dunia beraksi di tengah padang.

Antara kisah yang menarik perhatian ramai buat masa ini ialah mengenai insiden kekasih bintangpujaan Brazil, Neymar, yang jadi mangsa bau busuk kentut seorang penonton.

Bruna Marquezine, jadi korban sikap kurang sopan penonton itu semasa menyaksikan perlawanan antara Brazil dengan Chile pada peringkat pusingan kedua pada Sabtu lalu di Stadium Mineirao.

Artis cantik berusia 18 tahun itu terpaksa mencium bau busuk seorang peminat lelaki yang berada di depannya.

Walaupun kisah berkenaan belum disahkan oleh Bruna, namun video mengenai insiden berkenaan sudah tersebar luas di media sosial malah telah ditonton lebih 430,000 orang sejak dimuat naik di YouTube tiga hari lalu.

Bruna dilihat bukan sahaja menutup hidungnya kerana tidak tahan dengan bau kentut malah turut mencuit lelaki berkenaan yang disyaki ‘melepaskan gas beracun’ di khalayak ramai.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang mengambil video selfie tetap selamba dan terus merakam keadaan Bruna yang tidak senang dengan bau kentutnya.

Beberapa orang di keliling lelaki itu juga rasa tidak senang dengan perangai lelaki tersebut.
sumber: http://mynewshub.my/main

Cara Pinilla Abadikan Detik Kecewa Piala Dunia

on Wednesday, 2 July 2014


Santiago - Apabila penyerang Chile Mauricio Pinilla merembat ke arah gawang pada minit terakhir tambahan masa ketika menentang Brazil, dia menyangka akan menjadi wira negaranya,

Malangnya, usaha pemain itu gagal untuk menempatkan Chile dalam lapan pasukan terbaik kejohanan Piala Dunia dan sekali gus menyingkirkan pasukan tuan rumah daripada kejohanan berkenaan apabila bola itu terkena palang.

Ia bermakna perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Menurut sumber, Pinilla enggan melupakan detik yang hampir menjadi kejutan terbesar dalam kejohanan berkenaan.

Dia sebaliknya memilih untuk mengabadikan saat itu dengan tatu pada belakang badannya, bersama kata-kata ‘Satu sentimeter daripada kejayaan.’

Brazil akhirnya menang dengan tendangan penalti, hasil daripada kecekapan penjaga golnya, Julio Cesar dan Pinilla adalah antara pemain Chile yang gagal menjaringkan penalti itu.

Pemain berusia 30 tahun itu yang bermain untuk pasukan Cagliari di Itali, menjaringkan enam gol sepanjang 30 kali mewakili pasukan kebangsaannya.

Chile adalah antara pasukan yang membuat kejutan di Brazil apabila berjaya menumpaskan juara bertahan yang juga juara Eropah, Sepanyol 2-0 dalam peringkat kumpulan. – Agensi
sumber: http://mynewshub.my/main

Pemain Bola Keranjang 9 Tahun Sudah ‘Diintai’ Pihak Universiti


DI saat kanak-kanak lain yang sebaya dengannya masih bertatih dalam menguasai asas sukan, Jaden Newman, 9, sudah bermain bola keranjang bagaikan seorang profesional.

Dek kerana itu, dia sudah mendapat panggilan daripada pihak Universiti Miami yang menawarkan tempat kepadanya jika dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej suatu hari nanti.

Ia sekaligus melayakkan dia untuk terus menyertai pasukan bola keranjang universiti itu nanti.

Biarpun hanya memiliki ketinggian empat kaki lima inci, dia sudah mewakili pasukan sekolah tinggiDowney Christian untuk dua musim.

Menurut bapanya yang juga jurulatih pasukan, Jamie Newman, Jaden sudah bermain bola keranjang sejak usia tiga tahun lagi.

Ditanya adakah perhatian oleh pihak universiti akan menimbulkan tekanan pada Jaden, ini jawabnya:


“Saya masih rasa seperti seorang pelajar gred empat yang normal. Saya akan terus berlatih dan meneruskan apa yang saya lakukan kini.”
sumber;http://mynewshub.my/main

Lelaki tua guna tiket final Piala Dunia 1950 untuk tonton Piala Dunia 2014

on Tuesday, 1 July 2014


Joedir Belmont, lelaki asal Brazil, menukarkan tiket final Piala Dunia 1950 untuk menonton Piala Dunia 2014 kepada penganjur. "Beberapa bulan yang lalu, kami menerima surat daripada seorang lelaki di Brazil yang mengatakan mungkin dia satu-satunya orang yang masih menyimpan tiket dari tahun 1950," terang Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke.

Belmont sebenarnya mahu menonton final Piala Dunia 1950 yang kala itu mempertemukan Uruguay dan Brazil. Sayangnya, kerana harus menjenguk ibunya yang sakit, dia gagal pergi ke Stadium Maracana, tempat final diadakan.

64 tahun kemudian, Belmont berkesempatan lagi menyokong Brazil kerana acara kali ini dianjurkan oleh negaranya. Namun, kali ini dia juga harus gigit jari kerana tiket perlawanan untuk Brazil sudah habis dijual.

Lelaki 85 tahun itu tak kekurangan akal. Tiket final Piala Dunia 1950 yang disimpannya kemudian dihantar ke FIFA untuk disumbangkan ke muzium FIFA, asalkan dia boleh mendapat tiket menonton final Piala Dunia kali ini.

"Dia tahu bahawa kami akan membuka sebuah muzium bola sepak dan kami mengatakan bahawa kami akan gembira untuk memilikinya," sambung Valcke. "Sebagai balasan, kami telah memberinya tiket untuk final Piala Dunia kali ini."
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Suarez Akhirnya MENGAKU Gigit Chiellini, Janji Tak Buat Lagi



Pemain Uruguay yang juga penyerang Liverpool, Luis Suarez akhirnya mengakui kesilapan menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam Perlawanan Piala Dunia, 24 Jun lalu.

Kesan perbuatan itu Suarez didenda tidak boleh menjalani aktiviti bola sepak selama empat bulan, digantung daripada bermain dalam sembilan kejohanan bola sepak antarabangsa dan perlu membayar denda RM351,218.

Tindakan minta maaf menerusi Twitter oleh Suarez ini juga secara tak langsung mendedahkan kenyataannya sebelum ini bahawa dia bukan menggigit Chiellini pada perlawanan tempoh hari tetapi terjatuh ke bahu pemain pertahanan tersebut hingga giginya sendiri berasa amat sakit adalah sekadar alasan.

Menerusi mesej yang dimuat naik di laman mikro Twitter rasminya Suarez menulis:

“After several days of being at home with my family, I have had the opportunity to regain my calm [sic] and reflect about the reality of what occurred during the Italy-Uruguay match on 24 June 2014.

“Independant from the fallout and the contradicting declarations that have surfaced during these past days, all of which have been without the intention of interfering with the good performance of mynational team, the truth is that my colleague Giorgio Chiellini suffered the physical result of a bite in the collision he suffered with me. For this:
I deeply regret what occurred.
I apologize to Giorgio Chiellini and the entire football family.
I vow to the public that there will never again be another incident like [in] Montevideo, 30th of June 2014.”

“Selepas beberapa hari berada di rumah bersama keluarga, saya akhirnya kembali tenang untuk memikirkan apa sebenarnya berlaku ketika perlawanan Itali-Uruguay, 24 Jun lalu.

“Bercanggah dengan kenyataan yang dibuat beberapa hari ini, tanpa niat untuk mencalar persembahan bagus pasukan kebangsaan saya, kebenaran sebenarnya adalah Giorgio Chiellini telah menderita akibat gigitan yang berlaku ketika pelanggaran yang berpunca daripada saya. Untuk itu:

Saya menyesal atas apa yang telah berlaku.
Saya mohon maaf kepada Giorgio Chiellini dan seluruh keluarga bola sepak.
Saya berjanji insiden ini tak akan berulang.

Insiden gigitan Suarez ini membuatkan Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay naik angin dengan FIFA dan bertegas mahu merayu terhadap hukuman dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, sejarah Suarez menggigit pemain lain di padang bukanlah baru.

Sebelum ini dia pernah digantung tujuh perlawanan pada 2010 kerana menggigit Otman Bakkal dan digantung 10 perlawanan lagi selepas menggigit Branislav Ivanovic ketika bermain untuk Liverpool.

Dalam pada itu, Giorgio Chellini menjawab Tweet Suarez dengan menyatakan dia dimaafkan dan berharap FIFA akan mengurangkan hukuman terhadapnya.
sumber: http://mynewshub.my/main

Gigit Chiellini: Suarez Dakwa Terjatuh, Fifa Anggap Alasan Mengarut

on Monday, 30 June 2014


BRASILIA: Alasan Luis Suarez yang dianggap mengarut mungkin akan mengakibatkan tempoh penggantungannya kerana menggigit pemain Itali tidak dipendekkan.

Suarez dikatakan mendakwa terjatuh secara tidak sengaja ke atas lawannya, Giorgio Chiellini ketika insiden itu berlaku.

Menerusi sepucuk surat yang dikirimkan bintang Uruguay itu kepada Fifa, Suarez menjelaskan, beliau tidak berniat menggigit atau cuba menggigit pemain pertahanan Itali itu pada perlawanan Piala Dunia di Natal, Rabu lalu.

Surat Suarez untuk Fifa berbunyi: “Susulan impak itu, kedua-dua lutut saya berlanggar, saya hilang keseimbangan dan badan menjadi tidak stabil lalu terjatuh ke atas lawan. Ketika itu, muka saya terlanggar pemain itu, menyebabkan lebam kecil di pipi saya dan kesakitan yang kuat di bahagian gigi hingga memaksa pengadil menghentikan perlawanan. Inilah yang sebenarnya berlaku dan saya tidak pernah berniat, seperti yang tertulis dalam dokumen, ‘menggigit’ atau ‘cuba menggigit’.”

Ahli Jawatankuasa Disiplin Fifa memandang serius perbuatan itu dan mengenakan hukuman berat kepada Suarez dengan mengharamkannya terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan digantung sembilan perlawanan antarabangsa.

Alasan bertulis Fifa mengenai hukuman berkenaan dikeluarkan Sabtu dan dokumen itu juga memaklumkan penjelasan Suarez berhubung isu pelanggarannya dengan Chiellini.

Tindakan Suarez mempertahankan perbuatannya itu memberikan kesukaran kepada Liverpool yang terdesak menjual penyerang itu walaupun sedar pemain itu tidak boleh meminta yuran perpindahan £80 juta (RM437.7 juta) susulan insiden mengejutkan itu.

Uruguay menewaskan Itali 1-0 dan layak ke pusingan kedua namun tewas kepada Colombia awal pagi semalam.

Dakwaan Suarez yang beliau tidak bersalah adalah satu kesilapan besar. Jawatankuasa Disiplin Fifa mengatakan bintang bola sepak itu tidak menunjukkan sebarang penyesalan untuk tidak mengulangi perbuatan itu.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Mesut Ozil Mengaku Tak Berpuasa Sepanjang Piala Dunia

Nampaknya kedatangan Ramadan berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Bolasepak Piala Dunia.

Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.

Tentang Berpuasa....Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.

Selain Benzema dan Ozil, antara pemain beragama Islam dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.

Bagaimanapun bagi pemain Jerman, Mezut Ozil mengakui tidak akan berpuasa untuk beraksi bagi pasukannya.

Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.

Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil.Waktu dari imsak ke azan Maghrib di Rio de Janeiro mengambil tempoh 11 hingga 12 jam.
sumber:kezoom

Cerita Di Sebalik Fesyen Rambut Zig Zag Ronaldo

on Tuesday, 24 June 2014


 Fesyen rambut zig-zag Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ramai ketika kempen Piala Dunia ketika ini dan ramai yang menyangka ia adalah fesyen terbaru pemain tersebut.

Namun berdasarkan berita yang tersebar di internet, potongan rambut itu bukannya untuk tujuan fesyen semata-mata sebaliknya ia sebagai tanda sokongan kepada seorang budak dari Sepanyol, Erik Ortiz Cruz, yang menjalani pembedahan otak.

Nyata Ronaldo adalah seorang yang berhati mulia apabila dia sanggup membayar kos pembedahan sebanyak £50,000 untuk Cruz.

Rambut zig-zag itu pula sebagai memberi sokongan kepada Cruz kerana mempunyai parut sedemikian rupa di kepalanya akibat pembedahan berkenaan.

Cruz menjalani pembedahan itu pada bulan Februari lalu.

Ronaldo yang juga kapten pasukan Poland ini jarang bercakap mengenai kerja-kerja amal yang dilakukannya secara terbuka.

Justeru sukar untuk mendapatkan penjelasannya mengenai fesyen rambut berkenaan dan sumbangannya kepada Cruz.
sumber: http://mynewshub.my/main

Pemain Ghana Bersedekah Bantu Penduduk Islam Brazil


Kebiasaannya peminat bola sepak mengetahui pemain manakah yang mendapat pendapatan paling tinggi dan mereka yang menghimpun pelbagai jenis kereta sukan selain skandal bersama wanita.

Tetapi berapa ramai pula yang tahu siapakah pemain bola sepak dunia paling pemurah dalam saingan Piala Dunia kali ini.

Dipetik daripada abhamz.com, dermawan yang dimaksudkan ialah bintang Ghana, Sulley Muntari yang juga pemain tengah AC Milan.

Muntari yang beragama Islam sebelum ini cukup terkenal di Ghana apabila dia membina sebuah masjid di kampung halamannya selain kerap membantu saudara seIslam yang kesusahan.

Berikutan itu, dalam kempen Piala Dunia kali ini, Muntari mendapatkan pelepasan khas daripada jurulatihnya, Kwesi Appiah untuk ke kawasan penempatan masyarakat Islam miskin di Brazil iaitu di Maceio untuk bersedekah.

Ketika berjalan dan bergambar bersama masyarakat Islam di situ Muntari turut menghabiskan wangnya dengan bersedekah sebagai usaha membantu saudara seIslam yang kesusahan.
sumber:http://mynewshub.my/main

Piala Dunia : Maradona Didakwa Pembawa Sial Buat Argentina

on Monday, 23 June 2014


 LEGENDA Bola SepakArgentina, Diego Maradona berasa marah sambil mengecam kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), Julio Grondona bahawa beliau adalah pembawa sial buat skuad kebangsaan itu.

Menurut laporan Xinhua, Grondona mengatakan bahawa gol tunggal yang diperoleh Argentina ketika menentang Iran hanya selepas Maradona meninggalkan stadium ketika itu.

"Saya meninggalkan stadion sebelum akhir babak pertama. Seseorang (yang mendakwa Grondona) mengatakan gol berkenaan mungkin disebabkan saya telah meninggalkan stadium. Mengarut! Gol itu hanya menunjukkan aksi kecemerlangan Lionel Messi dan bukannya saya tidak berada ketika menyaksikan perlawanan," kata Maradona.

Maradona dilaporkan sempat menghadiri ke Stadium Mineirao di Belo Horizonte dan menyaksikan perlawanan Argentina menentang Iran. Dalam persaingan itu, Iran akhirnya kalah 0-1 menerusi jaringan tunggal Messi pada minit-91.

Dilaporkan, Grondona didakwa mengatakan gol tersebut berlaku kerana Maradona telah meninggalkan stadium. "Kami menang selepas si 'pembawa sial' beredar," kata Grondona.
Grondona telah memimpin AFA sejak 1979.
sumber: http://aiskosong.com/

PIALA DUNIA: Pemegang Tiket OKU ‘Bangun, Melompat’

on Sunday, 22 June 2014



RIO DE JANEIRO – Polis Brazil menyiasat kemungkinan tiket khas Piala Dunia 2014 untuk golongan kurang upaya diseleweng selepas ada penonton yang menggunakan tiket khas penonton berkerusi roda dilihat bangun melompat semasa aksi perlawanan.

Polis dilaporkan sedang meneliti bukti rakaman visual daripada CCTV dan foto yang tersebar melalui media sosial. Visual berkenaan antaranya dirakamkan semasa perlawanan pembukaan Brazil menentang Croatia.

Bagaimanapun siasatan polis ini dijangka sukar dan sensitif.

Ini kerana sesetengah kes itu mungkin kerana orang berkenaan tidak boleh berjalan jauh tetapi tiada masalah untuk berdiri sekejap.

Sekurang-kurangnya ada 22 rakaman daripada CCTV yang menunjukkan penonton berkerusi roda bangun melompat semasa perlawanan yang menyaksikan England kalah kepada Uruguay beberapa hari lalu.

Ada juga hampir 30 foto seperti itu yang tersebar melalui jaringan media sosial yang dikongsikan oleh peminat bolasepak.


FIFA sebelum ini megah mencanangkan semua orang akan ada akses kepada Piala Dunia 2014 diBrazil ini. Selain tempat duduk khas untuk mereka yang menggunakan kerusi roda, sesetengah stadium menyediakan kemudahan audio ulasan selari.

Polis percaya tiket-tiket konsesi yang dikhaskan untuk penonton kurang upaya terutamanya bagi perlawanan tumpuan telah jatuh ke tangan ulat tiket.

Laporan media menyebut ulat tiket menjual tiket khas untuk orang kurang upaya di luar stadium dan melalui jaringan media sosial. Mereka dipercayai mengaut untung besar kerana setiap tiket untuk penonton yang berkerusi roda datang dengan satu tiket untuk pendorong kerusi roda.

Sementara itu, dua orang ditahan kerana cuba menjual tiket percuma yang diedarkan oleh FIFA kepada syarikat penaja dan persatuan bolasepak. Mereka menjual tiket itu di sebuah hotel yang didiami oleh pegawai FIFA.

Dua lelaki itu mempunyai 50 tiket percuma dalam tangan. Tiket itu kemudian dirampas dan dibatalkan.

Dalam pada itu, polis Brazil juga mengesan penjualan tiket pasar gelap yang mencecah sehingga 10 kali lipat lebih mahal terutamanya bagi perlawanan yang melibatkan pasukan tuan rumah.
sumber: - Astroawani.com

Peminat Tegar England Cukur Rambut Wajah Gerrard

on Wednesday, 18 June 2014


SEORANG peminat tegar England menyatakan sokongannya terhadap pasukan Three Lions dengan mencukur rambutnya sehingga menampakkan wajah kapten pasukan, Steven Gerrard di bahagian belakang kepalanya.

Walaupun ramai penyokong telah memilih mengibarkan bendera dan juga pelbagai cara lain untuk menyatakan sokongan terhadap pasukan kegemaran mereka yang bertanding di Brazil, Kai Ward telah melakukan sesuatu yang berbeza.

Pemandu teksi dari Bognor Regis ini memotong rambutnya selepas melihat pasukan England tewas kepada Itali dalam perlawanan pertama Piala Dunia.

“Saya nampak lucu bagi orang lain tetapi adalah sesuatu yang berbaloi jika ia boleh memberikan nasib yang baik kepada pasukan dengan daya tarikan seperti ini,” katanya.

Kami agak kagum dengan Gerrard, dan pada masa yang sama berasa bimbang.

Ward jelas berniat baik, tetapi bayangkan jika dia berada dekat dengan anda pada waktu lewat malam.

Potongan rambutnya telah dilakukan oleh pendandan rambut terkenal Bognor, Daren Terry. 
sumber: – mStar

Usai korek hidung, jurulatih Jerman bersalam dengan Ronaldo

on Tuesday, 17 June 2014


Salvador - Selepas pertandingan, para pemain Jerman dan Portugal bersalam sebagai bentuk sokongan dan wujud semangat kesukanan. Tak mahu ketinggalan, jurulatih Jerman, Joachim Loew juga melakukan tindakan sama.

Adegan bermula ketika Ronaldo yang tengah berjalan meniggalkan padang dan masuk ke bilik persalinan. Ketika itu dia bertemu dengan Loew, yang memang sudah menunggu pemain pasukan Jerman. Loew lantas menghulurkan tangannya dan disambut oleh Ronaldo.

Yang tidak disedari Ronaldo adalah, bahawa sebelum Loew menghulurkan tangannya, jurulatih 54 tahun itu sedang asyik mengorek hidungnya. Tanpa mengelap terlebih dahulu tangannya, Loew bersalam dengan Ronaldo.

Kejadian tersebut terakam oleh kamera pertandingan dan menjadi perbincangan di dunia maya. Tapi sebenarnya insiden korek hidung ini bukan perkara baru bagi Loew.

Lelaki kelahiran Schoenau, Jerman Barat itu memang hobi korek hidung. Dia kerap dirakam kamera sedang mengorek hidung saat pasukannya bertanding. Bahkan dia pernah didapati memakan tahi hidungnya sendiri . Hal menjijikkan lain yang dilakukan Loew adalah mengusap ketiak dan mencium baunya.

Entah bagaimana reaksi Ronaldo saat mengetahui kejadian sebenarnya usai perlawanan tersebut. Tapi boleh dikatakan nasibnya malam itu benar-benar buruk. Sudah kalah teruk, dapat 'hadiah' tak menyenangkan pula dari Loew.
sumber: sport.detik.com

Bintang Islam Dalam Piala Dunia Brazil


PIALA Dunia FIFA 2014 baru sahaja bermula. Demam bola sepak ini melanda seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa, dan keturunan. Semuanya akan duduk semeja untuk meraikannya, itulah keunikan sukan ini.

Di sebalik kemeriahannya, terdapat beberapa pemain bintang yang beragama Islam bermain mewakili negara bukan Islam. Perlu diingat juga, terdapat pemain bukan Islam yang mewakili negara Islam. Namun, seperti yang dinyatakan awal tadi, faktor agama bukanlah isu utamanya. Yang penting setiap mereka akan berjuang bersungguh-sungguh memenangkan negara yang diwakili.

Yang berikut beberapa pemain muslim bertaraf bintang yang turut serta dalam Piala Dunia kali ini.

1. Edin Džeko

Džeko dilahirkan pada Mac 1986 di Sarajevo, Bosnia. Sekarang bermain untuk Manchester City. Penglibatannya dalam bola sepak bermula sebagai pemain tengah dalam pasukan remaja Željezničar. Dia dianggap pemain paling berbakat di kelabnya dan pada November 2009, Džeko menjadi pemain Bosnia pertama dilantik sebagai duta UNICEF.
Ketika pusingan kelayakan, Džeko menjadi penjaring terbanyak bagi kumpulan G iaitu 10 gol dan Bosnia mencipta sejarah layak kali pertama ke pusingan akhir di Brazil.

2. Mesut Özil

Mesut Özil, bermain untuk Jerman dan Arsenal. Dia mewakili pasukan remaja Jerman sejak 2006 dan kemudiannya untuk pasukan kebangsaan Jerman sejak 2009.

Kelibat Özil di peringkat antarabangsa mula menyerlah ketika mewakili Jerman semasa Piala Dunia FIFA2010 di Afrika Selatan – dia dianugerahkan Anugerah Bola Emas– untuk pemian terbaik kejohanan.
Pada tahun lepas ketika berusia 24 tahun, Özil menjadi ahli sukan termuda di Jerman yang dibina patung lilin di Muzium Berlin.

3. Sami Khedira

Sami Khedira, pemain tengah Real Madrid merupakan rakan sepasukan Özil. Dia dilahirkan pada April 1987 dan pernah bermain untuk VFB Stuttgart sebelum pindah ke Real Madrid.

4. Karim Benzema

Karim Benzema merupakan rakan sepasukan Sami Khedira dalam kelab Real Madrid tetapi mewakili Perancis dalam Piala Dunia kali ini.
Ketika usianya 19 tahun, pada 2007, dia menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Eropah. Sebelum itu, pada usia 17 tahun dia telah menjaringkan gol yang cantik ketika turun kali pertama mewakili kelabnya Lyon.
Benzema kemudiannya membantu Lyon mempertahankan juara liga bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.
Persembahan cemerlangnya ketika piala UEFA 2007 menarik perhatian kelab ternama seperti Real Madrid, Barcelona, AC Milan dan Inter Milan.

5. Mamadou Sakho

Keluarga Mamadou Sakho berasal dari Senegal. Dia kini mewakili Perancis sebagai pemain pertahanan tengah dan bermain untuk Liverpool.
Kerjayanya bermula pada tahun 2003 apabila dipilih bermain dengan kelab Paris Saint-German (PSG) pada usia 12 tahun. Pada tahun 2007, dia memulakan bermain sebagai pemain profesional dengan PSG dan perlawanan pertamanya ialah menentang kelab Valecien yang berkesudahan seri – dan menjadi ketua pasukan termuda dalam liga.

6. Yaya Toure

Pemain tengah Manchester City ini mewakili Ivory Coast dan merupakan kemunculan kali ketiga dalam Piala Dunia. Pertama kali mewakili negara pada tahun 2004 dan telah memenangi pelbagai kejuaran kelab termasuk dua kali juara liga Sepanyol, dua kali juara liga Inggeris, juara Super Greek, dan Piala Juara-juara

7. Kolo Toure

Adik-beradik Yaya Toure ini mewakili kelab Liverpool dan sehingga kini telah mewakili Ivory Coast 107 cap. Kali pertama mewakili negara ialah ketika pertemuan Ivory Coast menentang Nigeria pada Julai 2000. Sebagai pemain pertahanan, keupayaannya menjaringkan 6 gol setakat ini begitu membanggakan.

8. Sulley Muntari

Pemain yang mewakili Ghana ini dilahirkan pada Ogos 1984 dan telah memperoleh 81 cap. Dia turut bermain dalam dua Piala Dunia sebelum ini. Ketika Piala Dunia 2006, dia menjaringkan gol bagi membantu Ghana memperoleh kemenangan pertama dalam Piala Dunia ketika menewaskan Republik Czech. Pada Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 dia menjaringkan gol penting ketika menewaskan Uruguay untuk layak ke suku akhir.Di peringkat kelab, Dia kini bermain untuk AC Milan, Itali.

9. Ahmed Musa

Ahmed Musa dilahirkan di Nigeria pada Oktober 1992 dan mula mewakili negaranya pada September 2010 menentang Madagascar. Dia kini bermain untuk kelab CSKA Moscow. Ahmed memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 2008 dengan kelab Nigeria JUTH F.C.
sumber: http://www.mazeermohamad.com/

Penyokong Negara Jepun Bersihkan Stadium

Lepas kalah lawan Ivory Coast




sumber: http://anak-ketam.blogspot.com/

David Beckham Dedah Rahsia Takut Katak

on Wednesday, 4 June 2014


WALAUPUN berbadan sasa dan hebat di padang bola, rupa-rupanya pemain bola sepak dunia, David Beckham mendedahkan dia membenci dan takut pada katak.

Portal Dailymail melaporkan, menerusi program dokumentari David Beckham:Into The Known, personaliti sukan itu cuba melarikan diri apabila ternampak beberapa ekor katak ketika penggambaran yang dilakukan di hutan Amazon.

"Suasana di hutan itu amat menyeronokkan tetapi saya bukan penggemar katak.

"Saya difahamkan katak berwarna oren sangat bahaya. Saya jadi takut dan risau apabila nampak katak warna itu," katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Jepun Lakar Sejarah Julang Piala Thomas

on Monday, 26 May 2014


Jepun melakar sejarah apabila berjaya menjulang Piala Thomas buat kali pertama selepas mengalahkan Malaysia 3-2.

Kemenangan itu sekaligus menggagalkan harapan Malaysia untuk membawa pulang piala berkenaan ke tanah air selepas kemarau 22 tahun.

Menerusi pusingan penentu, perseorangan Malaysia, Daren Liew ditewaskan pemain Jepun, Takuma Ueda 12-21, 21-18, 21-17.

Terdahulu pada awal perlawanan akhir menentang Jepun, Malaysia memulakan langkah kanan apabila memungut mata pertama menerusi Lee Chong Wei apabila mengalahkan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Bagaimanapun Jepun kembali bangkit apabila mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1 pada perlawanan kedua menerusi regunya Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo apabila menewaskan Tan Boon Heong/Hoon Thien How 12-21, 21-17, 21-19.

Jepun sekali lagi memberi tekanan kepada Malaysia apabila perseorangannya, Kento Momota menewaskan pemain Malaysia Chong Wei Feng 21-15, 21-17 pada perlawanan ketiga.

Namun Malaysia kembali bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada aksi perlawanan keempat apabila beregu Goh V Shem/Tan Wee Kiong berjaya menewaskan pasangan Jepun Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas ialah pada 1992 di Kuala Lumpur manakala kali terakhir layak ke perlawanan akhir ialah ketika di Guangzhou pada 2002 dan tewas 2-3 kepada Indonesia.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Lee Chong Wei dedah sikap ego Liew Daren yang sebenar

on Thursday, 22 May 2014

Pemain perseorang nombor satu dunia, Lee Chong Wei tampil membuka mulut dan membuat pendedahan pertama berhubung punca prestasi merudum pemain perseorangan ketiga negara Liew Daren pada saingan Piala Thomas yang sedang berlangsung ketika ini.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia dan barisan kejurulatihan sudah lama mengesan perubahan pada diri Liew namun enggan memberitahu kepada umum sebaliknya memberi nasihat dan teguran berterusan. Katanya lagi, penurunan prestasi pemain berusia 27 tahun itu disebabkan sikap ego yang tinggi selepas memenangi gelaran pertamanya di Terbuka Perancis pada 2012.

“Dia ingat dia sudah bagus. Masa sesi latihan apabila jurulatih bagi nasihat, dia tak mahu ikut. Sudah mula seperti tidak mahu terima nasihat orang lain. Saya sendiri pernah marah dia.

Saya beritahu kepadanya, masa dia masih berada di bawah, memang tiada tekanan tapi bila dia sudah menghampiri standard saya, tekanan pasti berbeza."
sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com/
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved