Pam Petrol Meletup, Stesen Petrol Gua Musang Nyaris Terbakar

[x]

Pam Petrol Meletup, Stesen Petrol Gua Musang Nyaris Terbakar

on Friday 18 April 2014

Stesen petrol di Jalan Pulai di bandar ini, nyaris terbakar apabila satu daripada empat pam petrol meletup tiba-tiba ketika orang ramai sedang mengisi minyak di kenderaan masing-masing, 2.10 petang semalam.

Gambar Hiasan

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan oleh seorang penyelia di stesen itu dengan menggunakan alat pemadam api dan tiada kecederaan dilaporkan kerana semua pelanggan yang sedang mengisi minyak sempat menyelamatkan diri.

Penyelia stesen minyak itu, Mohd Zohir Zakaria berkata, dia mendengar bunyi letupan kuat disusuli dengan api keluar daripada pam berkenaan dan dengan segera memadamkan api itu menggunakan alat pemadam api.

Katanya, sebelum kejadian, dia berada di belakang bangunan stesen itu sebelum bergegas ke pam terbabit selepas terkejut mendegar letupan kuat itu sambil mengarahkan empat pekerja yang berada di kaunter keluar menyelamatkan diri.

"Ketika itu juga saya lihat beberapa pelanggan di empat pam berkenaan lari. Syukur, saya cepat bertindak memadamkan pam yang terbakar itu," katanya ketika ditemui di stesen minyak itu.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved