• Home
  • TERM
  • DOWNLOAD
  • SUPPORT
  • SUBSCRIBE
BELOG HARIAN

[x]

Home > Archives for February 2014

Gambar dan punca Hospital Umum Sarawak terbakar petang tadi

on Sunday, 16 February 2014 at 13:51

Blok bangunan baru Hospital Umum Sarawak difahamkan terbakar kira-kira jam 4.22 petang tadi dan menyebabkan kematian seorang mangsa yang rentung.


Bagaimanapun, pujian seharusnya diberikan kepada pihak bomba kerana mereka berjaya mengawal api daripada terus merebak ke blok-blok bangunan lain. Mereka tiba di tempat kejadian kira-kira jam 5.02 petang.






Sumber ; plbgaimacam.blogspot.com
{0 comments }

Cari Jodoh Di FB, Hantaran Cecah RM160,000?

at 13:50


BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?

Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah.

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu.



Sumber
{0 comments }

Lisa Surihani Tidak Ambil Hati Sikap Yusry, Tidak Panggil Sayang?

at 13:48


Lisa Surihani tidak menyangka mampu bekerja secara profesional di bawah arahan suami, Yusry Abdul Halim dalam filem Cicakman 3.

Lisa, 28, berkata, dia tidak membawa segala perasaan negatif balik ke rumah ketika berada di set penggambaran.

“Pada awalnya saya juga tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak bekerja dengan dia (Yusry) dan saya sendiri tidak sangka saya boleh bekerja secara profesional.

“Ketika penggambaran saya seperti pelakon lain juga, ada kalanya ditegur atau dimarahi, namun saya tidak mengambil hati dengan membawa perkara itu sehingga ke rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Cicakman 3 di Kolej Segi Kota Damansara, di sini.

Lisa berkata, sebagai pengarah, Yusry juga bersikap profesional dengan memanggilnya dengan nama watak iaitu Linda ketika memberi arahan di lokasi.

Dalam pada itu, Lisa berkata dia bertuah kerana terlibat dalam filem tersebut.

“Yusry merupakan salah satu pengarah yang berada dalam senarai pengarah yang saya ingin bekerja bersama sejak sebelum kami bercinta lagi.

“Saya sangat berbesar hati kerana berada dalam keluarga Cicakman 3 ini,” ujarnya.

Lisa yang membawakan watak Linda isteri kepada Zizan Razak mengakui selesa dan mudah bergandingan dengan pelawak tersebut.

Tambahnya, Zizan sentiasa membuatkan keadaan di lokasi ceria dan masa berlalu dengan pantas.

“Saya suka keadaan macam ini kerana bila dia sering buat lawak kita akan bekerja dalam keadaan yang gembira dan tidak tertekan,” katanya. – mStar

Sumber
{0 comments }

Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong

at 12:23


Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong - Selepas dua kali difitnah berkelakuan senonoh dengan pelakon Emma Maembong bulan lalu dan awal bulan ini, Zizan Razak memberitahu tidak akan menikahi kekasih hatinya dalam masa terdekat.

Menurut pelakon dan pelawak terkenal itu, dia mengambil keputusan berkenaan kerana mahu memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya mereka masing-masing sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu."

"Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini."
{0 comments }

KAFE DENGAN PELAYAN TIDAK MEMAKAI BAJU

at 10:54


Sebuah kafe yang baru dibuka di Vassalboro menyediakan tiga pelayan wanita yang mendedahkan payu dara manakala seorang pelayan lelaki tidak berbaju.

Kafe itu dibuka pada Isnin lalu di tepi sebatang jalan yang sibuk di Vassalboro, Maine, Amerika Syarikat.

Satu papan tanda di luar kedai itu menyatakan ia hanya untuk pengunjung berumur 18 tahun ke atas.

Namun, terdapat satu lagi papan tanda yang melarang kamera dibawa masuk dan sentuhan turut tidak dibenarkan.

Sebelum ini, cadangan pembukaan kafe itu mencetuskan kemarahan penduduk tetapi pegawai-pegawai di bandar itu menyatakan premis tersebut mematuhi undang-undang.

Kafe itumilik Donald Crabtree yang menyatakan dia hanya memilih pelayan yang mesra dan berasa selesa ketika tidak memakai baju.

Crabtree berkata, dia tidak membayar gaji tetap kepada pekerjanya tetapi mereka memperoleh tip daripada pelanggan.

Seorang pelayan wanita, Kris Kelly, 43, dari Windham pernah menerima tip sebanyak AS$100 (RM380) daripada seorang pelanggan lelaki.

Menurut beberapa kakitangan kafe itu, dianggarkan antara 50 hingga 60 pelanggan mengunjungi kafe itu pada Isnin lalu dengan lapan daripadanya ialah wanita.

Seorang lagi pelayan wanita, Susie Wiley yang berumur 23 tahun berkata, dia memohon pekerjaan itu kerana mendapati cara melayan pelanggan di kafe itu adalah berlainan.

Ketika ditanya sama ada ia menjejaskan maruah wanita, dia berkata: "Tidak, saya menyukainya. Saya mendapati ia tidak menjejaskan maruah wanita."
{0 comments }

GAMBAR LETUSAN GUNUNG BERAPI KELUD, JAWA TIMUR, INDONESIA

at 10:53




DIKATAKAN ....Suara letusan Gunung Berapi Kelud di Jawa Timur terdengar sehingga ke wilayah Jawa Tengah. Bahkan kaca di pemukiman warga di Pati, Jateng bergetar saat Kelud pertama kali meletus sekitar pukul 22.50 WIB.

"Kaca bergetar," kata warga, Kamis (13/2/2014).


Dentuman berturut-turut terdengar warga. "Tapi tidak begitu keras suaranya," sebutnya. 

Mulanya warga mengira dentuman berasal dari suara petir. "Tapi baru sadar itu dari Kelud ketika lihat berita," tutur dia. 


Status Gunung Kelud naik menjadi Awas (level IV) pada pukul 21.15 WIB. Sementara pada pukul 22.50 WIB, gunung yang terletak di Jawa Timur ini sempat mengeluarkan asap tebal setinggi 3000 meter.



{0 comments }

Pemandu Yang Bijak

at 10:51

Di Paris seoarang lelaki melakukan kesilapan bodoh. Beliau memandu masuk ke sebuah terowong pejalan kaki keretapi bawah tanah Metro. Kenapa beliau boleh memandu masuk kedalam terowong ini? Kerana beliau menyangkakan terowong tersebut ialah jalan masuk ke sebuah tempat letak kereta bawah tanah. The funny part ini ialah kali kedua kejadian sebegini berlaku pada terowong yang sama. 


Sumber
{0 comments }

Suhada Af13 di tangkap di tuduh curi basikal bernilai RM 14,000 ?

at 10:48


Heboh di laman sosial dan akhbar mengenai seorang bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 , di tuduh mencuri sebuah basikal bernilai Rm14,000.

Pelajar Af13 yang di maksudkan adalah Suhada Af13, namun kesahihan berita ini tidak dapat di pastikan, sumber ini di perolehi melaluai laman sosial yang heboh memperkatakan tentang perkara ini.



Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.



Kita sebagai pembaca dan peminat artis-artis akademi fantasia jangan lah mudah menghukum kepada tertuduh jika ia pun suhada terlibat dalam masalah ini, biar lah pihak berkuasa menyiasat apa yang sebenar nya berlaku.
{0 comments }

Pasangan Bermaksiat Di Tembak Mati

at 10:45


Pasangan Bermaksiat Di Tembak Mati. Memang kejam. Namun tidak dapat di pastikan dimana lokasi kejadian Menurut sumber pasangan ini ditembak hingga mati dalam keadaan aib, iaitu ketika sedang melakukan maksiat. 


Bayangkanlah jika kita mati seperti ini tidak sempat bertaubat. Nauzubilah. 

Sumber
{0 comments }

Rozita Che Wan Tak Sanggup Bermadu

at 10:37


PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun tambahnya, dia hanya rela hidup berpoligami dalam kerjaya lakonannya sahaja menerusi sebuah telefilem khas terbitan Zeel Production berjudul Madu bersama barisan pelakon lain iaitu Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah.

Telefilem arahan Joeza itu mengisahkan Anita, lakonan Rozita, yang sanggup mencarikan calon isteri buat suaminya, lakonan Zamarul.

"Mungkin selama ini kita lihat ada golongan suami yang suka bermadu sama ada secara diam atau memohon kebenaran tetapi drama ini memaparkan kisah yang jarang terjadi apabila si isteri yang merelakan dirinya untuk dimadukan.

“Tapi syaratnya, Anita kena tentukan siapa calon madu yang sesuai untuk suaminya. Tapi yang dirancang tak menjadi seperti yang diharapkan," ujarnya.

Madu akan ditayangkan pada Ahad (hari ini) pada pukul 10 malam, di saluran TV3, menerusi slot Festival.

Sementara itu, ditanya pula mengenai perkembangan dirinya yang mungkin sudah berbadan dua, Rozita menafikannya dan menganggap dia dan Zain yang berkahwin pada 11 Disember lalu masih lagi belum mempunyai rezeki anak.

“Saya belum mengandung. Belum ada rezeki lagi. Tapi saya dan suami mengharapkan yang terbaik untuk itu. Kini pun kami masih dalam 'mood' berbulan madu," tuturnya.

Sumber

{0 comments }

Lamborghini Yusry Kru

at 10:27


Yusry Kru merupakan antara antara artis yang berjaya di Malaysia. Hasil kreatif & inovatif 3 adik-beradik ini, mereka berjaya membuka empayar yang amat berjaya. KRU kini terlibat dengan banyak perkara dalam industri hiburan.

Untuk makluman KRU telah ditubuhkan pada 1992 dengan berlatarbelakang muzik hip hop dan rap.

Dengan kejayaan Yusry tidak mustahil dia mampu mempunyai beberapa aset mewah dan salah satunya ialah kereta Lamborghini,



{0 comments }

Pemain bola mati kena tetak

at 10:25



IPOH – Seorang pemain bola sepak kelab tempatan maut ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang selepas keluar dari sebuah bank di Jalan Sultan Yusuff berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27(gambar kecil), menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Bagaimanapun, selepas keluar dari ATM dan sebaik sahaja mangsa hendak memasuki kereta di bahagian penumpang depan, dia dihampiri tiga lelaki bertopeng membawa parang yang terus menyerangnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak.

“Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor," katanya.

Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran.
{0 comments }

"Saya Suka Watak Bohsia"

on Wednesday, 12 February 2014 at 23:26

Pelakon dan penyanyi, Lufya teruja apabila diberi watak sebagai bohsia dalam drama bersiri "Bohsia: Jalan Kembali" yang merupakan adaptasi dari filem yang sama arahan Syamsul Yusof.


"Saya baru selesai menjalani penggambaran drama "Bohsia: Jalan kembali". InsyaAllah akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini. Saya melakonkan watak utama bernama Amy.

"Saya suka watak ni sebab saya jadi bohsia, jadi pelacur dan dia kena rogol. Satu watak yang sangat mencabar. Seorang gadis jalanan.

"Dia mempunyai bapa yang merupakan seorang kaki mabuk da nada banyak hutang dengan along," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia banyak membuat rujukan lakonan Salina Saibi dan Nabila Huda untuk menjiwai watak tersebut.

"Saya ada tengok filem itu. Kalau di dalam filem, watak tersebut dilakonkan oleh Salina Saibi saya tengok cara lakonan dia dan saya buat dengan cara saya sendiri.

"Selain itu lakonan Nabila Huda dalam filem itu banyak jadi sebagai rujukan saya.

"Masa kami jalani penggambaran di Dataran Merdeka, pihak produksi ada panggil kumpulan remaja jalanan untuk jayakan drama itu.

"Jadi saya banyak tengok cara dan gaya mereka. Kemudian saya buat stail saya sendiri dari segi imej dan penampilan."

Sementara itu, Lufya turut memberitahu dia bakal menjalani penggambaran sempena bulan Ramadan berjudul "Ramadan Yang Pergi".

Sumber
{0 comments }

Yana Samsudin Tinggalkan MIG Selepas 11 Tahun

at 23:24


Pelakon Yana Samsudin akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat pengurusan aktiviti seninya, MIG selepas lebih kurang 11 tahun bernaung di bawah syarikat tersebut.

Berita itu dikongsikan pelakon cantik itu menerusi laman Instagramya.

Yana menulis, “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Terima kasih Mejar David Teo dan Madam Jane kerana telah memberi nasihat dan peluang kepada saya untuk menceburi bidang seni. 11 tahun jatuh bangun, susah senang saya, keluarga MIG ada bersama. Saya akan kenang sampai bila-bila”.


Anak kelahiran negeri Johor ini merupakan artis yang paling lama bertahan di bawah pengurusan MIG sehinggakan ramai pihak mengelarkannya sebagai anak emas MIG.

Antara artis lain yang pernah bernaung di bawah pengurusan yang sama ialah Diana Amir, Intan Ladyana, Pierre Andre dan Shaheizy Sam.
{0 comments }

Gambar Comel 'Baby Bump' Liyana Jasmay

at 23:20

Pelakon genit dan comel Liyana Jasmay sudah diketahui sedang hamil dan kini sudah masuk tujuh bulan.Gambar terbaru ini diambil pada majlis pelancaran lagu terbaru Shaheizy Sam ft. Liyana Jasmay 'Bangun'.






Sumber - rfm2u
{0 comments }

Zizan Razak Mohon Maaf Imej Di Anugerah Meletop

at 23:16


Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf sekiranya pakaian dipakainya semasa Anugerah Meletop Era 2013 pada Sabtu lalu menghina mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia sebelum ini bimbang pakaian yang mempunyai dua lencana yang didakwa menyerupai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan mencetuskan kontroversi seperti mana berlaku kepada aktor Farid Kamil sebelum ini.

Bagaimanapun kata Zizan, penaja pakaian itu menjelaskan penampilannya itu tidak akan mendatangkan masalah sehinggalah dia bersetuju untuk mengayakannya pada acara itu.

“Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.

“Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.

“Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Zizan mengulas dakwaan apabila dikatakan menghina pasukan keselamatan negara ketika muncul dalam Anugerah Meletop Era 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini Sabtu lalu dengan memakai pakaian yang mempunyai lencana pasukan keselamatan.

Sebelum ini, Farid Kamil pernah dilanda kontroversi sama apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan keselamatan negara.

Sementara itu, jurucakap butik Bianco Mimosa berkata, pihaknya tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi berhubung pakaian yang direka untuk Zizan pada malam itu.

Pengurusan butik berkenaan turut memohon maaf kepada pihak terlibat dan kesal atas kejadian tersebut.

“Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.

“Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat,” katanya. – mStar Online
{0 comments }

David, Victoria Beckham Sahkan Kehadiran Ke Malaysia

at 23:12

Pasangan selebriti sensasi dunia, David dan Victoria Beckham sudah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia pada Mac ini.


Ini kerana mereka telah diundang untuk bersama-sama memeriahkan Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014, yang mana merupakan acara premier dalam kalendar sukan antarabangsa.

Majlis anugerah ini akan berlangsung pada 26 Mac depan bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Selain pasangan itu, antara bintang sukan terkenal dunia yang dijadualkan bakal hadir pada majlis itu ialah Usain Bolt, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Serena Williams dan Zinedine Zidane.

Atlit Malaysia yang tidak kurang hebatnya seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Pandelela Rinong turut dijemput memeriahkan anugerah sukan berprestij itu.

Sumber

{0 comments }

Nabila Bengang Instagram Banyak Komen Iklan

at 23:11

Kami yakin anda kerap melihat iklan atau promosi produk oleh pihak-pihak tertentu di ruang komen akaun Instagram para selebriti.


Ada yang buat endah tak endah, namun ada juga yang bengang dengan iklan yang disifatkan sebagai mengganggu.

Pelakon Nabila Huda antara yang mengecam perbuatan pihak tersebut yang dianggapnya tidak beradap.

“Jangan salah guna dengan meninggalkan komen mengenai barangan jualan pada gambar yang saya muat naik. Itu tidak beradab,.

“Saya tidak ada masalah kalau mereka nak berniaga. Buka akaun dan buat promosi, bukan dengan cara murahan dan ganggu akaun milik orang lain,” ujarnya memetik Berita Harian.

Jika difikirkan, ada benarnya kata-kata Nabila itu. Letakkan diri anda di tempat mereka.

Kalau setiap gambar yang anda muatnaik hanya dipenuhi dengan iklan, tak mungkin anda akan berasa seronok.

Iyalah, harapkan orang komen mengenai gambar, tapi lain pula yang kita dapat

Sumber
{0 comments }

Presiden Obama, Beyonce ada hubungan sulit?

at 23:10

OBAMA dan Beyonce didakwa rakan karib malah penyanyi itu diundang membuat persembahan di Rumah Putih, baru-baru ini.

Paris: Media Perancis heboh mendakwa wujud hubungan percintaan antara Presiden Barack Obama dan bintang popular Beyonce.

Desas-desus hubungan sulit antara mereka - yang masing-masing sudah berkeluarga - kali pertama diuar-uarkan di stesen Eropah 1 pagi semalam. 

Beyonce mempersembahkan lagu ‘America the Beautiful’ ketika majlis pelantikan Presiden Obama pada 2009 selain turut menghiburkan tetamu ketika ulang tahun ke-50 isterinya Michelle di Rumah Putih, bulan lalu.

Khabar angin sebelum ini mengatakan perkahwinan Obama dan Michelle bermasalah berbanding hubungan kukuh Beyonce dan suami, penyanyi rap Jay Z. 

Sementara itu, jurugambar Pascal Rostain yang mendedahkan hubungan antara Presiden Francois Hollande dan pelakon Julie Gayet baru-baru ini mendakwa gambar Obama bersama Michelle menunjukkan mereka semakin renggang dan perkara itu akan didedahkan dalam Washington Post. 

Bagaimanapun, apabila disoal lagi mengenai desas-desus itu, dia mendakwa ia sekadar ‘satu gurauan.’ 
- Agensi
{0 comments }

Lumba lari berbikini untuk amal

at 23:04

REUTERS

Seramai ribuan orang mengadakan lumba lari unik iaitu Cupid 's Undie Run di Washington pada 9/2/14. Lumba ini telah dilakukan untuk ketiga kalinya , dan diadakan setiap seminggu sebelum perayaan valentine .

Menurut jawatankuasa perlumbaan lari unik ini , lumba ini diadakan untuk acara amal mengumpul dana untuk yayasan tumor kanak-kanak. Pusat perlumbaan diadakan di Washington DC . Beratus-ratus orang ini sebelum memulakan larian akan berkumpul di Bar & Grill Stoney , 1111 Lincoln St . Mereka berpesta minum bir sebelum berlari , ini adalah untuk menjaga stamina mereka kerana cuaca saat itu -12 darjah celsius . Mereka harus berlari hanya mengenakan seluar dalam dan BRA untuk wanita .

Panitia mendakwa telah mengumpulkan USD $ 60,000. Dana ini semuanya akan disumbangkan untuk yayasan tumor kanak-kanak dan kajian tentang tumor . Dalam laman webnya, The Children 's Tumor Foundation adalah yayasan yang berdedikasi untuk rawatan dan kajian Neurofibromatosis ( NF ) . 

NF adalah kelainan genetik yang menyebabkan tumbuhnya tumor pada saraf di seluruh badan , ini boleh menyebabkan kebutaan , tuli , ketidakmampuan belajar dan rasa sakit kronik yang teruk . Saat ini , tidak ada ubat untuk NF






Sumber
{0 comments }

PENGACARA TV3, AHMAD FETRI YAHYA TEGUR PERBUATAN ANGKAT SUMPAH DEPAN AL-QURAN PASUKAN T-TEAM

at 22:48


RAMAI pihak yang mempertikai tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengarahkan pasukan bola sepak Terengganu, T-Team bersumpah dengan Al-Quran depan beliau kelmarin.

Tindakan bersumpah kononnya untuk membuktikan kebenaran berhubung insiden pergaduhan antara pasukan T-Team dan JDT tempoh hari itu dilihat mengelirukan serta mempermainkan agama dan begitu bersifat kebudak-budakan.

Dalam kehangatan orang ramai mencemuh tindakan itu, tidak ketinggalan pengacara terkenal TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang dilihat turut menegur perbuatan tersebut.

Sebaik sahaja upacara bersumpah tersebut dijalankan, melalui akaun twitter miliknya, Fedtri menulis:

"Muhasabah diri: Quran pun jarang² buka, tebal dengan debu. Mengembalikan fungsi sebenar Al-Quran, Bukan sekadar hiasan hantaran dan alat bersumpah"





Berapa ramai orang jadi keliru dengan perbuatan bersumpah depan Al-Quran ini dan menyangka ia adalah ajaran Islam?

Sedangkan orang yang suka bersumpah itu menunjukkan ciri-ciri 'munafik' yang menjadikan sumpah sebagai perisai lalu? membawa orang lain kepada kesesatan.

"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya sebagai perisai, lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].

Al-Quran tidak dibaca, sebaliknya hanya jadi alat untuk bersumpah. 

Sumber
{0 comments }

Cium Pipi Jer Mak Tak Marah Pun

at 22:45


Gadis bertudung upload gambar bercium dalam Facebook. “Cium pipi je, mak tak marah pun,” itulah kata-kata dan jawapan seorang gadis bertudung yang tidak segan silu memuat-naik gambarnya sedang bercium di Facebook apabila ditanya oleh rakannya. Bahaya sebenarnya kalau upload gambar macam ini dalam Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga mungkin berdepan risiko gambar berkenaan disalahgunakan oleh orang lain


Sumber
{0 comments }

Kisah Anzalna yang hampir dijual lelaki mat salleh

at 22:42


Isu artis wanita ditipu oleh seorang lelaki yang membabitkan pelakon seksi Anzlana Nasir yang hampir jadi mangsa penipuan lelaki yang dikenali sebagai Adam Davin.

Kes penipuan yang melibatkan Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan, perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu

Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

“Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.”

“Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia propaa sangat bila bercakap.”

“Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya.” katanya.

Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore.
{0 comments }

Mariah Carey Sengaja Tonjolkan'Aset'nya

at 22:36


Mariah Carey menarik perhatian hadirin yang hadir ketika membawakan lagu terbarunya, You're Mine, di BET Honors 2014, yang diadakan di Warner Theater, Washington, Sabtu (8/2/14). 

Ibu kepada dua orang anak ini tampil berani dengan mengenakan gaun hitam yang memiliki belahan dada sangat rendah hingga memperlihatkan belahan dadanya secara jelas. 

Panggung BET Honors 2014 juga dimeriahkan oleh penampilan artis-artis lain seperti Jennifer Hudson, Janelle Monae, Tamar Braxton dan Smokey Robinson. Ludacris, Mack Wilds, Joe Morton dan Al Sharpton bertugas sebagai pengacara. 


BET Honors adalah platform penghargaan untuk tokoh-tokoh keturunan Afrika-Amerika dari berbagai bidang termasuk musik, hiburan, sastra dan pendidikan. Hasil penjualan tiketnya akan disumbangkan ke Women Veterans Interactive, organisasi yang mendukung para veteran dan keluarganya.
{0 comments }
Newer Posts Older Posts
Home

Total Pageviews

Popular Posts

  • Seorang lelaki tak sedar ada wanita aneh menumpang di rumahnya
  • Gambar sensasi adik perempuan kembar Scha-Alyahya
  • Kes Culik Ini Bukti Van Putih Merayau Cari Organ Cerita Betul?
  • Perompak Menyesal Rompak, Utus Surat Maaf
  • Pelakon Iklan Kit Kat Nabil Abdul Telah Meninggal Dunia
  • Jom Lihat X-Ray Badan Lelaki Gemuk 440kg
  • ALLAHUAKBAR! Luahan Suami Mangsa Maut Digilis Lori Apabila Ditanya....
  • GAMBAR: Meninggal Jatuh Longkang Di Bazar Ramadan
  • Penampakan Lembaga Ganjil Ketika Photoshoot Di Kepala Keretapi Lama
  • VIDEO: Ngeri…Pesakit Mental Keluarkan Usus Sendiri!

Blog Archive

  • ▼  2014 (1477)
    • ►  July (80)
    • ►  June (369)
    • ►  May (573)
    • ►  April (279)
    • ▼  February (176)
      • Gambar dan punca Hospital Umum Sarawak terbakar pe...
      • Cari Jodoh Di FB, Hantaran Cecah RM160,000?
      • Lisa Surihani Tidak Ambil Hati Sikap Yusry, Tidak ...
      • Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong
      • KAFE DENGAN PELAYAN TIDAK MEMAKAI BAJU
      • GAMBAR LETUSAN GUNUNG BERAPI KELUD, JAWA TIMUR, IN...
      • Pemandu Yang Bijak
      • Suhada Af13 di tangkap di tuduh curi basikal berni...
      • Pasangan Bermaksiat Di Tembak Mati
      • Rozita Che Wan Tak Sanggup Bermadu
      • Lamborghini Yusry Kru
      • Pemain bola mati kena tetak
      • "Saya Suka Watak Bohsia"
      • Yana Samsudin Tinggalkan MIG Selepas 11 Tahun
      • Gambar Comel 'Baby Bump' Liyana Jasmay
      • Zizan Razak Mohon Maaf Imej Di Anugerah Meletop
      • David, Victoria Beckham Sahkan Kehadiran Ke Malaysia
      • Nabila Bengang Instagram Banyak Komen Iklan
      • Presiden Obama, Beyonce ada hubungan sulit?
      • Lumba lari berbikini untuk amal
      • PENGACARA TV3, AHMAD FETRI YAHYA TEGUR PERBUATAN A...
      • Cium Pipi Jer Mak Tak Marah Pun
      • Kisah Anzalna yang hampir dijual lelaki mat salleh
      • Mariah Carey Sengaja Tonjolkan'Aset'nya
      • CACAT SEUMUR HIDUP KERANA IMPLAN BUAH DADA
      • Gambar Selfie Yang Cukup Ekstrems
      • Gadis Menghasilkan Dress Menggunakan Gelung Besi K...
      • Gambar Karolina, Gadis 'Hiburan' Yang Menjadi Terk...
      • Gambar Selfie Pertama Di Dunia Dirakam Pada 1909
      • Bekas Penganut Kristian, Nicol Queen Memeluk Agama...
      • Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 25 Neelofa
      • Wajah Wartawan Wanita Korea Selatan Selepas dan Se...
      • Isteri Black Hanafiah Hidap Demam Denggi
      • Manusia 'Terbang' Kini Berleluasa Di Serata Dunia
      • Natsumi Hayashi - Si Model Terapung
      • Lelaki Bawa Motor Besar Naik Lif
      • Pengedar Dadah Mexico Dibunuh…Dan DISIMEN!
      • Stacy AF Dijangkiti H1N1?
      • Sharnaaz Ahmad tayang tatu di instagram
      • Peminat Kecam Tasha Shilla Kerana Memakai Sponge Y...
      • Lelaki Inggeris jual kekasihnya di eBay
      • 10 Gambar Shoot Comel Anak Apex , Kayla Elayna
      • Sharifah Sakinah Muatnaik Gambar ‘Panas’ Untuk Lih...
      • Gambar Nikita Mirzani Bogel Tersebar Meluas
      • Lelaki nazak di belasah akibat cemburu - teman wan...
      • MISHA OMAR JAWAB SOAL STATUS JANDA
      • Lisa Surihani paling ramai ‘followers’
      • WANITA GERMAN MAUT TERJATUH DARI GUNUNG KINABALU
      • BUDAK PEREMPUAN 7 TAHUN MATI LEMAS DI KOLAM RENANG...
      • Selena Gomez ke pusat pemulihan
      • Arahan Sultan Johor : Hukuman Gantung banduan di h...
      • Blogger Paling Cantik Di Eropah - Kenza Zouiten
      • Kami tak berniat sindir nasi lemak MAS, kata Air Asia
      • Anak Apex ada akaun Instagram sendiri
      • Bayi Ini Masih Tumbuh Rambut Dan Kuku Walaupun Sud...
      • Anugerah MeleTOP Era: Neelofa Optimis Walaupun Tid...
      • Nadia Mustafar kesal bapa meninggal dunia sebelum ...
      • Zizan Razak – Saya Nak Bahagiakan Ibu Bapa Saya
      • Hotel Di Madinah Terbakar Rakyat Malaysia Selamat
      • Gambar Adik Neelofa Yang Cantik Dan Cun
      • Malu-malu Keluar Dari Bilik 'Asmara'
      • Flappy Bird Bakal Dibuang Dari Google Play Store d...
      • PRODUK DOUBLE STEMCELL SALAH GUNA LOGO HALAL & SIRIM
      • Perut bapa terburai ditikam anak di rumah
      • TMJ KUTUK SAMSENG BOLASEPAK
      • Lana Nordin Pernah Bertunang Lelaki Jepun
      • Sibuk Punca Erin Malek putus dengan Walid !!
      • Wanita mati disembelih suami di Batu Pahat
      • Miranda Ker Tidak Pulang Rumah
      • Siti Saleha dedahkan Rahsia untuk menjadi cantik (...
      • Gambar Ultraman Bergaya Dengan Pakaian Suit Formal
      • HABIS SHOW, RAHIM DIBUANG? - SEPAHTU
      • Lelaki maut ditembak di Perai Jaya
      • Proton lancar Proton R3 Suprima S Touring Car
      • Gambar romantik Zizan Razak dan Emma Maembong di A...
      • NEELOFA DIKUTUK PEMINAT PAKAI BAJU ALA "SWIMSUIT" ...
      • Gambar Tasha Shilla berbaju seksi dan mengoda di A...
      • Tuah Gadis Paling Tinggi Di Dunia!
      • Fesyen 'Janji MeleTOP' Selebriti di Anugerah MeleT...
      • Ibu Tunggal Dihalau Keluarga Kerana Hodoh
      • BAJU MANDI USD 1 JUTA BERTATAH PERMATA UNTUK MISS ...
      • RACHEL FREDERICKSON : PEMENANG BIGGEST LOSER YANG ...
      • BEZA TUBUH PESERTA BIGGEST LOSER DULU VS SEKARANG
      • Fesyen pelik Neelofa di Anugerah Meletop Era 2014
      • Dipecat Kerana Memberi Isyarat Lucah
      • Video Panas Hulk Hogan Tersebar?
      • GAMBAR PASANGAN KEKASIH CHEF RIZ & SHIKIN MAEMBONG
      • Balai Polis Dibaling Dengan Bahan Letupan
      • Makanan Restoran Serina Indah Khabar Dari Rupa?
      • Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013
      • GAMBAR MIZZ NINA, NOH & FAMILY MENGERJAKAN UMRAH
      • Lana Nodin Nafi Menjadi Punca Adira Putus Cinta De...
      • Lelaki Bogel Jadi ‘Spyderman’ Elak Ditangkap Di Ru...
      • Jupe Gembira Dewi Perssik Dihukum
      • Gambar Tasha Shilla sambut Birthdaynya dengan Boyf...
      • Qi Razali Doakan Kekasih Kekal Bertudung
      • Gambar suasana tegang Pahang lawan JDT malam tadi !
      • Astro Benarkan Luna Maya Tidak Pakai Bra di Final ...
      • JAMBATAN GOLDEN GATE DISELUBUNGI KABUS
      • Gambar Comel Yuna Ketika Kecil
  • ►  2013 (4363)
    • ►  December (705)
    • ►  November (667)
    • ►  October (832)
    • ►  September (921)
    • ►  August (420)
    • ►  July (390)
    • ►  June (428)
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net.