Pengacara dan pelakon Qi Razali, 36, berasa seronok setiap kali melihat kekasihnya, Nelydia Senrose bertudung.
Mendoakan agar satu hari nanti Nelydia akan kekal bertudung namun dia tidak memaksa sebaliknya mengharapkan penghijrahan aktres cantik itu nanti biarlah dengan kerelaan hatinya sendiri.
“Saya suka tengok dia (Nelydia) bertudung, lebih manis. Sejuk rasa hati. Saya doakan satu hari nanti dia akan kekal dengan imej bertudung.
"Tapi saya tak paksa dia, biar dia buat atas kehendak dia sendiri”, katanya kepada Malaysian Digest.com.
Dalam pada itu Qi juga berkata, dia behasrat menyunting Nelydia berlakon dalam filem pendek pertama arahannya. Filem tersebut berkisarkan percintaan dan pergorbanan.
Menurut bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini, pemilihan Nelydia bukan kerana gadis itu adalah kekasihnya sebaliknya dia yakin dengan kemampuan pelakon itu untuk membawakan watak yang diberikan nanti.
Secara kebetulan juga, karakter yang diilhamnya untuk Nelydia itu adalah seorang gadis yang bertudung.
“Kami pernah berbincang mengenai perkara ini dan idea yang ingin saya ketengahkan dalam filem pendek itu nanti. Pemilihannya bukan bersifat peribadi tetapi yakin dia mampu membawa peranan itu nanti dengan baik,
“Masa saya tulis karakter itu, saya bayangkan watak tu seorang gadis bertudung” katanya.
Tambah Qi, setakat ini dia telah berbincang dengan pihak penerbit dan filem yang berdurasi 10 minit itu dijangka akan memulakan penggambaran dalam tahun ini juga.
Selain Nelydia, Qi berkata, dia juga berhasrat untuk mendapatkan Nabila Huda, Bront Palarae dan Beto Kusyairi berlakon dalam projeknya itu.
Dalam perkembangan lain, Qi dijadualkan akan menjalani penggambaran sebagai host untuk dua program travelogue iaitu Destinasi Bajet Asia, Art Attack dan sebuah program masakan. -Malaysian Digest
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment