Lana Nodin Nafi Menjadi Punca Adira Putus Cinta Dengan Kekasihnya

[x]

Lana Nodin Nafi Menjadi Punca Adira Putus Cinta Dengan Kekasihnya

on Saturday, 8 February 2014


Baru sahaja beberapa minggu lepas, peminat melihat kemesraan Adira bersama kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instagram milik penyanyi itu.

Namun secara tiba-tiba timbul pula khabar angin terbaru mengatakan pasangan berkenaan kini telah berpisah, tambahan pula gambar Shahrul di laman sosial tersebut juga telah dipadamkan Adira.

Desas desus mengatakan percintaan penyanyi itu dengan kekasihnya dipercayai bermasalah kerana Shahrul cuba mendekati bekas kekasih Johan As’ari iaitu Lana Nodin.

Bagaimanapun, Lana yang dihubungi oleh OHBULAN! sebentar tadi menafikan dirinya menjadi punca kepada keretakan hubungan Adira dan Shahrul.
Siapa boyfriend dia? Saya tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan tak pernah ambil tahu pun pasal percintaan mereka. Saya tak ada masa nak kacau boyfriend orang lah.Meskipun mempunyai keinginan yang mendalam untuk berkahwin, namun Lana menetapkan pendirian untuk tidak mengganggu hubungan orang lain termasuklah suami orang.



Saya sekarang berkawan dengan semua orang dan sedang mencari calon suami. Tapi seboleh mungkin saya akan elak dari mengambil hak orang.Dalam perkembangan lain, Lana memberitahu akan mengerjakan umrah bersama adiknya dan pelakon, Lisdawati dalam masa terdekat ini.

Saya tak nak habiskan masa dengan kacau hubungan orang sebab sibuk uruskan persiapan untuk ke Tanah Suci. Mana tahu saya bertemu jodoh di sana.Lana juga tidak menetapkan untuk terus bertudung sekembalinya dari menunaikan umrah kerana percaya penghijrahan yang akan dilakukan haruslah datang dari hatinya sendiri dan akan melengkapkan dirinya terlebih dahulu dengan persediaan rapi.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved