HABIS SHOW, RAHIM DIBUANG? - SEPAHTU

[x]

HABIS SHOW, RAHIM DIBUANG? - SEPAHTU

on Sunday 9 February 2014

"Habis madu sepah dibuang", itulah kebiasaan yang kita dengar bilamana seseorang itu telah 'digunakan' dan bila sudah tamat projek, terus ditinggalkan. Tetapi kali ini lain pula, "Habis Show, Rahim Dibuang". 

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut.


Menurut Jepp, pengambilan Rahim hanyalah sebagai projek istimewa bagi MLM 2013.

Namun Jepp mengakui dia selesa dan senang bekerjasama dengan Rahim kerana dia seorang yang amat komited sepanjang projek berkenaan.

Rahim pula menjelaskan dia sudah diberitahu mengenai 'projek khas' berkenaan dari awal lagi. Dia bersyukur kerana diberi peluang bersama Sepahtu beraksi dalam MLM 2013.

Katanya, dia tiada isu berkecil hati dengan Sepahtu selepas ini andainya dia tidak dijemput ke aktiviti kumpulan itu di masa akan datang.

Kumpulan Sepahtu diumum sebagai juara MLM2013 dengan menewaskan empat peserta lain iaitu Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved