Kes khalwat masih belum selesai, kini pelakon Shahz Jaszle dikaitkan pula dengan satu lagi kisah hangat apabila dia dikatakan sudah putus tunang dengan Redzwani Puteri.
Namun, bak menukar pakaian, terus sahaja Shahz mengumumkan dia sudah pun berjumpa dengan pengganti Redzwani iaitu dipercayai seorang model sambilan yang dikenali sebagai Hanis Husna.
Bertitik tolak daripada perkongsian gambar mereka bersama di laman Instagram, pasangan ini dikritik hebat apabila bekas tunang Shahz dikatakan tidak tahu menahu mengenai hubungan mereka sebelum ini yang bermaksud Redzwani telah ditipu bulat-bulat Shahz sebelum mereka putus tunang.
Tampil membela diri, Hanis menerusi kenyataannya dalam Harian Metro menafikan dia merampas Shahz daripada Redzwani.
Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang luar tidak tahu cerita sebenar. Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shah dan tunangnya.
Memang saya kekasih Shah tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Malah benda ini sudah lama berlaku cuma orang luar tak tahu, katanya.
Diharapkan Shahz dapat memberikan kenyataannya berhubung kontroversi terbaharunya ini.
Yelah, kalau dia diam je, tak pasal-pasal peminat akan terus melemparkan tuduhan yang tidak baik kepadanya.

Diharap Hanis tabah dengan segala dugaan yang menimpa nya, jika itu sudah ketentuan tiada kemana jodoh anda berdua.
sumber: http://brotherssam.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment