Pastinya ramai tak tahu bahawa , Lana Nordin pernah bertunang semasa usianya 19 tahun dengan seorang pelajar dari Jepun yang belajar di sini.
"Usia saya ketika itu muda lagi waktu itu. Dia merupakan pilihan keluarga saya . Namun saya pula sukar untuk menerimanya. Bila saya dah tak boleh nak meneruskan cinta, saya beritahu saya mahu putus secara baik," cerita Lana.
"Orangnya tinggi dan tubuh badannya sasa. Dia baik. Tapi macam yang saya cakap tadi, saya boleh menerimanya sebagai kawan tapi bukan bakal suami.
"Dia juga dah jadi saudara baru (mualaf) masa kami bertunang. Sebenarnya, dia masih menaruh harapan... tapi masih hati saya ini belum terbuka menerimanya .
" Lagipun, dia anak angkat keluarga saya. Hubungan baik kami tak putus. Di kala saya tertekan dalam soal cinta, dia juga antara yang sudi beri sokongan dan kata-kata yang menguatkan semangat," akui Lana.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment