PRODUK DOUBLE STEMCELL SALAH GUNA LOGO HALAL & SIRIM

[x]

PRODUK DOUBLE STEMCELL SALAH GUNA LOGO HALAL & SIRIM

on Sunday 9 February 2014


Rasanya, majoriti pembaca pasti tahu tentang produk perubatan 'Double Stemcell' milik syarikat PHYTO SCEINCE SDN BHD yang semakin laris jualannya di pelusuk internet sekarang. Ramai yang turut serta menjadi ejen kepada syarikat tersebut. Tak dinafikan ianya memang menjanjikan pendapatan lumayan dan berjaya mengubah kehidupan. 



Untuk makluman, terdapat keraguan terhadap penggunaan logo halal dan status SIRIM pada produk ini. Anda semua boleh baca dibawah sebagai rujukan alternatif:

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Pengeluar produk Double Stemcell didapati telah menyalahgunakan Logo Halal kerana syarikat tidak pernah memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM.Klik di sini.
Dipercayai, berikutan khuatir tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, Phytoscience telah menukar pembungkus TANPA mencetak logo halal JAKIM.Klik di sini.
Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan nombor rujukan dicetak pada pembungkus Double Stemcell, TIDAK merujuk kepada nombor kelulusan produk.
Produk diluluskan oleh KKM mempunyai pelekat hologram Meditag yang dikeluarkan oleh syarikat Mediharta Sdn. Bhd, hanya dibekalkan kepada pengilang ataupun pengimpot dilesenkan oleh KKM.
Sila baca di sini.
Justeru, masyarakat pengguna di Malaysia boleh melihat samada syarat itu dipatuhi atau sebaliknya.Baiklah, sila baca pula penjelasan SIRIM Berhad mengenai logo SIRIM dicetak di bungkusan Double Stemcell.

PENJELASAN BERHUBUNG STATUS PENGGUNAAN LOGO SIRIM DI PEMBUNGKUS PRODUK DOUBLE STEMCELL

Syarikat Phyto Science Sdn. Bhd telah menghantar sampel produk DOUBLE Stemcell bagi pengujian kehadiran logam berat pada 28 September 2012. Pengujian yang dilakukan BUKAN bermaksud kelulusan daripada SIRIM memandangkan ia hanya terpakai kepada sampel yang dihantar.

Penggunaan logo SIRIM pada mana-mana produk yang menjalani ujian dari SIRIM QAS International adalah salah dan bertentangan dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, tanpa kebenaran bertulis dari pihak SIRIM.

Dalam hal ini syarikat Phyto Science Sdn. Bhd tidak mendapat kebenaran bertulis dari SIRIM Berhad bagi membolehkan mereka menggunakan logo SIRIM pada pembungkus produk Double Stemcell.

Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan SIRIM Berhad. Nampaknya, kini bukan sahaja kodex KKM, Phytoscience juga terpaksa pula membuang logo SIRIM dicetak secara jelas.


Diharap, pihak yang terlibat menambahbaik atau mengambil tindakan terhadap syarikat ini kerana menyalahgunakan logo halal dan sirim.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved