Hotel Di Madinah Terbakar Rakyat Malaysia Selamat

[x]

Hotel Di Madinah Terbakar Rakyat Malaysia Selamat

on Sunday 9 February 2014


KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran di Hotel Ishraq al-Madinah, Arab Saudi pada Sabtu, kata Kementerian Luar hari ini.

“Setakat ini, laporan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahkantiada rakyat Malaysia terbabit atau cedera ekoran insiden itu,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan.

Kementerian akan terus berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu.

Kebakaran pada Sabtu di Hotel Ishraq Al Madinah, yang terletak kira-kira 350 meter dari Masjid Nabawi, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang manakala 130 lagi cedera. – Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved