Flappy Bird memang tidak dinafikan merupakan satu permainan yang menjadi kegilaan dan ketagihan ramai pengguna buat masa sekarang. Bukan sahaja di platform Android, malah ia turut menjadi popular dalam kalangan pengguna iOS oleh kerana ia memang pada mulanya diterbitkan di sistem pengoperasian milik Apple tersebut.
Namun begitu, sejak ia menjadi popular, banyak masalah yang telah dihadapi oleh pembangun perseorangan ini. Daripada tuduhan melanggar hak cipta terpelihara dan sebagainya, beliau cuba mengahadapi semua masalah ini secara seorang diri. Terbaru, pembangun Flappy Bird, Dong Nguyen kini dalam tweet di Twitter bakal menarik semula permainan tersebut daripada Google Play Store dan AppStore 22 jam daripada tweet tersebut diterbitkan. Hal ini bermakna permainan ini mungkin bakal dibuang pada hari ini pada pukul 11 sehingga 12 malam.
Dalam pada itu, daripada kenyataan daripada Dong Nguyen mengesahkan pembuangan aplikasi tersebut daripada Google Play Store dan Apple AppStore bukan dek kerana serangan hak cipta terpelihara namun disebabkan oleh popularitinya. Pada asasnya, permainan tersebut hanyalah suka-suka tetapi menjadi tarikan ramai pengguna memandangkan mempunyai corak permainan yang sukar.
Beliau juga berkata Flappy Bird juga merupakan kejayaan beliau yang terbesar semenjak dilahirkan tetapi turut menyebabkan hidup dia kacau bilau membuatkan kini beliau membencinya. Bagi pengguna yang sudah memuat turun aplikasi tersebut, ia tidak akan dibuang daripada telefon pintar anda dan anda masih boleh bermain seperti biasa namun tidak boleh memuat turun kembali sekiranya telah dibuang atau anda baru sahaja ingin memuat turun aplikasi tersebut.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment