Anak Beraksi "Baik", Shile Majid Mohon Jangan Cepat Menghukum

[x]

Anak Beraksi "Baik", Shile Majid Mohon Jangan Cepat Menghukum

on Friday 18 April 2014

 Angkara kritikan peminat terhadap gambar anaknya Kayda yang kerap beraksi panas dan bergambar seksi, Shiela Majid tampil menjawab segala kritikan tersebut.



"Dia baru berusia 22 tahun. Dan dia bukan seorang selebriti. Bagi saya, biar dia buat apa yang dia nak buat, apa yang dia suka buat termasuklah dari segi pakaian dia. Diusianya yang sekarang ini, dia masih tercari-cari lagi imejnya dan apa yang dia suka pakai.

"Tapi sebagai ibu, saya selalu menasihati dan berpesan kepada dia supaya berhati-hati kerana di luar sana ada banyak mata yang memandang", katanya lagi.

"Saya biarkan anak-anak saya lalui zaman mereka. Saya tak boleh lindungi mereka setiap masa. Sometimes you have to make mistake to grow up. Kalau pun mereka buat salah satu hari nanti, biarkan mereka belajar daripada kesilapan dia itu. Dulu, saya pun pernah buat silap tapi ketika saya hanyalah anak Haji Majid, tiada siapa pun peduli", itu kata Ratu Jazz negara, Dato' Sheila Majid, 50, ketika ditemui baru-baru ini.

Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda merupakan anak hasil perkahwinan Sheila dengan komposer dan penerbit muzik, Roslan Aziz. Mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Megat Abdul Majid Aziz. Selepas bercerai Sheila berkahwin dengan pemuzik, Acis dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.

sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved