Artis — category
  • Home
  • TERM
  • DOWNLOAD
  • SUPPORT
  • SUBSCRIBE
BELOG HARIAN

[x]

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Home > Posts filed under Artis

Lisa Surihani Tidak Ambil Hati Sikap Yusry, Tidak Panggil Sayang?

on Sunday, 16 February 2014 at 13:48


Lisa Surihani tidak menyangka mampu bekerja secara profesional di bawah arahan suami, Yusry Abdul Halim dalam filem Cicakman 3.

Lisa, 28, berkata, dia tidak membawa segala perasaan negatif balik ke rumah ketika berada di set penggambaran.

“Pada awalnya saya juga tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak bekerja dengan dia (Yusry) dan saya sendiri tidak sangka saya boleh bekerja secara profesional.

“Ketika penggambaran saya seperti pelakon lain juga, ada kalanya ditegur atau dimarahi, namun saya tidak mengambil hati dengan membawa perkara itu sehingga ke rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Cicakman 3 di Kolej Segi Kota Damansara, di sini.

Lisa berkata, sebagai pengarah, Yusry juga bersikap profesional dengan memanggilnya dengan nama watak iaitu Linda ketika memberi arahan di lokasi.

Dalam pada itu, Lisa berkata dia bertuah kerana terlibat dalam filem tersebut.

“Yusry merupakan salah satu pengarah yang berada dalam senarai pengarah yang saya ingin bekerja bersama sejak sebelum kami bercinta lagi.

“Saya sangat berbesar hati kerana berada dalam keluarga Cicakman 3 ini,” ujarnya.

Lisa yang membawakan watak Linda isteri kepada Zizan Razak mengakui selesa dan mudah bergandingan dengan pelawak tersebut.

Tambahnya, Zizan sentiasa membuatkan keadaan di lokasi ceria dan masa berlalu dengan pantas.

“Saya suka keadaan macam ini kerana bila dia sering buat lawak kita akan bekerja dalam keadaan yang gembira dan tidak tertekan,” katanya. – mStar

Sumber
{0 comments }

Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong

at 12:23


Punca Zizan Razak tidak mahu nikahi Emma Maembong - Selepas dua kali difitnah berkelakuan senonoh dengan pelakon Emma Maembong bulan lalu dan awal bulan ini, Zizan Razak memberitahu tidak akan menikahi kekasih hatinya dalam masa terdekat.

Menurut pelakon dan pelawak terkenal itu, dia mengambil keputusan berkenaan kerana mahu memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya mereka masing-masing sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu."

"Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini."
{0 comments }

Suhada Af13 di tangkap di tuduh curi basikal bernilai RM 14,000 ?

at 10:48


Heboh di laman sosial dan akhbar mengenai seorang bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 , di tuduh mencuri sebuah basikal bernilai Rm14,000.

Pelajar Af13 yang di maksudkan adalah Suhada Af13, namun kesahihan berita ini tidak dapat di pastikan, sumber ini di perolehi melaluai laman sosial yang heboh memperkatakan tentang perkara ini.



Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.



Kita sebagai pembaca dan peminat artis-artis akademi fantasia jangan lah mudah menghukum kepada tertuduh jika ia pun suhada terlibat dalam masalah ini, biar lah pihak berkuasa menyiasat apa yang sebenar nya berlaku.
{0 comments }

Rozita Che Wan Tak Sanggup Bermadu

at 10:37


PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun tambahnya, dia hanya rela hidup berpoligami dalam kerjaya lakonannya sahaja menerusi sebuah telefilem khas terbitan Zeel Production berjudul Madu bersama barisan pelakon lain iaitu Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah.

Telefilem arahan Joeza itu mengisahkan Anita, lakonan Rozita, yang sanggup mencarikan calon isteri buat suaminya, lakonan Zamarul.

"Mungkin selama ini kita lihat ada golongan suami yang suka bermadu sama ada secara diam atau memohon kebenaran tetapi drama ini memaparkan kisah yang jarang terjadi apabila si isteri yang merelakan dirinya untuk dimadukan.

“Tapi syaratnya, Anita kena tentukan siapa calon madu yang sesuai untuk suaminya. Tapi yang dirancang tak menjadi seperti yang diharapkan," ujarnya.

Madu akan ditayangkan pada Ahad (hari ini) pada pukul 10 malam, di saluran TV3, menerusi slot Festival.

Sementara itu, ditanya pula mengenai perkembangan dirinya yang mungkin sudah berbadan dua, Rozita menafikannya dan menganggap dia dan Zain yang berkahwin pada 11 Disember lalu masih lagi belum mempunyai rezeki anak.

“Saya belum mengandung. Belum ada rezeki lagi. Tapi saya dan suami mengharapkan yang terbaik untuk itu. Kini pun kami masih dalam 'mood' berbulan madu," tuturnya.

Sumber

{0 comments }

Lamborghini Yusry Kru

at 10:27


Yusry Kru merupakan antara antara artis yang berjaya di Malaysia. Hasil kreatif & inovatif 3 adik-beradik ini, mereka berjaya membuka empayar yang amat berjaya. KRU kini terlibat dengan banyak perkara dalam industri hiburan.

Untuk makluman KRU telah ditubuhkan pada 1992 dengan berlatarbelakang muzik hip hop dan rap.

Dengan kejayaan Yusry tidak mustahil dia mampu mempunyai beberapa aset mewah dan salah satunya ialah kereta Lamborghini,



{0 comments }

"Saya Suka Watak Bohsia"

on Wednesday, 12 February 2014 at 23:26

Pelakon dan penyanyi, Lufya teruja apabila diberi watak sebagai bohsia dalam drama bersiri "Bohsia: Jalan Kembali" yang merupakan adaptasi dari filem yang sama arahan Syamsul Yusof.


"Saya baru selesai menjalani penggambaran drama "Bohsia: Jalan kembali". InsyaAllah akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini. Saya melakonkan watak utama bernama Amy.

"Saya suka watak ni sebab saya jadi bohsia, jadi pelacur dan dia kena rogol. Satu watak yang sangat mencabar. Seorang gadis jalanan.

"Dia mempunyai bapa yang merupakan seorang kaki mabuk da nada banyak hutang dengan along," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia banyak membuat rujukan lakonan Salina Saibi dan Nabila Huda untuk menjiwai watak tersebut.

"Saya ada tengok filem itu. Kalau di dalam filem, watak tersebut dilakonkan oleh Salina Saibi saya tengok cara lakonan dia dan saya buat dengan cara saya sendiri.

"Selain itu lakonan Nabila Huda dalam filem itu banyak jadi sebagai rujukan saya.

"Masa kami jalani penggambaran di Dataran Merdeka, pihak produksi ada panggil kumpulan remaja jalanan untuk jayakan drama itu.

"Jadi saya banyak tengok cara dan gaya mereka. Kemudian saya buat stail saya sendiri dari segi imej dan penampilan."

Sementara itu, Lufya turut memberitahu dia bakal menjalani penggambaran sempena bulan Ramadan berjudul "Ramadan Yang Pergi".

Sumber
{0 comments }

Yana Samsudin Tinggalkan MIG Selepas 11 Tahun

at 23:24


Pelakon Yana Samsudin akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat pengurusan aktiviti seninya, MIG selepas lebih kurang 11 tahun bernaung di bawah syarikat tersebut.

Berita itu dikongsikan pelakon cantik itu menerusi laman Instagramya.

Yana menulis, “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Terima kasih Mejar David Teo dan Madam Jane kerana telah memberi nasihat dan peluang kepada saya untuk menceburi bidang seni. 11 tahun jatuh bangun, susah senang saya, keluarga MIG ada bersama. Saya akan kenang sampai bila-bila”.


Anak kelahiran negeri Johor ini merupakan artis yang paling lama bertahan di bawah pengurusan MIG sehinggakan ramai pihak mengelarkannya sebagai anak emas MIG.

Antara artis lain yang pernah bernaung di bawah pengurusan yang sama ialah Diana Amir, Intan Ladyana, Pierre Andre dan Shaheizy Sam.
{0 comments }

Gambar Comel 'Baby Bump' Liyana Jasmay

at 23:20

Pelakon genit dan comel Liyana Jasmay sudah diketahui sedang hamil dan kini sudah masuk tujuh bulan.Gambar terbaru ini diambil pada majlis pelancaran lagu terbaru Shaheizy Sam ft. Liyana Jasmay 'Bangun'.






Sumber - rfm2u
{0 comments }

Zizan Razak Mohon Maaf Imej Di Anugerah Meletop

at 23:16


Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf sekiranya pakaian dipakainya semasa Anugerah Meletop Era 2013 pada Sabtu lalu menghina mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia sebelum ini bimbang pakaian yang mempunyai dua lencana yang didakwa menyerupai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan mencetuskan kontroversi seperti mana berlaku kepada aktor Farid Kamil sebelum ini.

Bagaimanapun kata Zizan, penaja pakaian itu menjelaskan penampilannya itu tidak akan mendatangkan masalah sehinggalah dia bersetuju untuk mengayakannya pada acara itu.

“Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.

“Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.

“Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Zizan mengulas dakwaan apabila dikatakan menghina pasukan keselamatan negara ketika muncul dalam Anugerah Meletop Era 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini Sabtu lalu dengan memakai pakaian yang mempunyai lencana pasukan keselamatan.

Sebelum ini, Farid Kamil pernah dilanda kontroversi sama apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan keselamatan negara.

Sementara itu, jurucakap butik Bianco Mimosa berkata, pihaknya tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi berhubung pakaian yang direka untuk Zizan pada malam itu.

Pengurusan butik berkenaan turut memohon maaf kepada pihak terlibat dan kesal atas kejadian tersebut.

“Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.

“Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat,” katanya. – mStar Online
{0 comments }

Nabila Bengang Instagram Banyak Komen Iklan

at 23:11

Kami yakin anda kerap melihat iklan atau promosi produk oleh pihak-pihak tertentu di ruang komen akaun Instagram para selebriti.


Ada yang buat endah tak endah, namun ada juga yang bengang dengan iklan yang disifatkan sebagai mengganggu.

Pelakon Nabila Huda antara yang mengecam perbuatan pihak tersebut yang dianggapnya tidak beradap.

“Jangan salah guna dengan meninggalkan komen mengenai barangan jualan pada gambar yang saya muat naik. Itu tidak beradab,.

“Saya tidak ada masalah kalau mereka nak berniaga. Buka akaun dan buat promosi, bukan dengan cara murahan dan ganggu akaun milik orang lain,” ujarnya memetik Berita Harian.

Jika difikirkan, ada benarnya kata-kata Nabila itu. Letakkan diri anda di tempat mereka.

Kalau setiap gambar yang anda muatnaik hanya dipenuhi dengan iklan, tak mungkin anda akan berasa seronok.

Iyalah, harapkan orang komen mengenai gambar, tapi lain pula yang kita dapat

Sumber
{0 comments }

Kisah Anzalna yang hampir dijual lelaki mat salleh

at 22:42


Isu artis wanita ditipu oleh seorang lelaki yang membabitkan pelakon seksi Anzlana Nasir yang hampir jadi mangsa penipuan lelaki yang dikenali sebagai Adam Davin.

Kes penipuan yang melibatkan Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan, perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu

Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

“Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.”

“Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia propaa sangat bila bercakap.”

“Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya.” katanya.

Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore.
{0 comments }

Mariah Carey Sengaja Tonjolkan'Aset'nya

at 22:36


Mariah Carey menarik perhatian hadirin yang hadir ketika membawakan lagu terbarunya, You're Mine, di BET Honors 2014, yang diadakan di Warner Theater, Washington, Sabtu (8/2/14). 

Ibu kepada dua orang anak ini tampil berani dengan mengenakan gaun hitam yang memiliki belahan dada sangat rendah hingga memperlihatkan belahan dadanya secara jelas. 

Panggung BET Honors 2014 juga dimeriahkan oleh penampilan artis-artis lain seperti Jennifer Hudson, Janelle Monae, Tamar Braxton dan Smokey Robinson. Ludacris, Mack Wilds, Joe Morton dan Al Sharpton bertugas sebagai pengacara. 


BET Honors adalah platform penghargaan untuk tokoh-tokoh keturunan Afrika-Amerika dari berbagai bidang termasuk musik, hiburan, sastra dan pendidikan. Hasil penjualan tiketnya akan disumbangkan ke Women Veterans Interactive, organisasi yang mendukung para veteran dan keluarganya.
{0 comments }

Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 25 Neelofa

on Monday, 10 February 2014 at 22:40


Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran ke 25 aktres dan pengacara jelita, Neelofa Mohd Noor.

Satu majlis kejutan meraikan hari jadinya telah diadakan di Hotel One World, Damansara, malam semalam.

Sebelum ini, Neelofa teruk dikritik akibat pemakaiannya yang pelik dalam Anugerah Meletop yang diadakan Sabtu lalu.

Kebanyakan orang di luar sana menyamakan pakaiannya dengan watak power rangers dan satu watak animasi yang popular suatu ketika dahulu.



Nyata kontroversi tersebut tidak mematahkan semangat Neelofa untuk meraikan hari istimewanya itu bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya yang lain.


Happy birthday Neelofa!

Sumber
{0 comments }

Isteri Black Hanafiah Hidap Demam Denggi

at 22:31

Black dan isterinya, Naquia ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan penyanyi Farawahida minggu lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospital, Setapak, dekat sini sejak Sabtu lalu.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka keadaan yang dialami isterinya itu adalah simptom wanita mengandung selepas disahkan doktor ketika membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.

"Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Black, dia bernasib baik kerana bertindak cepat untuk mendapatkan rawatan apabila diberitahu isterinya itu menghidap denggi, iaitu penyakit yang boleh membawa maut.

Gambar Naquia yang mendapat rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Black berkata, keadaan isterinya kini tidak membimbangkan malah pihak hospital membenarkan Naquia untuk berehat di rumah.

"Doktor membenarkan di keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan," katanya.

Black dan Naquia bernikah pada 13 September 2013.

Sementara itu, menurut laporan Bernama pada 6 Februari lalu, sebanyak 17 kes kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 Februari tahun ini, meningkat 240 peratus atau 12 kematian berbanding hanya lima kes untuk tempoh sama tahun lepas.

Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu.
{0 comments }

Stacy AF Dijangkiti H1N1?

at 22:14


Menerusi Twitter Stacy Angie yang BF Following sebentar tadi, Stacy mengupdate status terkininya berbunyi "Macam mana saya boleh terkena ni ah?kimbets betul.." dan "Im positive!!..,Influenza A...huhuhu...nasib baik ada topeng ninja ni and OMIflu medicine.. dan I just want to cry..

Persoalannya, benarkah status yang ditulis oleh Stacy tersebut? atau ada udang disebalik batu? hehe...


Jika benar, harap Stacy cepat sembuh dan semoga dijauhkan dengan perkara yang tidak diingini berlaku. Diharap orang ramai memakai mask ketika keluar dimana-mana. 

Menurut laporan Jabatan kesihatan 2 minggu yang lalu, seramai 5 kanak-kanak dan 2 orang dewasa disahkan dijangkiti virus berkenaan. Amat merisaukan jika virus ini terus berjangkit ke seluruh negara. 



{0 comments }

Sharnaaz Ahmad tayang tatu di instagram

at 22:10


Terkejut Beruk bila ternampak gambar-gambar bertatu penuh di badan dan lengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dalam laman sosial Instagram.

Yelah pelik juga, kenapa tiba-tiba Sharnaaz yang beragama Islam itu boleh membuat tatu sebegitu kan? Namun siasat punya siasat ianya hanya tatu sementara bukan kekal dan Sharnaaz lakukan hanya untuk membintangi drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Dalam drama tersebut Sharnaaz yang nama wataknya Jebat seorang ketua gangster dan patutlah dia perlu bertatu penuh berbentuk Naga sebagai tanda ahli kumpulan gangster itu dalam drama tersebut.

Gambar tatu yang di ambil dari instagram @sharnaazahmad


Sumber
{0 comments }
Older Posts
Home

Total Pageviews

Popular Posts

  • Seorang lelaki tak sedar ada wanita aneh menumpang di rumahnya
  • Gambar sensasi adik perempuan kembar Scha-Alyahya
  • Kes Culik Ini Bukti Van Putih Merayau Cari Organ Cerita Betul?
  • Perompak Menyesal Rompak, Utus Surat Maaf
  • Pelakon Iklan Kit Kat Nabil Abdul Telah Meninggal Dunia
  • Jom Lihat X-Ray Badan Lelaki Gemuk 440kg
  • ALLAHUAKBAR! Luahan Suami Mangsa Maut Digilis Lori Apabila Ditanya....
  • GAMBAR: Meninggal Jatuh Longkang Di Bazar Ramadan
  • Penampakan Lembaga Ganjil Ketika Photoshoot Di Kepala Keretapi Lama
  • VIDEO: Ngeri…Pesakit Mental Keluarkan Usus Sendiri!

Blog Archive

  • ▼  2014 (1477)
    • ▼  July (80)
      • Fan Club Dibubarkan, Johan As’ari Hilang Peminat S...
      • Nora Danish Beramal Dengan Jual Karipap Frozen Nen...
      • Pengemis Asing Mampu Tinggal Di Hotel 3 Bintang
      • Bas terbalik, Tujuh Penumpang Selamat
      • Luis Suarez jadi pembuka penutup botol
      • Gempar! Makhluk Mirip Watak Gollum di "The Lord of...
      • Inilah Manusia Dengan Mulut Paling Besar Di Dunia
      • Padah menunggang sambil berbual telefon
      • Admin FB Kongsi Video Kena Marah Dengan Jabatan Bomba
      • Pasukan Bola Sepak Algeria Dermakan Wang Bonus Unt...
      • Klip Kelakar … Buku Boleh Belacan Pun Boleh
      • Saya Tak Pernah Berhutang – Aliff Aziz
      • Johan As'Ari: Saya Tidak Benci Zizan, Cuma Sekadar...
      • Kelar Muka Suami Kerana Suka Kencing Merata
      • Menakjubkan! Shopping Mall Terbengkalai Dipenuhi J...
      • Langgar Kucing Sampai Mati Kerana BUMPER KERETA PECAH
      • Felixia Yeap Tidak Benar Liputan Media Majlis Pelu...
      • Anak Peniaga Sedih Ibu Difitnah Jual Kuih ‘Mencarut’
      • Nak Beli Tudung Fareeda Kena Tunjuk Slip Gaji Adal...
      • Nasihat Ustaz Kazim Pada Artis Bertudung
      • Emma Maembong Juga Akan Bertudung Tidak Lama Lagi
      • Ibu Mengucap Lihat Anak Mengerang Lepas Di Tikam
      • Jantung Saya Seperti Terhenti Sekejap, Luah Amy Se...
      • Kes Culik Ini Bukti Van Putih Merayau Cari Organ C...
      • VIDEO: Kekasih Neymar Tutup Hidung, Tak Tahan Bau ...
      • Selfie Hebat Dari Brader Motor Ini, Siap Seret Kepala
      • Runtuhan Terowong Bawah Tanah Cetus Gambar Fiksyen...
      • RUNTUH: MRT Nafi Ada Kaitan Dengan Mereka
      • Hukum ‘Selfie’ Harus, Bergantung Kepada Niat
      • Membunuh Untuk Jadi Terkenal Dan Masuk TV
      • Perompak Menyesal Rompak, Utus Surat Maaf
      • Kampung Boy jadi bahan mengajar Universiti Jepun
      • Polis Nafi Sindiket Rompak, Bunuh Wanita Di KL!
      • GAMBAR: Penumpang Rakam Lelaki Nak Merabanya Dalam...
      • Jehan Miskin Akur Isteri Belum Bersedia Untuk Tima...
      • Foto Nora Masak Untuk Berbuka Pun Kontroversi?
      • Zizan Minta Ruang Untuk Selesaikan Masalah Syarikat
      • Sadis - Gambar Jasad Bayi Perempuan Dalam Parit d...
      • Cara Pinilla Abadikan Detik Kecewa Piala Dunia
      • Rania Pilihan Nama Felixia Yeap, Ilham Dari Mimpi
      • Rambut ‘Petak’ Untuk Kelihatan Muda
      • Mengambil Keberkatan Ramadan, Neelofa Dah Berhijab...
      • VIDEO: Bila Anggota Majlis Fatwa Mesir ‘Kecek’ Kel...
      • Azwan Ali Maki Hamun Juadah Berbuka Di Bazaar Rama...
      • Berhati-Hati Dengan Lelaki Ini Yang Mengaku Pegawa...
      • Peminat Maki Gambar Aidil Zafuan & Zarema Zainal B...
      • Penampakan Lembaga Ganjil Ketika Photoshoot Di Kep...
      • Gambar Faezah Elai bertelekung amat menakutkan sel...
      • Ramadan Pun Yana Kongsi Gambar Hampir Nampak ?????
      • MH370: Tiada Kuasa Misteri, Hanya Spekulasi – Hish...
      • Selepas Insiden Maut, Baru Hendak Dipasang Pagar
      • Si Kecil 5 Tahun Hafaz 30 Juzuk, Juri Mencium Tang...
      • Pemain Bola Keranjang 9 Tahun Sudah ‘Diintai’ Piha...
      • Jom Lihat X-Ray Badan Lelaki Gemuk 440kg
      • Budak 18 Bulan Tertusuk Penyepit Dari Mulut Tembus...
      • 7 suku kanibal paling ganas di dunia
      • Seorang lelaki tak sedar ada wanita aneh menumpang...
      • Lelaki tua guna tiket final Piala Dunia 1950 untuk...
      • Hanez Suraya Jadi Pengusaha Shampoo Vlasy
      • Lisa Surihani Mohon Maaf Isu Baju Seksi Berkemban
      • Suarez Akhirnya MENGAKU Gigit Chiellini, Janji Tak...
      • VIDEO: Ngeri…Pesakit Mental Keluarkan Usus Sendiri!
      • Polis Singapura Arah Tayangan Piala Dunia ‘Percuma...
      • Gadis Tertusuk Batang Besi, Jatuh Di Kawasan Pembi...
      • Bimbang Telan Budak, Ular Gergasi Di Bunuh
      • Anzalna Jelajah Hospital Untuk Kerja Amal
      • Gambar Fara Fauzana Terkini Bertudung
      • Eira, Azad tinggalkan dunia seni...
      • Awie Dipanggil Polis Selangor Bantu Siasatan
      • Facebook Nora Danish, Nadem diberi hint lucah!
      • GANAS - Isteri Bakar Perempuan Simpanan Suami
      • Gambar Aidil Dan Zarema Di Mekah Menunaikan Umrah
      • Luna Maya Mengaku Masih Sayangkan Ariel Noah
      • MH370: Bukti Baharu Dakwa Wujud Gangguan Di Kokpit...
      • GAMBAR: Meninggal Jatuh Longkang Di Bazar Ramadan
      • KDN Nafi Wujud Kes Culik Kanak-Kanak Untuk Ambil O...
      • Jom Amalkan 10 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W
      • 10 Gangguan Sewaktu Memandu Yang Sering Kali Dilak...
      • Kes pukau popular ketika Ramadan
      • Wanita dicampak keluar kereta api
    • ►  June (369)
    • ►  May (573)
    • ►  April (279)
    • ►  February (176)
  • ►  2013 (4363)
    • ►  December (705)
    • ►  November (667)
    • ►  October (832)
    • ►  September (921)
    • ►  August (420)
    • ►  July (390)
    • ►  June (428)
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net.