Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong

[x]

Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong

on Sunday, 16 February 2014


Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong - Selepas dua kali difitnah berkelakuan senonoh dengan pelakon Emma Maembong bulan lalu dan awal bulan ini, Zizan Razak memberitahu tidak akan menikahi kekasih hatinya dalam masa terdekat.

Menurut pelakon dan pelawak terkenal itu, dia mengambil keputusan berkenaan kerana mahu memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya mereka masing-masing sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu."

"Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini."
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved