Isteri Black Hanafiah Hidap Demam Denggi

[x]

Isteri Black Hanafiah Hidap Demam Denggi

on Monday 10 February 2014

Black dan isterinya, Naquia ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan penyanyi Farawahida minggu lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospital, Setapak, dekat sini sejak Sabtu lalu.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka keadaan yang dialami isterinya itu adalah simptom wanita mengandung selepas disahkan doktor ketika membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.

"Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Black, dia bernasib baik kerana bertindak cepat untuk mendapatkan rawatan apabila diberitahu isterinya itu menghidap denggi, iaitu penyakit yang boleh membawa maut.

Gambar Naquia yang mendapat rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Black berkata, keadaan isterinya kini tidak membimbangkan malah pihak hospital membenarkan Naquia untuk berehat di rumah.

"Doktor membenarkan di keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan," katanya.

Black dan Naquia bernikah pada 13 September 2013.

Sementara itu, menurut laporan Bernama pada 6 Februari lalu, sebanyak 17 kes kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 Februari tahun ini, meningkat 240 peratus atau 12 kematian berbanding hanya lima kes untuk tempoh sama tahun lepas.

Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved