Teknologi — category

[x]

Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Trak canggih untuk anak kesayangan

on Monday, 5 May 2014

BRAN Ferren, 61, ahli teknologi, jurutera, pereka kenderaan, arkitek dan usahawan terkenal menghabiskan berjuta-juta dolar untuk menghasilkan trak gergasi yang sangat istimewa.

Trak tersebut mampu untuk mengembara ke serata dunia dan ia dinamakan KiraVan, bersempena nama anak perempuannya yang berusia empat tahun.

Rekaan dalaman trak tersebut sungguh tidak masuk akal. Ia mempunyai hampir semua keperluan asas daripada pejabat, dapur lengkap dengan meja makan dan bilik tidur.

KiraVan turut mampu mengembara sehingga 2,000 batu tanpa perlu mengisi semula minyak dan tayarnya yang istimewa mampu membawa ia melalui jalan berselut di kawasan paya.

Malah, kenderaan gergasi beroda enam itu turut dilengkapi motosikal khas dan pesawat kecil tanpa pemandu bagi memeriksa keadaan lalu lintas.

Menariknya, trak tersebut direka khas oleh Bran untuk membawa anak kesayangannya itu bercuti dan berkhemah dengan selamat.

Ujar pengasas dan Ketua Pegawai Kreatif Applied Minds, firma teknologi dan rekaan yang antara kliennya ialah General Motors, Intel dan Tentera Udara Amerika Syarikat, dia menghabiskan masa selama empat tahun bertemu dengan pelbagai pakar sebelum memuktamadkan rekaan trak tersebut.

Sebelum mempunyai anak, Bran merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti lasak dan berbahaya seperti berlumba motosikal dan memandu helikopter.

Namun, semua itu berubah apabila dia dianugerahi anak sendiri. Bran lebih memikirkan keselamatan diri demi anaknya tetapi pada masa yang sama masih mahu mengembara.

Dia memastikan KiraVan mencapai tahap keselamatan yang paling tinggi demi anaknya itu.

Bran juga kini sedang menyiapkan kerusi khas untuk Kira yang dapat menghilangkan hentakan supaya anaknya itu dapat menonton kartun dengan gembira tanpa gangguan.

Bahagian atas KiraVan turut memiliki khemah istimewa untuk Kira menikmati perkhemahan dengan selamat.








sumber:http://realitiabadi.blogspot.com/

Kereta Mesra Alam Serba Boleh

on Wednesday, 18 December 2013


Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air.

Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.

Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.

Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.

Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.

Satu daripada motor itu menggelembungkan ‘skirt’ di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.

“Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.

“Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam,” kata Zhang.

Peserta pertandingan berkenaan dikehendaki menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya. – Agensi
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

P2-30A, PROTON GLOBAL SMALL CAR 2014

on Friday, 13 December 2013





Gambar Kereta Proton dengan kod P2-30A, kereta global bersaiz kecil yang akan dikeluarkan Proton. Mungkin akan dikeluarkan pada pertengahan 2014. Kereta yang masih fasa ujian yang dilihat di Lembah Klang baru-baru ini.

Adakah kereta ini akan sama dengan model Honda Brio, seperti Proton Perdana yang sama dengan Honda Accord. Namun begitu melalui maklumat DRB-Hicom yang menerajui Proton sebelum ini, mereka akan memulakan projek sendiri dan tidak dengan rakan JV.
Adakah model ini diilhamkan dari kereta konsep Lotus CityCar, iaitu Lotus Ethos.

Juga adakah model P2-30A hasilnya seperti gambar di atas?
sumber: http://kininews.blogspot.com/

Energica Ego - Superbike Berkuasa Elektrik Pertama Di Dunia

on Sunday, 8 December 2013


Motorsikal berkuasa tinggi atau superbike mungkin merupakan kenderaan impian yang pasti mahu dimiliki oleh golongan muda..Dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini, sedikit sebanyak ia turut memberi kesan pada mereka yang baru bercita-cita untuk memilikinya..Oleh itu, sebuah syarikat permotoran telah berjaya mencipta sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang hanya bergerak dengan menggunakan kuasa elektrik dan bukan lagi menggunakan bahan bakar petroleum serta terus meninggalkan konsep Otto Cycle dan tidak menggunakan theori Pembakaran Enjin Dalaman ( ICE)...

Pada harga US$23,000 (RM69,000), Energica Ego mungkin tidak semurah seperti yang dijangka tetapi apa yang pasti, motorsikal ini merupakan motorsikal berkuasa tinggi berkuasa elektrik pertama yang diberi kelulusan undang-undang untuk berada di jalan raya. Dengan berat sebanyak 580 paun dan bergerak dengan menggunakan motor elektrik 'synchronous' dengan magnet kekal, minyak penyejuk dan 100kW kuasa/195Nm tork yang memberi kuasa kepada motorsikal ini untuk bergerak selaju 130 mph (208 km/j).


Motorsikal berkuasa tinggi ini juga turut dilengkapi dengan Vehicle Control Unit (VCU) dan sistem peta pelbagai fungsi yang inovatif untuk pengurusan tenaga. Brek disediakan oleh Brembo, dengan Bosch mengendalikan sistem ABS. Energica Ego juga turut mempunyai sistem mengecas bateri 110-220 V dengan kabel pada punca elektrik.







sumber:http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Jam Tangan Untuk Meramal Tarikh Kematian Anda!

on Wednesday, 9 October 2013

Sebelum ini terdapat laman web yang boleh meramal bila ibu bapa anda akan mati.

Kini terdapat sejenis jam tangan yang bukan sahaja meramal tarikh kematian seseorang tetapi mengira detik waktu tersebut.

Sebuah akhbar melaporkan jam tangan jenama Tikker itu membuat ramalan tersebut berpandukan maklumat kesihatan yang diisi oleh pemiliknya.Selepas data diisi, jam tangan Tikker akan memulakan pengiraan detik kematian individu tersebut.

Gajet yang juga dikenali sebagai ‘jam tangan kematian’ itu dicipta oleh pereka dari Sweden, Frendrik Colting.
“Saya mereka jam tangan elektronik ini bukan untuk menakutkan pengguna,” kata Colting.

“Sebaliknya, saya mahu mereka lebih menghargai kehidupan dan masa yang mereka ada,” tambahnya.

Skrin atas jam digital itu memaparkan tahun, bulan dan hari manakala paparan bawah mempunyai kiraan detik jam, minit dan saat.
Jam tangan itu yang didatangkan dengan warna putih dan hitam, dijual di pasaran pada harga sekitar AS$59 (RM188). -Agensi
sumber: http://ohseksa.blogspot.com/

HTC Butterfly S (RM2,399), Cantik ibarat Rama-rama

on Monday, 30 September 2013




Syarikat komunikasi HTC Sdn. Bhd. Malaysia baru saja mengumumkan kemunculan model terkini mereka iaitu HTC Butterfly S peranti bergaya dan dikuasakan ciri-ciri terbaru untuk pasaran Malaysia.

Pada awalnya kemunculannya diumumkan akan berada di pasaran Malaysia bermula pertengahan Ogos lalu.

Telefon yang menarik dengan skrin bersaiz 5 inci ini dikuasakan oleh pemproses empat teras berkelajuan 1.9GHz. RAM 2GB dan ciri-ciri menarik HTC BlinkFeed™, HTC Zoe™ dan HTC BoomSound™ yang telah diperkenalkan buat pertama kali pada HTC One.

Telefon ini juga dilengkapkan dengan HTC Sense 5 dan sistem operasi Android Jelly Bean, dengan bateri dengan kapasiti 3,200mAh, sekali gus menjanjikan keupayaan dan ketahanan yang lebih lama.

Pengurus HTC Asia Selatan, Jack Yang berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk menambah baik prestasi telefon pintar HTC Butterfly ini dengan menggabungkan piawaian baru yang ditetapkan oleh HTC sendiri.

Jelasnya lagi, telefon pintar HTC Butterfly S ini telah mengalih persepsi orang ramai dengan HD penuh yang pertama di dunia dengan skrin 5 inci yang membawa kepada pengalaman menonton yang lengkap.

Selain itu, HTC Butterfly S dikuasakan oleh kapasiti bateri yang tinggi. pengguna kini boleh mengambil gambar, menonton video dan mendengar muzik tanpa perlu bimbang tentang kehabisan bateri.

Pengguna boleh dapatkan HTC S ini dalam beberapa pilihan warna iaitu fervour merah, putih dan glamour metallic grey di semua pengedar HTC yang diberi kuasa.

Harga rasmi bagi HTC Butterfly S adalah RM2,399 dan hanya boleh didapati di pengedar-pengedar rasmi HTC yang sah. Maklumat lanjut mengenai telefon ini sila ke laman sesawang www.htc.com.
sumber : Utusan

ACER Mengeluarkan Laptop Lutsinar Pertama Di Dunia

on Friday, 27 September 2013


Dunia telah di gemparkan dengan satu lagi berita mengenai gadget terbaru iaitu Acer sebuah syarikat pengeluar Laptop baru-baru ini telah melancarkan satu lagi laptop dimana ianya lutsinar.

Sungguh menakjubkan laptop ini..sekarang banyak di pasarang di jual dengan harga yang berpatutan...mari kita saksikan..









Sumber : plgmenarik.blogspot.com

Cool Gadget ambil gambar secara Senyap

on Monday, 23 September 2013

Ada awek cun depan anda di dalam LRT tetapi anda takut nak ambil gambar dan kantol? Mahu ambil gambar secara rahsia menggunakan telefon pintar anda? Belialah Slyphone. Ianya aksesori yang berfungsi seperti periskop yang membenarkan anda mengambil gambar orang dihadapan anda secara rahsia. Ianya dijual disini pada USD 19 (RM 62) sekeping

sumber : http://www.ceritaapakah.com/

SAMSUNG Perkenalkan Jam Tangan Pintar - Galaxy Gear

on Saturday, 7 September 2013


Samsung yang merupakan syarikat teknologi terkemuka dunia dari Korea Selatan telah memperkenalkan gajet yang ditunggu-tunggu ramai iaitu jam tangan pintar. Ianya dikenali sebagai Galaxy Gear. Jom kita tengok antara kelebihan Samsung Galaxy Gear:

Galaxy Gear boleh bertindak sebagai peranti tambahan kepada telefon pintar.

Ia berfungsi memberitahu pengguna mengenai panggilan dan mesej yang diterima menerusi paparan skrinnya bersaiz 1.63 inci.

Pengguna juga boleh membuat panggilan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka.

Galaxy Gear dilengkapi satu kamera asas.

Penggunaan aplikasi seperti Twitter dan RunKeeper juga boleh didapati.Peranti yang dikuasakan oleh Android itu akan mula dijual mulai 25 September depan di kebanyakan negara pada harga AS$299 (RM988) seunit. Para penganalisis teknologi berpendapat jam tangan pintar itu akan menjadi hadiah yang mesti dimiliki pada musim cuti pada tahun ini.
SUMBER ---- Kosmo

Menarik ! Keyboard Touchscreen Fleksibel Nipis di Dunia

on Thursday, 5 September 2013

CSR, syarikat yang berasal dari eropah yang fokus pada teknologi wayarles baru-baru ini melancarkan "Keyboard nipis di dunia". Keyboard touchscreen fleksibel ini tebalnya hanya setengah milimeter dan mungkin akan dipasarkan sebagai keyboard luaran untuk peranti tablet

Syarikat ini dikenali akan karyanya yang inovatif seperti headphone wayarles dan Nike Running alatan. Keyboard ini boleh dicetak dalam pelbagai bahasa, atau disesuaikan untuk mencerminkan fungsi tertentu dan pola menaip tertentu untuk membuat kerja lebih mudah bahkan boleh digunakan di bawah seperti sekeping kertas untuk mentranskrip catatan tulis tangan terus ke komputer. Saat ini, produk baru CSR ini masih prototaip dan satu tahun lagi akan disediakan untuk dijual di pasaran.










sumber : http://zamrispoon.blogspot.com/

Kereta Control Pertama Boleh Berubah Jadi Transfomers

on Tuesday, 27 August 2013


Jika anda adalah seorang kanak-kanak yang mencintai robot dan action , kemungkinan andaselalu berharap untuk mendapat Transformer di kehidupan nyata yang akan mengubah sendiri.Mimpi itu akhirnya hampir tiba ,Pencipta 'Kenji Ishida' pertama kereta remote control yangboleh berubah menjadi robot.

Transform Robot Versi 7.2 boleh melakukan apa yang robot Transformer lakukan . Hal ini dapatmenukar dari 1/12 skala RC kereta menjadi pahlawan robot hanya dalam hitungan detik,dikendalikan oleh Playstation yang diubahsuai. Robot ini mampu berjalan dengan dua kaki dan dan berubah menjadi kereta yang boleh berjalan di atas empat roda. ia juga dilengkapi dengan pelancar roket, lampu kerja dan bahkan kamera WiFi sehingga pengguna dapat "mengikuti"pengembaraan robot / kereta.

Ishida, yang merupakan penyelidik hobi robot dari Kashiwa, ingin membawa mainan ini lebihjauh. Ia berharap untuk dapat membina pertama kalinya saiz sepenuhnya mengubah robotkereta / hybrid pada 2030 dan bahawa manusia sebenarnya boleh naik @ masuk..

            
sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Pesawat Kawalan Jauh Yang Awesome, Inspirasi Dari Watak Adiwira

on Saturday, 29 June 2013

Seorang lelaki telah mencipta beberapa pesawat kawalan radio jarak jauh yang di inspirasikan dari watak adiwira di San Diegio, California.

Lelaki itu, Otto Dieffenbach yang merupakan seorang pereka bersama seorang rakan perniagaannya Ed Hanley telah menubuhkan sebuah syarikat bagi menghasilkan pesawat kawalan radio jarak jauh berbentuk manusia.

Syarikat tersebut menghasilkan pesawat berbentuk manusia, karakter dan objek untuk digunakan bagi tujuan komersial serta promosi.

Dieffenbach melakukan satu ujian penerbangan di satu kawasan di San Diego kelmarin. Antara karakter adiwira yang ada ialah Superman, Iron Man dan Ms. Emerson.

Pesawat kawalan radio yang dicipta Dieffenbach hanya menggunakan bateri yang diletakkan pada bahagian kepala karakter tersebut.


Semua karakter adiwira itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan seorang manusia dewasa.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Aerocar, Kereta Pesawat Pertama Di Dunia

on Friday, 28 June 2013


AEROCAR ketika ujian penerbangan.

Kereta pesawat jadi rebutan

Los Angeles: Perang bidaan tercetus antara jutawan terkenal dalam usaha untuk mendapatkan kereta pesawat pertama di dunia yang ditawarkan untuk dijual pada harga kira-kira RM3 juta.
Dengan kereta dan kesesakan jalan raya kian menjadi-jadi pada 1940-an, pereka Moulton Taylor menghasilkan cara untuk mengatasi masalah itu.


Pereka warga Amerika itu membina kereta pesawat, Aerocar yang pertama pada 1949 dan membuktikan bahawa dengan sayap yang boleh dilipat untuk membolehkannya bergerak di jalan raya, ia boleh dilakukan.
Aerocar dijangka mendapat sambutan hangat ketika itu tetapi selepas 25 tahun berkempen, Taylor masih gagal untuk mencapai persetujuan, termasuk dengan syarikat pembuat kereta terkenal, Ford.

Bersama-sama dengan prototaip asal, hanya empat Aerocar dibina dan pengumpul berebut-rebut untuk memiliki bahan sejarah kejuruteraan yang menakjubkan itu, yang masih boleh terbang dengan kelajuan 176 kilometer sejam.




Peminat aviasi, Greg Herrick berkata: “Ini ialah kemuncak rekaan abad yang ke-20 ketika itu dan begitu hampir untuk menjadikan imaginasi dunia menjadi kenyataan. “Tidak ada sesuatu yang sama dengannya ketika itu dan rekaan itu menarik begitu banyak perhatian. Ia begitu menakjubkan.

“Berita mengenainya tersiar di muka depan akhbar, majalah, buku dan rancangan televisyen di seluruh dunia. Tidak ada yang popular sepertinya sebelum itu."
Bagaimanapun, ketika harga minyak merudum pada 1970-an serta kekurangan semangat ahli perniagaan untuk melabur dalam industri terbabit, menyebabkan minat terhadap Aerocar juga terhakis.

Kenderaan sepanjang enam meter itu mempunyai dua tempat duduk yang terletak bersebelahan, empat roda, sayap selebar 10 meter dan dilengkapi dengan enjin Lycoming 0-320 yang dipasang di atas tayar belakangnya.
Kipas pula dipasang pada hujung ekor yang diletakkan pada sudut menegak untuk membolehkan kipas itu mempunyai ruang secukupnya untuk berpusing.

Bukan saja ia boleh diubah daripada sebuah pesawat menjadi sebuah kereta, tetapi sayapnya juga boleh dilipat ke sisi dan tangkinya ditanggalkan serta ditarik di belakang kenderaan seperti sebuah treler

sumber : http://sajanakcerita.blogspot.com/

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Perkhidmatan Seumpama Flipboard

on Monday, 24 June 2013





Pada minggu lepas, kita telah mendengar desas-desus mengatakan Facebook akan hadir dengan sebuah pembaca RSS, dan kini lanjutan daripadanya, WSJ turut sama melaporkan, mengatakan Facebook mensasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan mengikuti berita melalui peranti mudah-alih. Daripada apa yang dilaporkan WSJ, produk baru ini dikenali sebagai “Reader” secara dalaman, telah dibangunkan sejak lebih setahun.

“Facebook Reader” ini dijangka akan memfokuskan kepada peranti mudah-alih sahaja, dan tidak diketahui sama ada versi web akan hadir ataupun sebaliknya.


Seperti semua sedia maklum, pelbagai artikel sedia dikongsikan pengguna melalui Facebook, dan mungkin mereka akan hadir dengan kelebihan tersendiri untuk perkhidmatan baru ini kelak. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkan perkhidmatan “Facebook Reader” ini kepada umum.
kredit to http://skynightz.com/

Samsung Galaxy Mega Hadir Di Malaysia Pada Harga RM1,599

on Wednesday, 19 June 2013



Peminat smartphone berskrin besar akan berpeluang memiliki model terbaru phablet Galaxy Mega yang akan berada di Malaysia tidak lama lagi. Siri Galaxy Mega yang diumumkan pada bulan April lalu didatangkan dalam 2 model yang dinamakan mengikut saiz skrin iaitu 5.8 dan 6.3. Bagi pasaran tempatan, Samsung mungkin hanya akan membawakan model yang paling besar iaitu 6.3" yang akan dijual pada harga RM1,599.

Galaxy Mega 6.3 (I9200) akan dikuasakan oleh processor Qualcomm Snapdragon 400 dual-core 1.7GHz digandingkan dengan RAM 1.5GB. Skrin 6.3 inci pada Galaxy Mega dari jenis TFT dengan resolusi 1280 x 720 memberikan kepadatan pixel 233 ppi. Ia dilengkapkan dengan kamera 8MP dibelakang dan 1.9MP di bahagian depan. Walaupun dengan tebal hanya berukuran 8mm dan berat 199g, Samsung masih mampu memuatkan bateri berkapasiti besar 3,200mAh pada model ini.

Kesimpulannya, Galaxy Mega adalah model yang berada diantara mid-range dan high-end. Ia mempunyai kelebihannya tersidiri iaitu skrin yang sangat besar tetapi masih boleh dimuatkan kedalam poket. Selain menggunakan design sama seperti "Galaxy" yang lain.


Phablet Galaxy Mega 6.3 (Imej: Ubergizmo)


Perbandingan saiz Galaxy Mega 6.3 dan Galaxy Note II (Imej: PhoneArena)

[Sumber]
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved