Sharifah Sakinah Muatnaik Gambar ‘Panas’ Untuk Lihat Orang Bergaduh?

[x]

Sharifah Sakinah Muatnaik Gambar ‘Panas’ Untuk Lihat Orang Bergaduh?

on Monday, 10 February 2014

 

Memang sudah menjadi kebiasaan apabila melihat peminat mula bergaduh sesama sendiri apabila ada gambar yang seksi daripada selebriti kesayangan mereka dimuatnaik. Ada yang mengutuk, ada yang membela. 

Menurut pelakon yang sedang hangat dikecam kerana bergambar seksi, Sharifah Sakinah, beliau sengaja muatnaik gambar sebegitu untuk melihat apa reaksi dan respon yang diberi. 

Sakinah juga turut mengakui kadang kala beliau sengaja memuat naik gambar-gambar ‘panas’ untuk melihat reaksi segolongan manusia yang memang suka bertelingkah sesama sendiri atas gambar dan hal orang lain. 

“Kadangkala saya sengaja memuat naik foto tertentu untuk melihat ‘lagak’ segelintir manusa yang bergaduh antara satu sama lain hanya atas sebab tersendiri,” jelasnya dalam satu kenyataan akhbar. 

“Saya juga tidak pernah memadam atau menghalang mana-mana akaun peminat yang mengutuk kerana menganggap itu hak peribadi mereka,” jelas beliau lagi. 

Baguslah kalau beliau berfikiran positif. Namun Sakinah harus peka dengan respon mereka kadang-kadang kerana takut dijadikan bahan untuk niat lain pula nanti. Manusia didunia ini, kita sudah sedia tahu bahawa pelbagai kerenah dan perangai yang wujud. Daripada gambar saja, macam-macam boleh dibuat selain dari fitnah semata.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved