Menarik! nampaknya Siti Saleha sudi berkongsi rahsia untuk tampil kekal menawan. Berikut merupakan responsnya berdasarkan soalan yang diajukan oleh peminatnya :
Kulit kak Siti Saleha sentiasa nampak mulus dan bersih, apa rahsianya?
Sejujurnya saya tidak mengamalkan apa-apa petua atau rahsia. Alhamdulillah, bukan saya sahaja bahkan adik-adik yang lain juga tidak mempunyai masalah kulit yang serius. Jadi saya hanya mengikut penjagaan rutin seperti orang lain, contohnya membasuh muka dan memakai krim. Malah saya juga sangat mengambil berat dengan produk yang saya ambil dan tidak sewenang-wenangnya mencuba produk lain. Apatah lagi sekarang ini banyak produk yang boleh didapati dari pasaran, jadi saya agak bimbang juga kalau-kalau tersalah produk, walaupun mereka kata ia produk berasaskan kolagen. Macam sekarang, produk SimplySiti juga bagus untuk saya dan saya cakap bukan kerana saya dutanya (ketawa), tapi ia memang bagus.
{ 1 comments... read them below or add one }
tambah lagi 1 bonus..dia mmg dh cantik..name lagi kacukan
9 February 2014 at 18:50
Post a Comment