"Biarlah saya undur diri…”- Redzwani Puteri

[x]

"Biarlah saya undur diri…”- Redzwani Puteri

on Wednesday 23 April 2014

"Biarlah saya undur diri…” Itulah pengakuan Redzwani Puteri apabila ditanya sejauh manakah hubungannya dengan Shahrizal Jaszle selepas tunangnya mengaku telah mempunyai kekasih baru.

Redzwani, 26, berkata, selepas mendapat tahu Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle mempunyai hubungan dengan wanita yang dikenali sebagai Hanis Husna, perasaan sayangnya terhadap lelaki itu sudah pun pudar.

“Mereka (Shahrizal dan Hanis) mengaku mereka adalah sepasang kekasih. Maka tiada lagi kewujudan saya,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada malam Selasa.

Pada Sabtu lalu, Shahrizal, 26, telah memuat naik foto mesra di laman Instagram miliknya bersama Hanis sedangkan dia dikatakan masih lagi tunangan orang.

Wanita terbabit dalam satu laporan sebuah akhbar pada Selasa mendedahkan mereka sebenarnya adalah pasangan kekasih selepas Shahrizal memutuskan hubungannya dengan Redzwani.

Redzwani juga enggan mengulas panjang mengenai status hubungannya dengan Shahrizal namun mendoakan agar pelakon itu bahagia dengan wanita berkenaan.

“Tentang apa yang telah berlaku, tiada apa yang saya boleh katakan. Mereka pun telah membuat kenyataan masing-masing. Jadi, tak perlulah saya cakap panjang lebar. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing.

"Saya di sini baik-baik sahaja, Alhamdulillah. Saya juga ingin memohon maaf atas kelewatan saya untuk mengulas tentang perkara ini. Harap, semua faham dengan keadaan saya,” ujarnya.

Ditanya adakah Redzwani masih lagi menyayangi dan mencintai Shahrizal, wanita itu menjawab: "Tidak."

Sementara itu, ibu Shahrizal yang mahu dikenali sebagai Zaleha, 69, pula berasa sedih dengan apa yang berlaku dan menganggap hubungan anaknya dengan Redzwani sebagai sudah tiada jodoh.

Zaleha berkata, pasangan berkenaan sudah berakhir secara rasmi sejak akhir tahun lalu selepas keluarga Redzwani memulangkan semula cincin pertunangan.

"Secara rasminya hubungan mereka sudah putus pada akhir tahun lalu selepas keluarga Redzwani sendiri datang memulangkan cincin tersebut kepada saya.

"Bagaimanapun, anak saya (Shahrizal) masih mahu bersama lagi dan mereka masih berhubung seperti biasa. Sebagai ibu saya mahukan yang terbaik untuk kedua-dua mereka.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved