Kajang: Seorang lelaki kini koma dan dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang selepas dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai akibat cemburu dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Impian Ehsan, di sini Jumaat lalu.
Ketika kejadian jam 10 malam itu, mangsa Ahmadi Zuhori Yahya, 28, dipercayai sedang makan bersama teman wanitanya sebelum datang sekumpulan lelaki yang terus memukulnya menggunakan objek tumpul sehingga berlaku pendarahan otak.
Menurut adik mangsa, Mohd Iskandar Sufianshah Yahya, 27, mereka sekeluarga tidak mengenali teman wanita abangnya itu secara dekat, tetapi abangnya itu ada memaklumkan kepada ibu mereka hasrat untuk bertunang selain menunjukkan gambar wanita berkenaan.
Katanya, apa yang menjadi persoalan sekarang, walaupun selepas dua hari abang terlantar di hospital, teman wanitanya tidak pernah datang menjenguk abangnya yang kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Melalui cerita yang kami dengar, perkara ini adalah akibat cemburu apabila seorang lelaki mendakwa kononnya wanita itu adalah isterinya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment